Monday, October 26, 2009

Mustafa Ali, Hanya Perlu Mesyuarat J/kuasa Khas?

KL. Okto 26 2009. PAS akan memanggil satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu ini bagi membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya berkata, mesyuarat itu akan diadakan jam 8.30 malam Rabu ini. Surat jemputan untuk mesyuarat ini akan dikeluarkan segera oleh beliau.

Mustafa berkata, beliau mendapat arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar memanggil mesyuarat khas itu. Mesyuarat ini, katanya, akan membuat keputusan apa akan dibuat selepas ini.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS juga akan mengadakan mesyuaratnya segera. Ia akan diadakan lebih awal iaitu malam ini di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Mesyuarat ini juga dipercayai ada kaitan dengan tulisan Tuan Guru Nik Aziz dalam blognya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat adakah berbeda dengan Muktamar Khas cadangan Tok Guru Nik Aziz? Kalau hanya mesyuarat Jawatankuasa perlukah buat pengumuman khas kepada media? Sedangkan yang ramai nak tahu cadangan Tok Guru Nik Aziz itu dipersetujui atau tidak? (2MA)

8 comments:

antiliberal said...

lepas mesyuarat baru bg tahu jadi ke tak EGM!

apa ke bangang je buat blog, tp itu pun xpaham?? (maaf, kasar sikit sbb dh jelak dgn puak liberal)

Anonymous said...

PAS jadi masuk BN 2010/2011?

ahli pas KL said...

rilek brother anti liberal,

macam inikah sikap ahli pas sesama pas. barangkali bukan pas, itu sebab guna nama anti liberal.

Hamba Allah said...

Teruskan perjuangan anda pak ibnu

penawarrindu said...

Salam Pak Ibnu,
Saya rasa lah( ye saya rasa)Mungkin dalam mesyuarat Khas itu nanti akan dibincang keperluan Muktamar Khas itu nanti.

Marilah sama sama kita berdoa agar diberiakan satu yang baik untuk PAS.Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi org2 Mukmin.
Teruskan menulis walaupun pahit.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim,

Ana terasa kebimbangan anda tentang Mesyuart Khas.Ana juga khuatir,mesyuarat khas ini tidak akan menyelesaikan apa-apa,.Cuba anta bayangkan: Ditingkat 5 Pejabat Agong PAS - duduk dikepala meja ialah Presiden(tertuduh),disebelah kanan dia,Nasaruddin Mat Isa(tertuduh),munkin sebelah Nasaruddin duduk Mustafa Ali(juga yang dituduh) dan tidak ketinggalan duduk berhampiran Presiden ialah Harun Taib,Ketua Dewan Ulamak.Bayangkan bagaimana pihak-pihak lain akan bersuara dan bercakap.Akhirnya - dia pandang dia,dia pula pandang dia,perasaan "malu dan wala" berkecamuk dikepala dan akhirnya mesyuarat tamat dengan acara berpeluk-pelukan.Tiada yang selesai dan tak ada yang diperbetulkan.Mustafa Ali akan sekali lagi mengadakan Sidang Akhbar menyatkan: " Semua telah diselesaikan dalam semangat ukhwah dan musyawarah"
Gulungan ulamak ni begitu pandai dan bijak membuka kisah semasa Syedina Omar Ibnu Khatab,dilantik menjadi Khalifah,berdiri seorang yang menghunuskan pedang sambil berkata kepada Syedina Omar,"Jika kamu menyeleweng dari tugasmu,pedang ini akan lekat dilehermu."
Hari Rabu ni,kita nak dengar dan tahu adakah agaknya orang yang "berani menegur" sebagaimana dikisahkan diatas.

Merojok Kepada Komen Ibnu Hasyim berbentuk pertanyaan berbunyi 'Mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat adakah berbeda dengan Muktamar Khas cadangan Tok Guru Nik Aziz? Kalau hanya mesyuarat Jawatankuasa perlukah buat pengumuman khas kepada media?'

Mahfumnya memang tak sama, bukan Muktamar Khas tetapi cuma mesyuarat khas AJK Agung. Mesyuarat biasa yang tak perlu hebuh.

Sambung komen beliau lagi 'Sedangkan yang ramai nak tahu cadangan Tok Guru Nik Aziz itu dipersetujui atau tidak?'

Itu sebab dihebuhkan, bertujuan untuk membendung kehendak ahli PAS yang mahu tahu cadangan Tok Guru Nik Aziz itu diluluskan atau tidak. Mula-mula suruh tunggu hari Rabu, cuba panjangkan masa dan cuba menyejukkan suasana, dan akan cuba gagalkan kehendak Tok guru yang hendak adakan Mesyuarat agung khas itu.

Itu helah sebenarnya. Maaf itulah yang aku faham dari pertanyaan Ibnu Hasyim.

Harap Pak Ibnu tolong jelaskan. Wallahu aklam. Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails