Sunday, October 25, 2009

Tok Guru Nik Aziz Gelenyar, Kata 'Pelacur Murahan'

Oleh WFAUZDIN NS

“TIDAK PERLU ADAKAN MUKTAMAR”, Itulah tajuk posting dari MSO (Mohd Sayuti Omar) di dalam detikdaily yang boleh dibaca di sini.

Apabila terlihat saja tajuk posting dari MSO, saya sudah menjangkakan bahawa penulis murahan ini tentunya akan mengambil kesempatan untuk membelasah Mursyidul Am Pas.

Maklumlah, hati mana yang tidak sakit bila teringat kisah silam. Semenjak bila pula MSO ini berkenan dengan Tuan Guru Nik Aziz?

Semenjak dari kisah Kerajaan Perpaduan bersama Umno lagi MSO begitu bersungguh-sungguh mengkritik Tuan Guru Nik Aziz yang terang-terang menolak Kerajaan Perpaduan (UG).

Ini bermaksud MSO begitu mengidam kepada UG dan selagi Tuan Guru Nik Aziz tidak berselera dengan Umno selagi itulah MSO akan terus mencari ruang untuk menyerang Mursyidul Am Pas tersebut. Saya tidak pasti berapa persen yang kita boleh dapat jika kita berusaha siang malam untuk membawa Pas ke pangkuan parti yang menolak Islam itu. Jika MSO tahu mungkin beliau maklumkan kepada kita semua.Justify Full
Kata-kata MSO kepada Tuan Guru Nik Aziz yang dianggap `gelenyar’ (gatal) itu sebenarnya memang sesuai lahir dari mulut MSO kerana semua orang tahu latar belakang MSO. Tuan Guru dianggap `gelenyar’ oleh MSO semata-mata Tuan Guru Nik Aziz mencadangkan agar diadakan Muktamar Khas untuk membersihkan kepimpinan Pas dari penyakit yang dijangkiti dari Umno itu.

Tuan Guru tidak sekali-kali berkata untuk mencadangkan agar Presiden Pas dilucutkan atau sesiapa pun yang sedang berada dibangku kepimpinan Pas sekarang. Beliau hanya mahu serahkan kepada ahli PAS untuk menentukan siapakah yang difikirkan oleh mereka sebagai parasit yang memusnahkan PAS selama ini untuk digugurkan dari pimpinan PAS. MSO terus menuduh Mursyidul Am PAS mahukan Presiden PAS ditukar beserta dengan Us Nasha, Mustafa Ali dan juga Hassan Ali. Keramat sungguh MSO yang tahu niat sebenar Mursyidul Am Pas tersebut.

Benarkah Mursyidul Am PAS mendapat ilham terus dari Allah sebagaimana yang difikirkan oleh MSO itu?

Atau betulkah Mursyidul Am PAS sekarang hanya bertindak seperti robot mengikut arahan seseorang? Tetapi, itulah yang ada pada tempurung otak MSO yang mungkin berada dilututnya sekarang.

Kenapa susah sangat hati MSO jika Muktamar Khas ini boleh diterima dan diadakan? Mungkin beliau bimbang jika Muktamar Khas ini dapat diadakan, maka hancurlah segunung harapannya untuk melihat PAS dan Umno berpelukan dan tidor sekelambu. Jika dahulu sekadar berbincang dalam kelambu Umno di Selangor dan di Perak, kini harapan nampaknya mungkin pudar jika Muktamar Khas ini diadakan.

Bukan Mursyidul Am PAS sahaja yang boleh merasakan sesuatu yang tidak kena dalam PAS. Ramai yang telah mula merasainya cuma dipendamkan sahaja kerana dikatakan pintu Kerajaan Perpaduan telah ditutup rapat. Benarkah ia telah ditutup rapat?

Seperti juga apa yang telah dirasakan oleh Mursyidul Am PAS iaitu sesuatu yang pelik dan ganjil telah melanda beberapa orang pemimpin PAS terutamanya di Selangor juga telah kita rasakan dan telah kita lihat. Amat sukar PR bekerjasama dengan PAS di Selangor kerana adanya golongan-golongan parasit ini. Golongan inilah yang didewakan oleh MSO.

Kenapa perlu takut untuk adakan Muktamar Khas dan kenapa masih kelu untuk menyatakan bahawa PAS kini sememangnya ada puak yang berselera dengan UG? Jika Muktamar Khas membuat keputusan di mana ahli-ahli PAS mahukan UG, Mursyidul Am PAS tidak boleh menentangnya. Itulah yang dikatakan oleh Mursyidul Am PAS di dalam blognya.

Mungkin ada yang berfikir lebih baik bersama Umno untuk tegakkan keadilan Islam daripada bersama rakan di dalam PR sekarang. Jika begitu, apa susahnya hendak adakan Muktamar Khas dan mungkin harapan untuk bersama Umno boleh direalisasikan. Jadi, mengapa MSO dan Roslan SMS bimbang sangat jika diadakan Muktamar?

Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada Tuan Guru Nik Aziz yang walaupun berat dihati tetapi berani untuk bersuara demi untuk memelihara perjuangan PAS dari diresapi oleh parasit-parasit ini. Samada cadangan Tuan Guru diterima atau tidak, itu bukan soal beliau lagi kerana selaku Mursyidul Am PAS beliau wajib mengeluarkan nasihat dan pandangannya walaupun dikatakan `gelenyar’. Pada saya `gelenyar’ lebih baik dari terus menjadi `pelacur murahan’ atau penulis upahan.

(
Tulisan ini diangkat dari web Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pahang.)

1 comment:

tokjanggot said...

Musim hujan hampir tiba.Ramai sudah resah gelisah.Orang yang tidak kena mengena turut resah kedatangan musim tengkojoh. MCA baru sahaja reda dari krisis yang menggoncang aras MCA. Tiba-tiba PAS pula meletup dengan isue EGM,untuk mecari ketengan dalam Politik PAS. Mana-mana pati akan senantiasa berkocak. Harap PAS dapat mencari pemimpin yang berwibawa. Kalau perlu sapu semua yang ada dan gantikan dengan yang baru.Tidak ada perkara yang tidak boleh digantikan di dalam dunia ini.Yang sudah lama bertapak patut pergi dan digantikan dengan yang abru yang lebih dinamik.PAS tidak akan mati tanpa ketiadaan orang-orang itu........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails