Monday, October 26, 2009

M/Khas PAS: Selesaikan Secara Terbuka & Profesional -DrMujahid


MENEGNAI Mesyuarat Khas PAS cadangan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abul Aziz Nik Mat, AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusof berpandangan, PAS perlu menyelesaikan isu ini secara berorganisasi.

"Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik," katanya.

Beliau mencadangkan, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura perlu bermesyuarat segera dan bincangkan isu ini secara terbuka dan telus. "Selepas itu barulah kita boleh pertimbangkan, perlu atau tidak mesyuarat agung khas sebagaimana yang dicadangkan oleh Tok Guru itu," katanya.

Mujahid yang mempunyai ijzah PhD dalam pengurusan organisasi dan telah menjadikan PAS sebagai rujukan tesisnya berkata, isu ini tidak boleh dibiarkan. "Organisasi yang perlu bertindak segera bukannya individu. Barulah kita akan dilihat terbuka dan bertanggungjawab," katanya.

Menurut beliau, PAS perlu mengambil teguran Nik Aziz ini sebagai satu yang serius dan perlu dilihat menyelesaikan segala teguran dengan terbuka dan profesional. Beliau bersetuju bahawa persepsi umum khasnya di kalangan bukan Islam terhadap PAS kurang baik sejak kebelakangan ini berikutan isu di Selangor. Kekalahan PAS di Bagan Pinang pula telah dianggap sebagai pengesahan kepada persepsi negatif itu. (Sumber: Harakah/2MA)

1 comment:

Abu Zahid said...

Saya setuju ianya di selesaikan secara organisasi jika cadangan tersebut di buat secara organisasi ( melalui mesyuarat ). Jika cadangan tersebut melalui blog... (?)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails