Thursday, November 04, 2010

Terus Ke Galas...

GUA MUSANG, 4 Nov 10: Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas akan membuang undi bermula jam 8.00 pagi ini.

10.00am: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad melawat pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.



9.50am: Berlaku sedikit kekecohan di sini apabila kedudukan penyokong kedua-dua parti terlalu rapat sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

9.45am:
Di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang penyokong kedua-dua parti mula berbalas sorakan.Penyokong BN berbaju merah memegang sepanduk "PAS pembohong" manakala penyokong PAS "memegang sepanduk "Minyak naik lagi?".

9.40am: Polis mengarahkan penyokong BN menurunkan kain rentang memfitnah calon PAS selepas dibantah penyokong Pakatan Rakyat.





9.35am: Dr Zulkefli tiba di Calon smpai Sek Keb Sri Wangi.

9.31 am:
Calon PAS dalam perjalanan menuju ke kawasan membuang undi di Pulai.

9.30 am: Calon PAS, Dr Zulkefli ketika ditemui Harakahdaily menyeru kepada pengundi Galas agar keluar awal menunaikan tanggungjawab ekoran cuaca tidak menentu dan dijangka hujan petang ini.

"Saya menyeru semua pengundi keluar awal, kita risau kalau hujan turun, akan mengganggu perjalan kita untuk membuang undi."

9.25 am: Penyokong BN sedang bersorak 'hidup Umno' manakala penyokong PAS sedang berzikir diselangi laungan takbir.

9.20 am: Di Sek Men Kebangsaan Tengku Indra Petra 1, Polis bertindak menjarakkan kedudukan kedua-dua penyokong di sebelah menyebelah jalan bg mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.



9.15 am: Ketika ditemubual oleh Stesen Astro Awani, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat di Dun Galas mengundi parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau juga menyeru semua penyokong mengelak dari terlibat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergeseran antara penyokong kedua-dua belah pihak.

"PAS sudah buktikan kita bukan parti buat kacau, kita bergerak secara 'wasata' (sederhana)," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.


9.10 am: Calon PAS bersama Menteri Besar baru sahaja beredar dari pusat pembuangan undi Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.05 am:
Berlaku kekecohan antara perayu undi dan penyokong di hadapan pusat pembuangan undi di Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.00 am: Proses pembuangan undi berlangsung dalam keadaan tenang, manakala cuaca di Galas mula mendung dan hujan gerimis mula turun.

8.40 am:
Pengundi mula ramai keluar menunaikan tanggungjawab, ekoran cuaca redup di waktu pagi dan dikhuatiri hujan petang ini.

8.20 am:
Terdapat pondok panas kedua-dua pihak, namun didirikan lebih 100meter dari tempat pembuangan undi.

8.15 am: Berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong dan perayu undi BN tidak mahu berganjak dari kawasan pintu pagar sekolah setelah diarah pihak polis.

Penyokong kedua-dua belah pihak diminta berada pada jarak lebih 50meter dr pintu masuk tempat pembuangan undi.

8.10 am: Calon bersama Menteri Besar beredar dari pusat pembuangan undi di sini dan akan ke Sek Cina di Kampung Baru.

8.07 am: TG Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Sek Ren Keb Tengku Muhammad Fakri.

8.05 am:
Dr. Zulkefli tiba di pusat pengundian Sek Keb Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

7.40 am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dijangka melawat tempat pembuangan undi di Sek. Keb. Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

Turut serta menemaninya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ikuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails