KL 26 Jan 11: Tidak ubah seperti menjual racun apabila Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membongkar sejenis produk minuman ‘tenaga batin’ edaran sebuah syarikat kosmetik terkenal yang dikesan dicampurkan dua jenis kimia berbahaya sekali gus.
  Racun kimia analog berkenaan yang dipercayai diseludup dari Taiwan  dianggap berbahaya berikutan boleh merosakkan sel saraf tubuh selain  meragut nyawa pengguna dalam tempoh singkat. Tindakan sebuah syarikat memasarkan produk minuman kesihatan  berbahaya itu terbongkar selepas pihak penguat kuasa farmasi merampas  kira-kira 2,000 botol produk itu bernilai lebih RM100,000.
Dalam operasi kira-kira jam 11 pagi semalam, sepasukan 30 pegawai  penguat kuasa farmasi diketuai  Ketua Penolong Pengarah  Kanan Penguat  Kuasa Farmasi KKM, Dali Ismail  bertindak menyerbu lima premis yang  menjual produk itu di Chow Kit, di sini. Operasi itu dilakukan bertujuan merampas dua jenis produk  kesihatan berbahaya yang diedarkan sebuah syarikat kosmetik terkenal  beribu pejabat di kawasan berkenaan.
  Jurucakap Bahagian Farmasi berkata, pihaknya sebelum ini  melakukan siasatan terhadap produk minuman kesihatan lelaki milik  syarikat itu yang didakwa boleh meningkatkan daya rangsangan seksual. Menurutnya, pengedar produk minuman berharga RM50 sebotol itu  bagaimanapun cuba mengaburi pengguna dengan mendakwa cecair berkenaan  dihasilkan 100 peratus herba dan rempah terpilih.
“Namun rahsia  ramuan istimewa berkenaan adalah palsu  selepas produk itu dihantar ke  Jabatan Kimia untuk dianalisis. Hasil ujian makmal, pihak KKM mendapati  minuman itu mengandungi kimia Hydroxythiohomosildenafil dan  Thiosildenafil.
“Kimia sintetik itu jauh berbahaya berbanding  kimia sildenafil di dalam produk Viagra berikutan ia mampu merosakkan  sistem tubuh dengan lebih cepat termasuk mengakibatkan kematian  mengejut,” katanya.
Katanya, syarikat sama turut dikesan  mengedarkan sejenis minuman kesihatan yang didakwa mampu membakar lemak  serta menguruskan tubuh dalam tempoh pantas.
“Pemeriksaan  Jabatan Kimia  dilakukan di Pulau Pinang mendapati produk minuman  kesihatan itu dicampurkan kimia berbahaya analog Sibutramine yang  dikategorikan sebagai racun berjadual,” katanya. (myMetr0)
 
 

6 comments:
http://cialisonlinepharmrx.net/#791034 cheap cialis next day delivery [url=http://cialisonlinepharmrx.net/#766247]Cialis pharmacy[/url] order cialis uk
http://online-payday-loan.pro/#467518 payday loan consumer information
http://viagraespanafarmacia.net/#433849 efecto de la sildenafil comprar viagra
http://viagraespanafarmacia.net/#841060 mas alcohol citrato de sildenafil comprar viagra
http://sildenafilrxpills.net/#896368 sildenafil
http://online-payday-loan.pro/#651736 how does payday advance work
Post a Comment