Thursday, November 04, 2010

Puteri UMNO Ditinggal Wanitanya, Tok Guru Ziarah

Ketibaan Tok Guru disambut oleh semua Nirmila, Nik Azmin dan anak lelalakinya, bersalaman dan mencium tangan Tok Guru.

Tok Guru menanyai nama anak Nirmila sambil diperhatikan oleh Nik Azmi dan ayahnya.

Kata Tok Guru: apa yang menjadi keutaman Pas ialah mendekati umat kepada Islam. Nirmila dan suaminya mendengar penuh prhatin tazkirah ringkas itu.

Nirmila bersama suami dan anak-anak serta bapa mertuanya bergambar kenangan dengan Tok Guru.
Tok Guru pulang kelihatan Rusdhan Mustafa ahli Pas seumur hidup mengiringi Tok Guru.

Inilah rumah puteri Umno, usur dan tidak melambangkan kekayaan parti yang diikutinya itu

GUA MUSANG:
Tok Guru Nik Abdul Aziz masuk ke kampung Sungai Teka, Galas untuk mengunjungi seorang puteri Umno, Nirmila Mohamad yang baru saja telah menukar perjuangan dari Umno kepada Pas. Kedatangan Nik Aziz itu disambut oleh suami Nirmila, Nik Azmin Nik Man, anak-anak dan sanak saudaranya.

Beberapa hari lalu Tok Guru Nik Aziz telah pun datang ke kampung berkenaan. Kedatangan yang sekejap itu menyebabkan mereka tidak puas untuk bermesra dengan MB itu. Sebaik berita mengatakan Tok Guru akan berkunjung sekali lagi ke kampung itu mereka keluar beramai-ramai.

"Wanita Umno sudah berjanji berberapa kali untuk bantu tetapi tak ada apa-apa. Gambar juga sudah diambil," jelas Nirmila mengenai rumahnya yang dhaif itu dan didengar Tok Guru dengan penuh prihatin.

"Kerajaan kita tidak banyak duit macam BN, tetapi boleh sikit-sikit," katanya sambil menekankan apa yang diperjuangkan oleh Pas yang utamanya untuk mendekati diri kepada Allah.

"Apa yang kita kena pastikan bahawa hidup kita ini kerana Allah. Kita kena ingat selepas mati kelak kita akan ditanya oleh Allah. Itu yang penting," nasihatnya.

Sebelum MB itu memberi apa-apa jaminan kepada puteri berkenaan, Adun Lombongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang ikut serta dalam rombongan menjelaskan pihaknya sudah pun berusaha untuk membantu meringankan beban Nirmila. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails