Monday, January 24, 2011

Nizar Jamaludin: Undi UMNO Haram?


LABIS, 24 Jan 11: Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dilaporkan dalam kempen ceramahnya di Kampung Ayer Panas di sini mengatakan mengundi untuk calon Umno-BN adalah haram di sisi agama, sebaliknya wajib menyokong calon PAS, Normala Sudirman. Beliau berkata, pengundi Islam adalah wajib di sisi agama untuk menyokong calon PAS.

Semalam, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Nizar itu bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. “Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan,” katanya.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau telah menegur Nizar kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya ketika berceramah.

“Bagi saya itu biasa bagi mana-mana penceramah yang terlepas cakap, itu tidak bermakna kita akan halang beliau (Nizar) daripada memberikan ceramah di sini (Tenang).

“Bagaimanapun apa yang beliau cakap kita dah sedia maklum dan kita harap ia tidak berulang lagi.

“Saya juga dah menghubungi beliau tentang perkara itu,” kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Nizar adalah seorang individu yang bersemangat terutamanya ketika memberikan ceramah. “Beliau sangat bersemangat ketika berkempen khasnya kepada pengundi Cina dan India,” katanya.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari ketiga hari ini. Pengundian akan diadakan Ahad ini. (IH/ Sumber Tgr Malaysian Insider)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Takde apa-apa. Contohnya ada dua cara sama-sama pegang teliga, ada yang pegang dari depan nampak jelas dan kasar, ada yang pegang dari belakang tak nampak sangat. Benda yang sama, teknik saja berlaianan.

Sila lihat P/K DUN Tenang secara keseluruhan...
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenangi

6 comments:

n43 said...

hahah..terlepas cakap..nizar minta maaf je lah..atas kesilapan.

Anonymous said...

Terlepas cakap dalam dunia sekular sahaja..tapi kebenarannya ada. Boleh kah kita sokong parti yang bersama-sama cina kafir menghina Islam dan meletakkan Islam dibawah tapak kaki mereka.

Anonymous said...

pangkah jer pas masuk syurga..hahahah..lawak2...sesat da pashit nie..

Anonymous said...

pangkah pas masok syurga,pas bercita2 menegakan huhum islam dibumi malaysia ini sekiranya dapat merentah.pangkah bn masok neraka kerana menentang sebuah parti yang bercita2 untok menegakan islam dan tidak langsong bercita2 untok melaksanakan hukum islam dinegara ini pada hal sudah lebih 50 tahun merentah negara yang tercinta ini.

Anonymous said...

pangkah pas masok syurga,pas bercita2 menegakan huhum islam dibumi malaysia ini sekiranya dapat merentah.pangkah bn masok neraka kerana menentang sebuah parti yang bercita2 untok menegakan islam dan tidak langsong bercita2 untok melaksanakan hukum islam dinegara ini pada hal sudah lebih 50 tahun merentah negara yang tercinta ini.

Anonymous said...

Kesian menjadi seorang yang sombong dan gila tentang politik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails