Sunday, October 31, 2010

N45 Galas: Habuan RM250 Menyalahi Peraturan P/Raya







GUA MUSANG 31 okt 10:
Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.

"Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.

"Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.

"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.

Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.

"Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi." (mStar Online)

Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

3 comments:

Kuda Perang said...

SPR dah makan pancing dah!!! hahaha

Anonymous said...

Apa beza menyediakan kenderaan dengan bagi duit tambang????..

Sang Kelana said...

saya ahli dan penyokong PAS.

jangan PAS bersikap 'kerana norma maka tak apa'..seperti fahaman machiavelli kelihatannya!!. kerana parti lawan juga buat maka kita juga boleh.

sepatutnya kita mendidik ahli dan juga rakyat kebanyakan menjauhi suapan/rasuah ketika pilihan raya.

pemberian hadiah/saguhati apatah lagi wang tunai ketika pilihanraya(dalam waktu kempen)bagi saya adalah rasuah,tak kira apa tujuannya.kita ketepikan aspek pelanggaran undang2;ini adalah melanggar etika moral malah tidak mencirikan akhlak orang beriman.

penyediaan pengangkutan jika ia dilakukan bersifat peribadi aka tidak di'endorse' oleh parti secara aktif, maka saya kira ini diluar dari pelanggaran etika.pemberiaan wang tunai jikapun ingin dilakukan oleh parti bukanlah secara 'lump sum', tetapi secara 'claim' kepada kriteria yang dinyatakan(tambang,makan,minum etc.) dan juga hanya kepada ahli bukan kepada semua pengundi. ini kerana ia berada di dalam bidang kuasa bendahari,setiausaha dan presiden. di sini boleh dilihat sebagai terkeluar dari melanggar etika.

kita bukan mahu DILIHAT DARI SLOGAN 'memperjuangkan Islam' tapi juga TERLIHAT MEMPERJUANGKAN ISLAM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails