Tuesday, October 27, 2009

Nik Aziz Tonton Lawan Bola Malam Ini, Tahniah Anuar Musa.

SUKAN
Kota Bharu, setelah tewas di tangan Kedah di Alor Star, Kelantan membalas kekalahan tersebut kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-0, pada babak kedua perlawanan. Keputusan tersebut sekali gus memastikan pasukan Red Warrior’s menjuarai dalam saingan peringkat Kumpulan E, Piala Malaysia 2009.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) menyerahkan replika cek kepada kapten Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (kanan) sambil diperhatikan oleh Nor Farhan Mohamad sebagai bonus selepas layak ke suku akhir di Kota Bharu.

KOTA BHARU, 27 Okto 2009:Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka akan menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir pertama antara Kelantan dan Perlis malam ini.

Menteri Besar itu berkata, beliau bersama beberapa orang anggota exco kerajaan negeri disamping Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Red Warrios itu sebagai menuju ke perlawan akhir merebut Piala Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang Dun Kelantan berakhir petang semalam sebagai menyambut pelawaan dari Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika menggulung perbahasan ucapan Belanjawan 2010 di Dewan Undangan Negeri Kelantan yang keduabelas semalam.

Menurutnya, Anuar menjemput Menteri Besar termasuk anggota-anggota exco kerajaan negeri disamping Adun mengikuti perlawanan separuh akhir bola sepak itu bagi memberi semangat kepada pasukan supaya dapat beraksi hingga ke peringkat akhir. Kelantan mara ke peringkat separuh akhir malam esok untuk menentang Perlis bagi merebut Piala Malaysia.

Mereka melangkah ke perlawanan separuh akhir selepas menang bergaya 3-0 ke atas KL Plus. Dengan keputusan itu Kelantan mara dengan agregat 4-1 selepas seri 1-1 di Cheras, Selasa lalu

"Sekiranya Kelantan berjaya memenangi pertandingan itu, pasukan kita bakal berhadapan dengan Negeri Sembilan atau Terengganu untuk berentap di peringkat akhir,"ujarnya. Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Anuar Musa kerana telah berjaya menjadikan pasukan berkenaan begitu hebat hingga mampu bersaing di peringkat suku akhir.(AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails