Thursday, October 29, 2009

Tiada EGM Ganti Seminar Politik & Siasat PAS S'ngor -A.Hadi


Sekitar mesyuarat khas AJK PAS tersebut.

KUALA LUMPUR: PAS telah mengambil keputusan untuk tidak mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebaliknya parti itu akan mengadakan seminar politik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan untuk memperkasakan parti.

"EGM tak ada, kita bersetuju EGM tak ada tapi diganti dengan seminar." kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Keputusan ini dicapai sebulat suara setelah mengambil kira pandangan Mursyidul Am sendiri, beliau memberi pandangan agar sebolehnya diadakan sesuatu untuk mengumpulkan akar umbi."

Menurut Abdul Hadi, seminar yang akan diadakan pada 7 November depan akan dihadiri oleh kira-kira 1,000 perwakilan dari seluruh negara yang akan membincangkan isu-isu semasa dalam PAS. Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar PAS Jun lalu.

Tiga pemimpin yang disebut dalam blognya ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali. Ditanya sama ada Nik Abdul Aziz memberikan penjelasan berhubung tuduhan yang mengatakan terdapat di kalangan pemimpin parti itu cuba melakukan penyatuan dengan Umno, Abdul Hadi berkata: "Itu tidak ada, tuduhan itu tidak ada, beliau dah jelaskan... beliau puas hati."

Dalam perkembangan yang sama, Abdul Hadi berkata, mesyuarat khas ini juga telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat mengenai beberapa tuduhan terhadap PAS Selangor. "Isu yang berkait dengan Selangor, yang juga terdapat beberapa tuduhan dan beberapa pandangan, perkara ini kita serah kepada jawatankuasa disiplin parti yang dipengerusikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan pasukannya untuk menyiasat sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," katanya.

Ditanya sama ada siasatan itu akan memfokuskan kepada individu tertentu seperti Dr. Hassan, Abdul Hadi menegaskan siasatan akan dijalankan secara keseluruhan. "Untuk siasat tuduhan yang dikatakan dalam isu Selangor... Selangor sahaja," katanya.

Abdul Hadi juga berharap siasatan berkenaan beberapa isu yang enggan didedahkan itu boleh diselesaikan secepat mungkin. Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini.

Mesyuarat tersebut yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri telah memutuskan dua keputusan penting itu. Keputusan itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat. Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat.

Abdul Hadi turut menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya. Mesyuarat itu bermula jam 8.45 malam ini walaupun Nik Abdul Aziz hanya menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam. Butiran mesyuarat dan kehangatan perbincangannya belum dapat dipastikan. Ramai pemimpin PAS yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut. (2MA)


3 comments:

Kuda Perang said...

Alhamdulillah, jemaah Islam PAS semakin kukuh.

Kebenaran tetap akan zahir jua melenyapkan kebatilan.

mohd Ali said...

Ana rasa Isu Kerajaan Perpaduan hendaklah dibincangkan secara bersemuka antara Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi,Cikgu Pa, Hasan Ali. Tak patut langsung ada rasa tidak puas hati yang diluahkan secara terbuka antara 2 tok guru. Namapun tok guru, mestilah yang diluahkan berdasarkan firasat terpimpin dari Allah, bukan nafsu… Ana rasa tak patut langsung Pimpinan PAS pusat khususnya menjadi bengkeng(pemarah) dan takkan tak ada perjumpaan sebulan sekali yang wajib bagi pihak pimpinan PAs pusat.
Ana cadangkan Usrah Pimpinan Pusat perlu diwujudkan bagi merapatkan talisilaturahim antara pimpinan.
Zaman dah maju, ambil no tel. dan telefon. Saya dah mula merasakan Blog dah menjadi senjata makan tuan. Lebih merosakkan dari memberi kebaikan.
Ingatlah bila berfikir sendirian, syaitan akan berperanan.Bagi ana dua2 tak salah.
Ana rasa tak perlu mesyuarat luarbiasa, yang perlu sabar luarbiasa.
Bagilah peluang semua orang bercakap, jika ada kerajaan perpaduan Presidenpun kena minta mandat pada ahli.So….nak kalut apa…. Kalau buat sungguh kerajaan perpaduan ana yakin akan dimaklumkan pada ahli.
Ana rasa tahun nie Allah turunkan wabak EGM kot, sampai PAS pun nak kena jugak tak kecuali..
Bagi ana biarlah beberapa orang buat kenyataan ikut sedap mulut, lepas nie kita pangkahlah pimpinan yang ikut sedap kita pulak.sabar……
Ana doakan dua2 tok guru sihat dan tak jatuh sakit akibat daripada banyak berpikir. InsyaAllah PAS tetap teguh. Kami anak2 PAS anggap dua2 macam Ayah dan Bonda, dua2 kami sayang, dua2 kami hormat. Tapi Ayah dan Bonda takkan kalau nak gaduh depan anak2. Betul jugak kata arwah ayah takkan dalam keluarga takdak bergaduh, tapi kita adik beradik yang lain tak patut jadi batu api, patutnya kita jadi pendamai.Tak patut masuk campur kalau tidak akan jadi lagi kecoh. Alih2 dok tahun depan dapat adik baru lagi. InsyaAllah, Amin.

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails