Friday, January 28, 2011

Pembongkaran Penting Nik Abdul Aziz Di Tenang

Gambar-gambar majlis malam itu..

Labis 28 Jan 11: Antara perkara penting yang dibongkar oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada pengundi di Felda di tenang, ialah antaranya mendakwa Umno telah melakukan tangkapan guru pondok. Beliau mengimbau kembali sejarah pada tahun 1967, ketika beliau baru sahaja menyertai PAS selepas pulang daripada belajar di luar negara.

"Pada tahun itu Umno mengamuk dengan menangkap ramai tok guru pondok kerana mengajar kepada penduduk orang-orang kampung (tentang Islam).

"Sepatutnya apa salahnya tanya, kenapa tok guru ajar begini, begini. Tanya... tangkap tok guru, masukkan ke dalam ISA, ini ajaran komunis.

"Sebab itu malam ini, saya bertongkat, saya gagah datang juga nak minta jangan undi selain daripada PAS... Umno datang nak bagi duit ambil, beri gula ambil, beri lembu sembelih, beri kertas undi, pangkah bulan," katanya yang diiringi dengan laungan takbir.

Pesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini. Malaysiakini pula melaporkan, dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya.

Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut hadir. Hujan renyai-renyai tanpa henti sejak petang semalam tidak membatalkan hasrat penduduk Tenang untuk mendengar amanat dan ucapan daripada dua-dua pemimpin berkenaan. (IH)

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails