Monday, November 01, 2010

P'Raya Negeri Sarawak Beberapa Minggu Lagi. -Penganalisis


KL, 1 Nov 10: Di sebalik spekulasi mengenai pilihan raya negeri Sarawak, penganalisis Dr Ong Kian Ming meramalkan kemungkinan ia diadakan dalam tempoh beberapa minggu akan datang atas alasan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan “lebih berminat” untuk membubarkannya bulan ini.

Bagaimanapun Ong juga memberitahu, meskipun Taib lebih “berminat” ke arah hujung bulan depan, tetapi maklumat diterimanya juga menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersedia untuk mengendalikan pilihan raya dalam tempoh itu.

“Kemungkinan ia akan diadakan hujung bulan depan adalah antara 30 hingga 40 peratus... kebarangkalian ini adalah berdasarkan tahap kesediaan untuk mengadakan pilihan raya jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan,” kata beliau.

“Sebenarnya, sukar bagi SPR untuk mengadakan pilihan raya dalam notis yang singkat,” hujah Ong pada sesi taklimat berkaitan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi serta pilihan raya negeri Sarawak di sini baru-baru ini. Walaupun begitu, SPR dipercayai telah bersiap sedia dari segi sumber manusia tetapi kemungkinan berhadapan dengan kekangan logistik jika DUN Sarawak dibubarkan bulan ini. Latihan awal bagi pekerja-pekerja pilihan raya dikatakan telah diadakan pertengahan tahun ini. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails