Tuesday, October 27, 2009

Puak-puak Syed Lawan Nabi, PAS Boleh Terima UMNO.. -Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 27 Okt 2009: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kata-kata Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bahawa beliau adalah ulama' akhir zaman yang menentang penyatuan umat Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Syed Ali terlebih dahulu harus menyedari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab di atas perpecahan umat Islam yang berlaku di dunia ini, sebelum menuduhnya demikian.

"Saya nak beri salam pada dia (Syed Ali) balik, biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini berpunca daripada Nabi Muhammad atau berpunca daripada puak-puak Syed lawan Nabi Muhammad?"

"Semua bapa saudara nabi adalah (keturunan) Syed. Syed ini kepala yang lawan Nabi Muhammad."katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Ujar Nik Aziz, beliau hanya menjalankan amanah sebagai umat Nabi Muhammad di muka bumi ini untuk menyampaikan ajaran Islam.

"Kalau dia cakap soal perpecahan jangan tuju kepada saya. Saya hanya tolong datuk nenek dia Nabi Muhammad. Dia yang melawan datuk nenek dia sendiri. Itu kena faham," tegasnya.

Syed Ali seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian kelmarin juga mendakwa Nik Aziz menentang segala usaha untuk menyatu padukan umat Islam sebaliknya bersubahat dengan bukan Islam.

Beliau juga mendakwa Nik Aziz harus dipersalahkan kerana kononnya beliau tidak boleh ditegur dan enggan menerima perubahan dan pembaharuan.

Tuduhan Syed Ali itu dilihat sebagai mengambil kesempatan di atas isu cadangan Nik Aziz agar diadakan Muktamar Khas (EGM) untuk menyelesaikan masalah kepimpinan parti sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi banyak pihak khususnya Umno Barisan Nasional yang sentiasa mencari kesilapan PAS.

Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin Isnin lalu membuat kenyataan bahawa rundingan Umno-PAS masih terbuka. Sedangkan bagi PAS sendiri, isu itu sudah selesai dalam muktamar PAS Jun lalu.

Nik Aziz sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS hanya boleh menerima Umno jika parti itu menukar dasar kebangsaan yang dibawanya kepada dasar Islam.Namun, Umno enggan berbuat demikian sebaliknya terus mendakwa PAS tidak mahukan perpaduan di kalangan orang Melayu. (Harakah/2MA)

4 comments:

man dego kg bendera said...

N. Ajis ni memang dah sesat. Umno yg ahlinya hampir semua beragama islam dikatakan bukan islam. PKR yg dia buat baik tu... ramai ahli dan penyokongnya adalah beragama HINDU. Mereka ni membunuh orang islam di India. Kalaulah mereka ni kuat di Malaysia habis kita di godamnya. Baru ada beberapa kerat dah tunjuk belangnya. DAP yg dia agong-agongkan pulak hampir tiada ahli islam.Polisinya anti islam. Hanya bukan melayu saja yg menafikan kebenaran kenyataan ini.

Zuones said...

UMNO Sememangnya sesat... Siapa tolak hudud... UMNO.. Siapa menghalalkan lesen judi dan arak .. UMNO... Siapa mengarahkan Pembunuhan di Memali.. UMNO.. UMNO sama je dengan puak Quraiys.. UMNO sememangnya suka ahli terus dalam kesesatan...
ISLAM UNTUK SEMUA

Anonymous said...

Syed Ali Alhabshee ni nak ambil kesempatan mengampu Najib.Kelmarin Najib ada kata dalam PAS ada 2 gulungan - satu yang mahukan perpaduan Melayu (maksudnya mahu bergabung dengan UMNO) dan satu lagi bencikan UMNO.Atas kenyataan Najib inilah siArab Dogol ni tumpang sekaki nak hentam TGNA.Biasalah bagi orang UMNO - boss dia cakap sepatah maka tukang ampu pun akan ambil kesempatan nak tunjuk pandai,gagah dan ikut jijak boss.Buang masa saja TGNA layan Arab Dogol ini,dia bukan tahu apa pun nama saja Syed.

Anonymous said...

TB,

Nak tambah sikit lagi pasal Arab Dogol dari UMNO Bukit Bintang ni.Suruh dia "bersihkan" dulu kawasan Bukit Bintang tu baru boleh cakap pasal Islam.Jangan-jangan dia pun ada saham disitu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails