Tuesday, January 25, 2011

P/K DUN Merlimau, PKR Diminta Hormati PAS?

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan

KL 25 Jan 11:
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, PKR diminta hormati PAS sebagai rakan Pakatan, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh pilihan raya kecil bagi kawasan itu. Pemuda PAS hari ini dilaporkan oleh Bernama, mahu hak parti itu untuk bertanding dikekalkan dan dihormati rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Berpegang kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo kepada PAS. Saya harap pihak-pihak berkenaan menghormatinya,” kata ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi.

Menurutnya, perkara itu telah dipersetujui bersama oleh pakatan PAS-DAP-PKR sebelum ini bahawa kerusi yang diperuntukkan kepada mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Rakyat kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

PAS pada 1999 dan 2008, telah bertanding di kerusi itu manakala pada 2004 ia ditandingi PKR. Sebelum itu, kerusi berkenaan ditandingi Semangat 46 pada 1995.

pkr youth pc 230308 samsul iskandar mat akin"Saya juga tidak suka tindakan yang di luar musyawarah (berunding) kerana ini akan mengganggu gugat keharmonian pakatan dan ia juga boleh merumitkan proses menentukan siapa yang patut bertanding," katanya ketika dihubungi Bernama.

Nasrudin berkata, tindakan meminta, mendesak atau membuat kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti oleh mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat itu perlu dielakkan kerana ia bertentangan dengan semangat setiakawan dan persetujuan yang dicapai ketiga-tiga parti.

Ketua pemuda PAS itu mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa PKR Melaka akan menawarkan calonnya untuk bertanding di kerusi DUN Merlimau dan ia akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan pusat untuk dibincangkan.

azlanKetua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin (atas, kiri) dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan itu mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Keadaan hampir sama juga pernah berlaku sebelum ini pada 2009 apabila PKR meminta meletakkan calonnya di kerusi yang dikuasai PAS selama tiga penggal di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa ia akan bermesyuarat pada Jumaat ini bagi membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil DUN tersebut. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails