Thursday, January 27, 2011

UMNO Lebih Teruk Dari Lee Kuan Yew..

KOTA BARU, 27 Jan 11: UMNO lebih teruk dari Lee Kuan Yew. Hal ini boleh dikaitkan bila Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilapor menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk daripada menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew. Menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalis inilah yang diperjuangkan UMNO.

Nik AbdulAzizi berkata, ini kerana Lee hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

“Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

“Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya di sini semalam.

Dipetik Utusan Malaysia hari ini, Nik Aziz mengulas gesaan Lee supaya umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut. Pandangan itu terkandung dalam buku terbaru tulisannya “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.

Sejak awak minggu ini kenyataan Lee itu diselar oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang menyifatkannya sebagai satu pandangan primitif. Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd. Roslan Mohd Noor berkata, kenyataan tersebut memperlihatkan bekas perdana menteri Singapura itu mempunyai sifat Islamofobia dan cuba mengajar orang Islam tentang agama mereka.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasarudin Hassan pula menyifatkan pandangan Lee bahawa Islam menjadi penghalang kepada integrasi dan pembangunan di Singapura tidak ubah seperti musuh yang melihat Islam dengan api dendam serta permusuhan berpanjangan.

Dalam laporan itu, Nik Aziz juga dikatakan mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya turut mempersoalkan pemakaian serban di kalangan masyarakat Sikh dan tidak hanya mempermain-mainkan larangan bersalam antara wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim.

Menurutnya, Islam menetapkan lima perkara yang wajib dijaga antaranya larangan bersalam antara lelaki dan wanita bukan muhrim kerana ia boleh mengundang kepada perlakuan negatif lain termasuk zina akibat daripada pergaulan bebas.

“Kenapa dia mempermainkan jabat tangan (bersalam) orang Islam.

“Cuba dia sentuh soal serban orang Sikh, tengok orang Sikh jawab macam mana. Kalau tak berani, jangan cakap benda-benda macam ini,” katanya. (Sumber The Malaysian Insider)

5 comments:

free compass said...

klau umno lebih teruk daripada lee kuan yew, pas pula lbih teruk drpd yahudi. memburukkan dan menghina saudara se-agama adalah perangai org yahudi.

Anonymous said...

dan kamu lebih teruk dari lembu sbb x reti antara menhina dan mengajar,,damn!

Anonymous said...

SBB KITA BERSAUDARALAH KENA SALING TEGUR MENEGUR KALAU LARI DARI LANDASAN ISLAM SEBENAR.. DAH PUAS GUNA AYAT LEMBUT, SINDIR PUN TAK MAKAN, KENA GUNA AYAT KERAS DAN TERUS ATAS MUKA. BARU TERSENTAK 'SETAN' DALAM HATI TU..

Anonymous said...

Pembangkang Singapura lebih layak datang bersalaman dengan Tuan Guru Nik Aziz berbanding Lee Kuan Yew. Dia dah membanjirkan Singapura dengan pendatang China yang tidak beradab dan mengutamakan orang luar dari Cina, India dan Melayu Singapura untuk menerima biasiswa.

Koperal (NS) Poh Guan Liang
Rejimen Infantri Singapura

JAKA said...

free compass said...

klau umno lebih teruk daripada lee kuan yew, pas pula lbih teruk drpd yahudi. memburukkan dan menghina saudara se-agama adalah perangai org yahudi.
................................

memburukkan sesama Islam? tuju pada sapa ni. umnolah yg memburukkan sesama islam.

umno fitnah sebar satu dunia burukkan pemimpin baik seperti anwar dan azmin. umno buat tkpe pulak.

semenjak akhir2 ni umno cukup bukan main pandai ckp agama. dah mula belajar kot apa itu fitnah dan apa itu qazaf dan hudud.

kerana PR lah maka umno belajar agama walaupun niat utk politik assobiyah.

bukankah ada 3 golongan kt dunia ni. Islam, kafir dan munafik....

dan munafik lebih teruk dari kafir.

siapa munafik? pandai2 lah kaji sendiri dlm kitab.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails