Wednesday, November 03, 2010

Bertempur Dlm Internet...


Gua Musang 3 Nov 10: Umno didakwa benar-benar terdesak sekarang apabila pemberian zakat kepada tiga Orang Asal yang memeluk Islam kelmarin dianggap pula sebagai rasuah pilihan raya. Kejahilan mereka tidak mampu disembunyikan lagi apabila memperlekehkan pemberian zakat kepada Orang asal yang menganut Islam.

Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, tidak timbul sama sekali duit yang diberi kepada pemuda Orang Asal yang menganut Islam sebagai rasuah pilihan raya kerana ia merupakan pemberian zakat.

“Islam menggalakkan saudara baru dibantu bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru. Jadi bantuan tidak seberapa yang diberi kelmarin ketika kunjungan Menteri Besar ke penempatan Orang Asal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru.

“Saudara baru termasuk dalam lapan asnaf yang perlu dibantu terutamanya melalui sumbangan duit. Jadi isu ini nampak sangat dipolitik Umno selepas mereka kehabisan modal,” katanya.

Dalam Islam, terdapat lapan asnaf yang layak menerima zakat. Salah satu darinya adalah saudara baru atau mualaf iaitu mereka yang baru masuk Islam. Laman berita Umno semalam menganggap PAS terdesak apabila merasuah wang tunai sehingga RM250 kepada pengundi Orang Asal di perkampungan Sendrop.

Pemberian duit zakat kepada tiga Orang Asal tersebut disumbang Tabung Amanah Tok Kenali sebagai bantuan awal bagi membolehkan mereka membina penghidupan baru selepas menganut Islam.

Bagaimanapun bagi Umno pemberian zakat seolah-olah hina bagi mereka. Ini secara tidak langsung menggambarkan Umno benar-benar memperjuangkan kebendaan tanpa menghiraukan kehidupan rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, Umno cuba menyembunyikan perkara sebenar pemberian zakat disampaikan Menteri Besar kepada tiga Orang Asal yang menganut Islam.

Katanya, segala strategi Umno bagi memburukkan PAS ternyata menyimpang jauh termasuk juga isu khalwat yang dijaja mereka terkena kepada batang hidung pemimpin Umno sendiri.

Antara blog yang menyerang PAS ialah...

Satu:

ua Musang 01 Nov - Nik Aziz dengan rombongannya telah melakukan lawatan ke Pos orang Asli Sandrop bagi bertemu dengan pengundi orang asli berjumlah seramai 75 keluarga.

Sijil palsu yang dianugerah oleh Nik Aziz

Tujuan Nik Aziz tidak ada lain hanya bagi memberi habuan yang dikatakan bukannya rasuah supaya mengundi PAs pada 4 Nov 2010 nanti.

Selama ini puak-puak PAS yang dibantu oleh DAP menghentam bahawa UMNO adalah parti rasuah tetapi kini PAS secara senyap-senyap terpaksa menelan air ludah yang telah diludah kelangit.. Nik Aziz yang dikatakan Tok Guru merupakan dalang dalam semua ini. Semalam PSSR membuka tembelang PAS mengenai sijil palsau kini PAS memberi rasuah kepada orang asli. Dengan alasan untuk menyerahkan watikah perlantikan Ketua Masyarakat bagi beberapa kampung orang asli di Gua Musang, Nik Aziz dan rombongannya ternyata mempunyai agenda tersembunyi disebalik lawatan tersebut.


Ternyata Allah SWT itu maha besar. beberapa tembelang Nik Aziz pecah satu demi satu termasuk "merasuah" para pengundi orang asli.


Lihatlah sendiri betapa HIPOKRITnya Menteri Besar Kelantan ini yang selama ini bertopengkan islam tetapi mengamalkan "sogokan" bagi membeli undi. Sudah tak lakukah tiket syorga Nik Aziz?
Selama ini "celako" yang Nik Aziz selalu maki kepada pemimpin UMNO telah berbalik ke mukanya sendiri. Inikah "wali agung" yang diangkat setaraf nabi oleh pengikut-pengikut PAS semua?

Dua:

Kerajaan PAS terus diserang..







Inilah kezaliman PAS di Galas terhadap orang-orang Asli, korang mesti kena baca semua artikel kat atas tu! PAS ni bukanlah baik dan alim seperti korang sangka! Mereka ni spesis yang mempergunakan agama untuk mendapatkan kuasa!

Komen Weblog Ibn Hasyim: Pengundi-pengundi budiman, sila fikir sendiri. Wallahu aklam.

PRK DUN GALAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails