Thursday, November 04, 2010

Banjir: Ini Air Dari Selatan Thai..

CATATAN PERJALANAN

Gambar menunjukkan banjir melanda bandar Hat Yai di wilayah Songkhla, selatan Bangkok semalam.

KELMARIN dulu 2 November saya terperangkap di Selatan Thai. Thailand dikatakan bertungkus-lumus untuk menyelamatkan ribuan mangsa yang terperangkap di rumah masing-masing selepas banjir sedalam beberapa meter melanda bandar Hat Yai, di selatan negara itu sekali gus mengakibatkan bekalan elektrik dan komunikasi terputus.

Air membanjiri bandar ini yang didiami 150,000 orang sejak ekoran hujan lebat. Pihak berkuasa Thailand menganggarkan hampir enam juta penduduk di seluruh negara terjejas akibat bencana itu sejak tiga minggu lalu apabila rumah ditenggelami air manakala ladang dan ternakan musnah. Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva menyifatkan banjir itu sebagai salah satu bencana alam yang besar.

"Banyak masalah serius berlaku di kawasan selatan kerana semua bentuk komunikasi dan jalan terputus. Paras air sangat tinggi dan tiada tanda-tanda akan surut," kata Abhisit.


Seorang wanita melihat rumahnya yang musnah akibat banjir di wilayah Pattani, selatan Thailand semalam.

Abihisit turut memberitahu kerajaan telah membelanjakan hampir separuh bajet kecemasannya sebanyak AS$1.6 bilion (RM4.94 bilion) sejak beberapa hari lalu untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Kelmarin, sebuah hospital terpaksa memindahkan para pesakitnya. Semua perkhidmatan keretapi ke Hat Yai turut dibatalkan selepas air setinggi dua meter menenggelamkan landasan dan platform keretapi.

Kerajaan Thailand telah menghantar beberapa buah pesawat untuk menghantar bantuan ke bahagian selatan. Dua buah kapal turut digunakan untuk menghantar bantuan perubatan dan logistik bagi melancarkan operasi menyelamat. Sementara itu, Gabenor di Surat Thani, Thirayuth Aiumtrakul mengisytiharkan 16 daerah iaitu Muang, Kanchanadit, Don Sak, Pun Pin, Tha Chang, Chaiya, Tha Chana, Ban Nasarn, Viangsra, Prasaeng, Chai Buri, Khirirat Nilhom, Vibhavadee Rangsit, Phanom, Koh Samui dan Koh Phangan sebagai zon bencana. Sejak 10 Oktober lalu, seramai 104 orang terbunuh ekoran beberapa kejadian banjir di Thailand.

Kira-kira pukul 4.30 petang saya sampai di Danok bersempadan Bukit Kayu Hitam di Malaysa. Terdapat seekor gajah terjegat di jalaraya tengah pekan Danok. Entah berihat dan berhijrah kerana banjir atau lain-lain, wallahu 'aklam.

Tiada bas dari Danok ke KL. Pintu masuk ke Danok di sebelah Thai ke Malaysia ditutup sebelah pintu. Perjalanan dihentikan kerana banjir. Saya telefon seorang kawan saya di Jitra. Dia tidak boleh ke mana-mana kerana terperangkap di rumahnya. "Lebuhraya Utara Selatan antara Alor Star, Jitra dan ke Danok ditutup." katanya.

Saya juga terperangkap di Danok. Saya telefan seorang lagi kawan saya di Changlun. Alhamdulillah, rumahnya baru lepas surut air. "Ini air dari selatan Thai yang menenggelami daerah sini..." katanya, yang sempat juga bergurau.

Dia datang membawa saya ke stesyen bas Changlun. Nasib baik, al-hamdulillah, tinggal satu tiket sahaja lagi, saya boleh balik KL. Bas melalui jalan lain memasuki Perlis untuk terus ke KL, tidak melalui Jitra kerana banjir. Al-hamdulillah sekali lagi... saya boleh pulang ke KL.

Dalam perjalanan pulang, di kiri kanan jalan rumah-rumah ditenggelami air. Ada yang sekerat dada, dan pinggang. Dilaporkan keadaan banjir di Utara dan Pantai Timur Semenanjung bertambah buruk apabila lebih 20,000 penduduk terpaksa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir semalam.

Di Kedah, seramai 15,432 penduduk daripada 4,251 keluarga di empat daerah di negeri tersebut dipindahkan ke 79 pusat pemindahan berbanding 2,000 penduduk. Paras air Sungai Kuala Nerang mencatat peningkatan 21.05 meter (m) berbanding kelmarin 19.81m melepasi paras bahaya 17.07m dan Sungai Padang Terap mencatat paras air 15.29m melepasi paras bahaya 13.02m.

Sementara itu, di Perlis, jumlah mangsa banjir meningkat dua kali ganda apabila 4,600 penduduk dipindahkan semalam berbanding 1,600 penduduk kelmarin, setakat semalam 3 November. Banjir yang sebelum ini melanda Padang Besar dan Arau kelmarin memasuki beberapa kawasan di sekitar Kangar apabila beberapa bangunan awam dan jalan di Kangar termasuk Hospital Tuanku Fauziah (HTF) ditenggelami air.

MOHD Rafar Osman, kariah Masjid Titi Gajah meninggalkan kawasan masjid selepas memeriksa pesekitaran masjid yang di tenggelami banjir. Foto: Syaharim Abidin (03/11/10)

Mohd Rafar Osman, kariah Masjid Titi Gajah meninggalkan kawasan masjid selepas memeriksa pesekitaran masjid yang di tenggelami banjir.(03/11/10)

LALUAN  utama di hadapan Hospital Tuanku Fauziah di pinggir bandar Kangar yang ditenggelami banjir Foto: Ahmad Fayadh Abdul Manap (03/11/10)
Laluan utama di hadapan Hospital Tuanku Fauziah di pinggir bandar Kangar yang ditenggelami banjir. (03/11/10)

WARGA Jerman, Yusof Abdullah, 41, berada atas sebatang pokok selepas dia bersama isteri dan ibunya dihanyutkan arus deras sewaktu menyelamatkan diri dalam banjir di Kampung Kota Giam, malam tadi. Dia  dan isterinya, Ashalehah Zain, 41, berjaya diselamatkan anggota JPAM selepas  berpaut di pokok selama tiga jam, manakala ibunya dihanyutkan arus deras dan gerakan mencari dijalankan.Foto: Shahrizal Md Noor
Kekuar berita... WARGA Jerman, Yusof Abdullah, 41, berada atas sebatang pokok selepas dia bersama isteri dan ibunya dihanyutkan arus deras sewaktu menyelamatkan diri dalam banjir di Kampung Kota Giam, malam tadi. Dia dan isterinya, Ashalehah Zain, 41, berjaya diselamatkan anggota JPAM selepas berpaut di pokok selama tiga jam, manakala ibunya dihanyutkan arus deras dan gerakan mencari dijalankan. Foto: Shahrizal Md Noor

Akhirnya bas yang saya tumpangi sampai di Bukit Jalil KL hampir subuh. Sempat solat subuh di Masjid Jamek Bandar KL. Terima kasih kepada kawanku yang sudah lama tidak bertemu. Maaf tak singgah rumah hang.. sama-sama Al-hamdulillah.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Sept 4, 2010

2 comments:

mr edz said...

adakah ini salah satu kemukaan Allah terhadap kemaksiatan yang kita lakukan..

Ibnu Hasyim said...

Ya. Tapi, tanda sayang Allah sebagai pengajaran. Untuk mereka yang punya mata mahu melihat, punya telinga mahu mendengar, & punya hati mahu mengerti..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails