Wednesday, January 26, 2011

RM200,00: Annuar Musa Ucap T/Kasih Pada TokGuru

SUKANKOTA BHARU, 25 Jan 11: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengucap terima kasih kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap insentif yang diberi kerajaan negeri.

Janji kerajaan negeri pada awal Disember lalu menawarkan insentif RM200,000 kepada pemain-pemain Red Warriors di atas kejayaan mereka menggondol Piala Malaysia musim 2010, menjadi kenyataan. Majlis khas menyampaikan insentif tersebut kepada pemain bola sepak Kelantan yang disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Turut menerima sumbangan pengurus, jurulatih dan pegawai Red Warriors. Menteri Besar berkata, walau pun sumbangan tersebut tidak seberapa, namun diharap ia dapat membangkitkan semangat pasukan The Red Warriors. “Sumbangan ini sebagai tanda syukur, penghargaan serta hadiah kepada pasukan yang telah mengharumkan nama negeri,” katanya.

Beliau juga mengingatkan setiap pemain tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap agama walaupun berada di padang. Katanya, amalan solat akan membezakan pasukan Islam dengan pasukan lain kerana ia tiang agama. Menurutnya juga kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan pengurusan The Red Warriors bagi meningkatkan kemajuan sukan bola sepak di Kelantan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails