Saturday, January 29, 2011

Misteri Piono Di Pantai Miami... Selesai

JOM KREATIF

PIANO misteri yang terdapat di beting pasir di Teluk Biscayne, Miami pada Rabu lalu.

MIAMI, Amerika Syarikat 29 Jan 11: Misteri sebuah piano yang muncul di beting pasir di Teluk Biscayne, Miami yang menarik perhatian dunia akhirnya dapat diselesaikan.

Seorang remaja, Nicholas Harrington memberitahu akhbar Miami Herald bahawa dia melakukan kerja itu dengan bantuan bapanya bagi menghasilkan satu klip video untuk membolehkannya memasuki sebuah sekolah seni di Manhattan.

“Kami memikirkan tentang satu produksi yang besar. Satu muzik video epik,” kata Harrington yang berusia 16 tahun. Piano itu adalah sebahagian daripada siri set televisyen yang direka oleh bapanya dan disimpan di dalam garaj selama bertahun-tahun.

Para pegawai hidupan liar Florida mahu piano itu dibuang dalam tempoh 24 jam.

Jika piano itu tidak dibuang, Harrington dan bapanya akan dikenakan dakwaan membuang sampah merata-rata. – AFP

Siri Jom Kreatif berikut..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

E-Buku IH-10: \

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails