Thursday, January 27, 2011

4 Hari Lagi Mengundi, Labis Diserang Banjir..


Kampung Lembah Bakti dalam bahagian Dewan Undangan Negeri dinaiki air hari ini, ketika tinggal empat hari sebelum hari mengundi.

JOHOR BAHARU, 26 Jan 11: Hujan yang turun sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, hari ini.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim, berkata sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

“Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis, turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air. Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya.

Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air. Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini. “Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. Demikian Bernama.

Sementara itu menurut mStar Online, hujan lebat di sekitar Tenang sejak dua hari lalu telah menyebabkan banjir kilat melanda empat buah kampung di sini sehingga memaksa lebih 100 orang dipindahkan. Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah, Kampung Air Panas dan Kampung Veeran dengan paras air mencecah paras pinggang.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim telah menyusun semula program kempennya yang padat dan telah meluangkan masa untuk melawat kawasan yang terjejas akibat banjir itu. Calon PAS, Normala Sudirman juga tidak ketinggalan melawat mangsa-mangsa berhampiran Stesen Tenang.

Sila lihat P/K DUN Tenang secara keseluruhan...
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails