Wednesday, January 26, 2011

S/Parlimen Roh, Hasil Sekat Kegiatan Islam -Ibnu Hasyim

Buku berjudul “Abuya Ashaari Muhammad” tulisan Khadijah Aam dan selepas hampir setahun meninggal dunia, kini tercetus isu baru. Gambar bawah Ibnu Hasyim.

KL, 26 Jan 11: Kelajuan arus deras umat Islam untuk melaksanakan Islam dan negara Islam di negara sendiri Malaysia apabila di empang dan disekat, menyebabkan arusnya terpecah-pecah, namun terus mengalir melalui saloran kotoran. Hal ini menyebabkan airnya menjadi keruh dan tersekat-sekat, kerana tidak lagi melalui saloran yang betul. Demikian pandangan editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

"Hal ini yang berlaku kepada pertubuhan Al-Arqam, sehingga timbulnya konflik apa yang dikategorikan oleh pihak berkuasa agama sebagai “Sidang Parlimen Roh”. Ujar Hj Mohd yang pernah mengikuti pegerakan tersebut sejak dari pertengahan 1970an.

'Sidang Parlimen Roh' dipercayai sebagai satu lagi gerakan yang bertentangan dengan akidah Islam, dipercayai hanya usaha susulan menjenamakan semula pengaruh dan aktiviti pengasas Al-Arqam Asaari Muhammad, yang meninggal dunia tahun lalu. Malah agensi agama Islam juga melihatnya sebagai antara usaha untuk meneruskan ‘legasi’ Ashaari yang menubuhkan kumpulan tersebut pada 1968.

Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin berkata langkah mengadakan “Sidang Parlimen Roh” merupakan langkah pertama untuk menghidupkan semula sejak Ashaari meninggal dunia Mei 2010, walaupun sejak ia diharamkan 17 tahun lalu, sudah ada beberapa usaha ke arah itu.

Menerusi “Sidang Parlimen Roh” itu kata beliau, Ummu Jah, balu Ashaari sebagai orang utama, memainkan peranan sebagai moderator manakala Ashaari sendiri bertindak sebagai “speakernya”. Pengikut-pengikut dari seluruh dunia didakwa boleh berinteraksi dengan Ashaari menerusi ‘sidang’ yang diadakan. Zamihan tidak dapat memberikan angka sebenar pengikut usaha terbaru itu.

“Tetapi kalau kita melihat pada rangkaian bisnes mereka sebelum ini, saya yakin pengikut mereka mencecah angka ribuan orang... di Malaysia dan juga di luar negara,” katanya.

“Sidang Parlimen Roh” ini diadakan melibatkan pengikut yang ada di Malaysia, Thailand, Jordan dan Mekah, Arab Saudi. Setakat ini tiada usaha mendapatkan kerjasama pihak berkuasa negara-negara terbabit berhubung isu terbaru ini, kata beliau.

Pada 2006, Ashaari dituduh cuba menghidupkan semula pertubuhan al-Arqam dengan nama baru Kumpulan Rufaqa. Bagaimanapun kumpulan itu diserbu oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor dan beberapa pemimpinnya turut didakwa. Sehubungan itu, pihak berkuasa melihat “Sidang Parlimen Roh” ini ada kaitan dengan tanggapan sedemikian dan nama “Parlimen” kemungkinan dipilih memandangkan pengikutnya mahu meneruskan pengaruh Allahyarham Ashaari, yang satu ketika dulu pernah didakwa bercita-cita mahu menjadi perdana menteri dengan menubuhkan negara Islam.

Menerusi usaha sedemikian, kata Zamihan, ajaran yang dibawa Ashaari diteruskan oleh salah seorang balunya, yang menggunakan nama Ummu Jah, untuk memastikan pengaruh tidak terhakis. “Untuk memastikan pengaruhnya kekal dan dapat mengetuai kumpulan ini, Ummu Jah menggunakan pendekatan Sidang Parlimen Roh untuk berkomunikasi dengan pengikut-pengikutnya,” kata Zamihan.

Ashaari meninggal dunia di Ipoh 13 Mei lalu kerana jangkitan paru-paru. Kerajaan mengharamkan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 kerana ajaran Aurad Muhammadiah yang diamalkan kumpulan itu bertentangan dengan akidah Islam.

Ashaari yang dilahirkan pada 30 Oktober 1937, ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan Al-Arqam mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pernah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan dalam kumpulan berkenaan. Allahyarham pernah dikenakan tahanan rumah di kediamannya di Rawang, Selangor dan Pulau Labuan tetapi dibebaskan pada 25 Oktober 2004.

Allahyarham pada suatu ketika dahulu itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka sendiri di Sungai Pencala, Kuala Lumpur. Beliau pernah berkahwin dengan lima wanita tetapi sejak berumur 47 tahun, mempunyai empat isteri serentak.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu mengikut mekanisme tersendiri memandangkan penghidup semula ajaran itu ialah seorang daripada balu Ashaari yang dikenali sebagai Ummu Jah yang kini berada di Mekah atas urusan perniagaan.

“Sidang ini sudah menyimpang daripada ajaran agama yang matlamat besarnya untuk membangkitkan roh yang didakwa Sheikh Muhamad As-Suhaimi dan Ashaari muncul di Mekah secara fizikal,” katanya.

“Sidang Parlimen Roh” dikatakan telah diadakan sebanyak 18 kali sama ada di dalam negara termasuk di Bandar Country Homes, Rawang atau di Kampung Sungai Penchala mahupun di luar negara seperti Thailand, Jordan dan Mekah.

Pada setiap persidangan, Ummu Jah akan menyampaikan amanat atau dasar-dasar kepada pengikut ajaran Al-Arqam sambil mendakwa pengasas Tarikat Aurat Muhammadiah iaitu Sheikh Muhamad As-Suhaimi dan Ashaari sendiri telah muncul secara fizikal di Mekah.

Menurut editor weblog ini lagi, "Kerajaan perlu menangani dengan baik, supaya tidak berlaku kezaliman ke atas rakyatnya yang mahu melaksanakan Islam negara merekasendiri. Na'auzubillahi min zalik!" (IH/2MA/pelbagai sumber)

9 comments:

Shida Rahman said...
This comment has been removed by the author.
Shida Rahman said...

Salam Pak Hashim..
saya mohon utk share artikel ini.. Tinggal berdekatan dan berjiran dgn bekas ahli arqam ini kekadang merasakan diri ini semacam tak ujud dikalangan mereka itu. Kuat nya pegangan mereka terhadap idola yg telah meniggalkn mereka. Banyak mereka ini tubuhkan Rumah2 Amal yang mendapat dana dari NGO, jabatan2 kerajaan dan perseorangan. Diharapkn ada badan2 tertentu memantau RUMAH2 AMAL yg mereka2 ini tubuhkan..
Terima kasih....

Anonymous said...

apela...
kat mana sesat ntahlah...
tapi ada ulamak penah cakap,sapa kat orang sesat maka akan berbalik pada dia..


[orang gila pun tak kata dia gila,tp dia kata orang lain yang gila]

aminudin said...

assalamualaikum..jika sidang parlimen biasa: soal budget2 lahir cthnya berapa kos utk kementerian kesihatan. berapa utk kmenterian pertahanan. Dlm parlimen roh dititik beratkan soal makanan/kerosakkan roh cthnya masih adakah ujub, riya', takabbur, sombong. Jelasnya selagi adanya unsur roh yang kotor maka kotorlah pimpinan dan rosaklah yg akan dipimpin. Soalnya sekarang..salahkah sidang sebegini?..bacalah sirah Rasulullah SAW..apabila baginda berjalan2 dgn para pimpinannya, apakah yang dinasihatkan oleh baginda? budget lahirkah ? atau soal2 mati, akhirat, soal kekotoran hati, kerosakkan roh?...jgn menyesatkan orang jika kita tidak mengetahui...takut berbalik kpd kita sendiri

Rahmalhay said...

Asallmualaikum untuk semua muslimin dan muslimat,
Saya bukan saorang pengikut Alarqam tetapi tetap menyokong cara mereka telah mendidik anak-anak termasuk anak saya mengenal Allah termasuk keluarga saya sendiri yang sbelumnya solat 5waktu sehari tidak langsung terpahat dikepala untuk wajib menunaikannya,dalam pada itu anak saya dapat mengingat dan hafal surah lazim dan hafal sifat-sifat 20.
Apa yang ibubapa menghrapkn saorang anak yang soleha yang tahu kewajipan saorang yang berpendidikkan Islam tidak tertinggal bersopan dengan ibupapa amatlah menyusuk dada dan kalbu banyaklah lagi,itu adalah sedikit dari cerita yng benar n banyak lagi bolh diuraikan disini yng tidak diajar dikorokolom di sekolah kerajaan, apa yang baik sudah tentunya datang dari ALLAH SubhanaWata'alah.Wassalam.

Anonymous said...

kami sokong perjuangan mereka...suara2 sumbang hanyelah hasad dengki..tak tegur pun dikata sesat. buat rumah amal pun mintak siasat..diluar sana buat rumah amal utk mcm2 ajenda x bising pun.

Mereka yg menuduh sesat sebab umat sekarang dah jauh dgn Nabi sendiri. Sape yg menjelaskan Islam yg sebenar2..semua tahu hasil tgk ustaz ceramah kt TV. diaorg cakap islam dlm TV pun cari makan. sebab tu masyarakat semakin jahil.

Pelik sikit tengok..tuduh sesat...macam2 org zmn skrg!

Anonymous said...

KEBATILAN DENGAN KEBENARAN sama2 naik hingga satu masa kebatilan akan hilang seperti malam datangnya siang..

SEMAKIN org kata abuya sesat, semakin berkembang subur di mekah dan di madinah...

Kami doakan mg Allah sentiasa berpihak kepada jemaah kebenaran, teruskan perjuangan..Jgn peduli suara2 sumbang cari makan dan cari publisiti!

Anonymous said...

"'Sidang Parlimen Roh' dipercayai sebagai satu lagi gerakan yang bertentangan dengan akidah Islam, dipercayai hanya usaha susulan menjenamakan semula pengaruh dan aktiviti pengasas Al-Arqam Asaari Muhammad, yang meninggal dunia tahun lalu."

Nilah pandangan org akal dan bernafsu yang tak bertunjangkan Iman.
Mungkin terpedaya dengan ajenda yahudi dan wahabi. sidang parlimen org politik membincang bajet hingga bergaduh mcm budak2 TAK dikata sesat? Kenapa?

Pernah join ke sidang parlimen roh? apa yg mereka bincang..mereka berdialog dgn org mati ke? bila sebut roh..terbayang..org mati, hantu..tulah org kita..

Inilah natijah org yg mengasah akal semata2. tiada langsung usaha membersihkan roh/jiwa manusia yg penuh dgn mazmumah..

Anonymous said...

Yg sesat tu yg duk tonggak arak kat disko2... Yg duk amal seks bebas... Yg dok seksi2 dedah2 aurat... Yg x nak tunaikan rukun islam walaupun tahu... Itu krjaan x bimbang ke? Tgk je dlm fb, brp ramai anak islam yg dok tunjuk aurat sendiri... Yg x segan2 bergambar smbil minum arak... Blh tulis alhamdulillah lg, tp gmbar tgh minum arak....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails