Saturday, October 31, 2009

Awas, Minum Jus Buah Pun Boleh Mabuk -CAP

PENGGUNA

Hati- Hati Dengan Jus Buahan Mengandungi Alkohol - CAP

LANGKAWI, 31 Okt 2009 (Bernama) -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli sejenis minuman ringan jus buah-buahan kerana ia mengandungi alkohol yang boleh memabukkan.

Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata jus itu mengandungi antara empat hingga enam peratus alkohol.

"Walaupun pengeluar minuman melabel kandungan peratus alcohol, tapi sukar melihatnya kerana kurang jelas," katanya pada persidangan akhbar selepas kempen bahaya arak kepada masyarakat di tempat letak kereta di pekan Kuah di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Subbarow meminta kerajaan dan kementerian berkaitan menjalankan kajian terhadap minuman itu dan mengeluarkan garis panduan kepada peniaga agar tidak menjualnya kepada pelajar dan remaja bawah umur.- BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

I am impressed! Blog message posted here is really my friend. I just thirst for to clout keep up with comments and prominence work. IE browser bookmarks to your blog at best now, I l be involved a arise back to fathom my friends more in the tomorrow! The color of the layout is not spoiled, it is elementary on the eyes.

ahmed said...

Walaupun pengeluar minuman melabel kandungan peratus alcohol, tapi sukar melihatnya kerana kurang jelas," katanya pada persidangan akhbar selepas kempen bahaya arak kepada masyarakat di tempat letak kereta di pekan Kuah di sini pada Sabtu.

ali said...

Sehubungan itu, Subbarow meminta kerajaan dan kementerian berkaitan menjalankan kajian terhadap minuman itu dan mengeluarkan garis panduan kepada peniaga agar tidak menjualnya kepada pelajar dan remaja bawah umur.- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails