Wednesday, November 03, 2010

Polis Dihukum Mati, Siapa Berhak Putuskan Rayuan?

HALAMAN HIBURAN

Gambar fail menunjukkan Mohamed Ya’cob dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Seremban selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh Along Spoon pada 26 Disember 1999.

PUTRAJAYA 3 NOV 10: Seorang anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.

Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong. Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam Islam kuasa memutuskan rayuan ialah keluarga atau waris yang dibunuh atau mangsa, bukan mahkamah. Mahkamah hanya menentukan siapa bersalah, tetapi kuasa mengampun adalah atas budibicara atau perundingan keluarga mangsa. Mana lebih adil antara hukum ciptaan manusia dengan hukuman menurut Islam? (IH)



1 comment:

Kuda Perang said...

Bagi masyarakat sivil UMNO, sudah tentu yang adil adalah keputusan Mahkamah Sivil...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails