Thursday, October 29, 2009

Selepas Malam Tadi, Perlu Lagikah Tulisan Seperti Ini?

Oleh Megat Ali Megat Alang


SELEPAS menyuarat khas AJK Agung PAS malam tadi, apa masih perlukah tulisan-tulisan seperti ini? Contohnya lihat tulisan ini dipetik dari.. http://baganutama.blogspot.com

Mustafa Ali yang daku kenali

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpghcgnwepLsYsGvVoXz0HJjDCx2DPV46hzcXKrr_j1cEThyawFFlFxwgqQ8hvQjdmW0k_KQf8OiUH24SbzEBTKHyiu-zPT5USvEIC0-_LiV-Aa2WZHeU9b9EwFyBbv2iz6nDuEEPmRcg/s400/mustafa+ali+on+UG.gif

Aku bukan orang Terengganu yang pernah duduk bawah ketika Mustafa Ali. Tapi aku kenai dia sebab aku pernah kerja di Harakah. Organ parti yang sebenarnya dianak tirikan oleh PAS. Siapa Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah? Mustafa Ali la…sapa lagi!

Sebenarnya, PAS memang tak layak mentadbir negara ni sorang diri…sebab apa? Sebab ciri-ciri unggul kepimpinan Islam yang PAS dok langgan sana sini, masih tak dipraktikkan oleh kebanyakan pemimpin PAS sendiri. Toksah cerita la kisah Umar Abd Aziz…ramai lagi yang tak reti jaga akhlak sebagai pemimpin dalam PAS. Bahkan…dengan perangai huduh mereka, maka aku yakin menjadi punca Allah SWT tahan kemenangan untuk PAS dan tarik balik Terengganu. Dan aku yakin, PAS Kelantan mampu bertahan hingga kini pun, sebab TGNA masih dok ada lagi…dia adalah punca datangnya pertolongan daripada Allah SWT. Aku takut sangat jika dia dah tak ada…

Aku pernah kerja kat Harakah…makan tahun jugak la. Masa tu, kami kakitangan Harakah memang berbulu habis dengan perangai Cikgu Pa. Siapa tak percaya, pergi Harakah…temuramah la orang lama…Ust Masyhudi, Abu Hanifah dan ramai lagi. Zul Sulong pun pernah kena bahana dengan Cikgu Pa. Lutfi pun tahu…jangan kata aku karang sendiri story ni…pi la…depa dok bernyawa lagi tu…

Untuk makluman, PAS mempunyai beberapa buah syarikat bagi menerbitkan bahan-bahan bercetak yang menjadi media PAS. Ini kisah dulu la…sekarang mana aku tahu. Kisah ini era 1990-an. Jika nak tahu, selain Harakah…ada beberapa buah anak syarikat yang dimiliki oleh PAS, yang aku ingat PMSB dan Dewan Muslimat Sdn Bhd. Semuanya memfokuskan kepada pengeluaran bahan bercetak – akhbar Harakah, majalah Muslimah (dah kantoi dah…), majalah Tamadun (pinjam permit Muttaqin Amaludin) dan sebuah majalah budak-budak…tak silap aku nama dia Mari Membaca. Ada la lagi beberapa bisnes lain…aku tak payah habaq…

Aku nak bagi tau, masa tu Kelantan ‘dah bagi cuti dua hari seminggu kepada kakitangan kerajaan negeri, kami kat Harakah dan anak-anak syarikat…hampeh!!! Aku cuma nak tanya, awat cikgu Pa ketegaq sangat tak nak bagi cuti kat kami seperti mana Kelantan…sepatutntya piawailah…kan PAS tu satu, la ni..PAS for All…ceh!!! Jangan harap la…Tu aku baru bagi satu contoh. Aku tak sentuh lagi bab gaji, kemudahan kakitangan parti, kemudahan rawatan dan sebagainya…he….ngeri beb!!!

Sebab tu aku kata, selagi Cikgu Pa ni ‘tak dibetulkan’ (kot suka hangpa la nak tafsir kot mana…nak buang ka, nak disiplinkan ka…) maka…PAS payah nak betul. Nak betul macam mana, sebab di dah kontrol Hj Hadi. Dulu, zaman almarhum Datuk Fadzil Noor, dia cuba kontrol jugak, tapi orang tua tu pemikiran dia lain…dia lebih open minded dan mungkin akrabnya hubungan Datuk Fadzil dengan DSAI memberikan satu kesan lain dalam approachnya yang akhirnya memberikan kebaikan kepada PAS sendiri.

Ingat! Aku takkan lupa betapa Cikgu Pa dan gengnya di Lembaga Pengarah Harakah khususnya Dato’ Hisham, menjadikan Harakah macam mak bapak depa yang punya. Harakah untung berganda…isu DSAI akhir 1990-an melonjak jualan Harakah…sampai dicetak beratus ribu naskah. Kami dapat apa? Letih ada la…

Siapa-siapa tak percaya, aku nasihatkan pergi cari Zul Sulong…temuramah dia, bukak kes dia kena saman pasai artikel Dr Chandra Muzaffar…dan apa yang Harakah bantu dia? Siapa yang kena dan siapa yang terlepas…Cikgu Pa terlepas…dia yang kena…amik!!! Jika tidak, ada pembaca kata aku karang cerita…hei…aku pun tau dosa pahala jugak!

Apa hangpa jangan tak tau, kronisme pun wujud jugak dalam Harakah. Aku masih ingat Cikgu Pa bawak masuk anak lelaki dia ke dalam Harakah…nama apa aku dah lupa. Alasannya untuk bantu mantapkan pengurusanlah, itulah…inilah…cis…awat tak buat open interview…cari candidate yang really talented…bila Umno tak buat open tender beli kapai selam…bising…cis!!! Ni yang aku kata, CAKAP TAK SAMA BIKIN!

Banyak la lagi…tapi aku dah malas nak ingat. Jika aku terjumpa staff Harakah atau mana-mana anak syarikat dia, sampai la ni masalah masih sama. Kebajikan kakitangan masih corot…gaji masih ciput…so, engkorang bayang sendiri la…cara PAS layan warga kerja sendiri…pas tu kecoh pasai Negara Berkebajikan! Woi…Mustafa Ali…it’s enough…bila TGNA dah bersuara…baru hang tahu langit tinggi ka rendah!

P/s: Ha tengok…artikel aku kali ini, langsung tak sentuh Hasan Ali…puas hati kome?

Posting terbarunya...

Hasan Ali bakal hilang jawatan !!! - oleh ali : Tuan Guru Nik Aziz dalam meeting malam tadi telah menyebut nama Hasan Ali sebagai orang yang terlibat dalam projek "Unity Government". Hasan Ali...

Cuba-cuba, anda nilaikan dan beri komen untuk kebaikan bersama.. Insya Allah. (2MA)

5 comments:

Us. Mohd Said said...

Ana rasa Isu Kerajaan Perpaduan hendaklah dibincangkan secara bersemuka antara Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi,Cikgu Pa, Hasan Ali. Tak patut langsung ada rasa tidak puas hati yang diluahkan secara terbuka antara 2 tok guru. Namapun tok guru, mestilah yang diluahkan berdasarkan firasat terpimpin dari Allah, bukan nafsu… Ana rasa tak patut langsung Pimpinan PAS pusat khususnya menjadi bengkeng(pemarah) dan takkan tak ada perjumpaan sebulan sekali yang wajib bagi pihak pimpinan PAs pusat.
Ana cadangkan Usrah Pimpinan Pusat perlu diwujudkan bagi merapatkan talisilaturahim antara pimpinan.
Zaman dah maju, ambil no tel. dan telefon. Saya dah mula merasakan Blog dah menjadi senjata makan tuan. Lebih merosakkan dari memberi kebaikan.
Ingatlah bila berfikir sendirian, syaitan akan berperanan.Bagi ana dua2 tak salah.
Ana rasa tak perlu mesyuarat luarbiasa, yang perlu sabar luarbiasa.
Bagilah peluang semua orang bercakap, jika ada kerajaan perpaduan Presidenpun kena minta mandat pada ahli.So….nak kalut apa…. Kalau buat sungguh kerajaan perpaduan ana yakin akan dimaklumkan pada ahli.
Ana rasa tahun nie Allah turunkan wabak EGM kot, sampai PAS pun nak kena jugak tak kecuali..
Bagi ana biarlah beberapa orang buat kenyataan ikut sedap mulut, lepas nie kita pangkahlah pimpinan yang ikut sedap kita pulak.sabar……
Ana doakan dua2 tok guru sihat dan tak jatuh sakit akibat daripada banyak berpikir. InsyaAllah PAS tetap teguh. Kami anak2 PAS anggap dua2 macam Ayah dan Bonda, dua2 kami sayang, dua2 kami hormat. Tapi Ayah dan Bonda takkan kalau nak gaduh depan anak2. Betul jugak kata arwah ayah takkan dalam keluarga takdak bergaduh, tapi kita adik beradik yang lain tak patut jadi batu api, patutnya kita jadi pendamai.Tak patut masuk campur kalau tidak akan jadi lagi kecoh. Alih2 dok tahun depan dapat adik baru lagi. InsyaAllah, Amin.

Yanaam said...

Bukan kecoh mana pun. Yang kecoh ialah puak-puak yang mahu kehendak dia dilaksanakan.

Saya dah jangka reaksi sebegini. Dia fikir semua orang punya pemikiran dan perasaan macam dia.

PAS adalah sebuah jemaah. Apa-apa keputusan adalah secara jemaah. Bukan untuk puaskan hati grup tertentu.

PKR pun ada masalah dia. UMNO pun ada masalah dia. Mana ada pemimpin yang boleh puaskan hati semua penyokong.

Jangan fikir kalau buang Hassan Ali, Hadi Awang, Nasha dan Mustaffa, masalah pun selesai.

Rabu Bin Khamis said...

gian jugak nak tumpang sekaki.

pada pendapatan saya, geng pas pusat tak hormat langsung dengan pas kelantan, tok guru kelantan, mursidur am, menteri besar kelantan.

mustahil la tak tahu dun kelantan tengah bersidang. carilah tarikh lain lepas sidang dun tamat. kesian tok guru kelantan terpaksa dan dipaksa pergi kl. lepas tu kelam kabut balik kelantan.

kalau penting sangat, apa salahnya pemimpin pas pusat yang muda gagah perkasa tu turun kelantan ? hormat la sikit tok guru kelantan tu. macam ini ka pemimpin parti islam ?

penat saja tok guru kelantan pergi kl, pi mai pi mai tang tu jugak.

Anonymous said...

Artikel ini dah lama keluar, tuan baru jumpa ke?..... Kalau yang betul bila bila masa tetap akan betul dan yang salah cepat kita lupakan. Eloklah amalan begitu.

Anonymous said...

Yanaam,

Dalam keadaan dan suasana sekarang,persoalan anta:.. kalau buang Mustafa Ali,Hadi Awang,Nasa dan Hassan Ali,masaalah pun selesai.
Jawabnya: IsyaAllah boleh selesai.Kalau tak percaya boleh coba.Kalau tak dapat buang 4,buang 2 yang jadi kepala - Mustafa Ali dan Nasa pun dah cukup.Kalau kepala dah tak ada,badan dan ekor akan mati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails