Friday, October 30, 2009

Dr Hasan Ali Jadi Punca Masalah, Boleh Selesai?

Atas: mesyuarat khas PAS. Bawah: Dr Hasan, Teo Nie Ching & Tuan Ibrahim Tuan Man

KL OKT 2009: BENARKAH masalah hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat di Selangor berpunca daripada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hassan Ali dan bukannya pemimpin lain dalam parti itu seperti kata seorang ahli parlimen DAP?

Beliau adalah wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching. Menurutnya lagi, "Masalahnya dengan Dr Hassan sahaja. Dengan wakil rakyat yang lain tidak ada masalah. Macam wakil rakyat PAS Dr Shafie Abu Bakar (di Bangi) semua ini tidak masalah," kata wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching, ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat khas PAS kelmarin yang memutuskan untuk mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

Malaysiakini melaporkan, Teo berkata, kontroversi dalam pentadbiran di Selangor yang diakibatkan PAS selama ini berpunca daripada "masalah komunikasi" dalam menyalurkan pandangan masing-masing. "Dr Hassan yang selalu mengkritik keputusan exco di akhbar sebelum berbincang (dengan DAP dan PKR), itu memang tidak elok," katanya.

Beliau, yang juga timbalan ketua publisiti DAP, mengalu-alukan campur tangan jawatankuasa pusat PAS semalam, Teo bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan keberkesanan tindakan itu selagi jawatankuasa disiplinnya belum membuat keputusan.

Ada sumber-sumber melaporkan, tindakan mengheret PAS Selangor (Dr Hasan Ali) ke depan jawatankuasa disiplinnya belum dapat meredakan konflik dalaman apabila komen-komen negatif berhubung perjalanan mesyuarat khas parti itu kelmarin mula tersebar. Penulis politik Mohd Sayuti Omar disebutkan berkata, mesyuarat khas PAS itu memberikan fokus kepada exco kerajaan Selangor, yang juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali. Katanya, ada cadangan meminta Dr Hasan dipecat daripada jawatan mengetuai PAS negeri dan juga exco hal-ehwal Islam negeri itu.

"Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno.

"Bagaimanapun (presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang) dikatakan telah mempertahankan Dr Hassan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat," tulisnya di blog peribadi Merah Tinta sejurus selepas tamat mesyuarat itu.

"Alasan Abdul Hadi, kalau ada tuduhan, penyiasatan perlu dilakukan.

"Sehubungan itu jawatankuasa disiplin PAS yang diketuai (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Dr Hassan bersama ahli jawatankuasanya."

Sementara blog Malaysian Waves pula mendakwa 75 peratus ahli mesyuarat pada malam itu mahukan Dr Hassan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor. "Namun, permintaan majoriti ahli jawatankuasa pusat PAS ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," tulis Tulang Besi, penulis blog yang sering mendedahkan konflik dalaman parti.

"Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para ahli jawatankuasa pusat PAS.

"75 peratus daripada keseluruhan ahli jawatankuasa yang hadir bercakap dan hanya Cikgu Pa (setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali) serta Datuk Abu Bakar Chik sahaja yang menyokong Dr Hassan.

"Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru (mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak daripada apa yang dituliskan oleh beliau.

"Yakni, jelas beliau mahu ketiga-tiga yang dinamakan dalam blog beliau dibuang."

Selain Dr Hassan dan Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga disebut di Blog Tok Guru yang dianggap antara "beberapa kerat pemimpin bermasalah ". Sementara itu Harakah Daily melaporlan, Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

(Pelbagai sumber/2MA)

8 comments:

MK IV said...

HANCUR...HANCUR...
HANCUR PAS....

HANCUR...HANCUR...
HANCUR PAS....

HANCUR...HANCUR...
HANCUR PAS....

http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/10/terkini-sah-hasan-ali-kan-dipecat.html

Us. Mohd Said said...

Apa yang dilakukan oleh Hasan ALI Tak salah pun. Kami orang lama PAS rasa tak kan takdak perbezaan pendapat kot dalam PAS. Hasan Ali bukan budak kecik dia berhak beri pendapat. Buat apa EGM bukan ada kes besar pun. Nik Aziz juga tak salah masing2 ada cara tersendiri untuk mantapkan PAS. Jangan buat andaian melulu mendahului lembaga displin. Niat Nik Aziz baik, niat Hasan Ali juga baik InsyaAllah. Niat kita yang dok mengadu-domba pula macamana????Baik??? Biar kita tak menang tapi jangan kita menghukum sahabat yang tak bersalah.Masing2 ada jasa.Hargailah jasa mereka.KIta sapa??????

Anonymous said...

Hasan Ali, nasaruddin Mat Isa dan Mustahapa Ali mesti disingkir daripada PAS kerana suka memonopoli kuasa politik dalam parti. Ini sikap tidak baik!

Anonymous said...

Buat Nasaruddin, Msuatapah Ali dan hasan Ali; kalau dah ramai AJK PAS pusat tak berkenan tuh faham-faham aje lah...buat apa duk tersengeh memangku jawatan dalam pas lagi? Dah majoriti tak suka kat kamu....berundur aje lah...nanti jadi lebih kelam kabut...mengaku ajelah diri kamu semua itu tak berkualiti lagi!

Anonymous said...

Keputusan yang dimbil oleh Presiden PAS terhadap kes Hassan Ali,diMesyuart Khas itu,amat tidak menyenangkan ramai ahli PAS.Bagaimana TGHA boleh mendengar cakap 2 orang(Mustafa Ali dan Bakar Chik) berbanding dengan hampir 40 ahli AJK PAS Pusat(75%) - adalah satu keputusan yang kurang bijak dan kurang matang,serta mengundang gejala-gejala yang tidak sihat.

Menghadapkan seluruh PAS Selangor kedepan Lembaga Disiplin PAS menunjukkan TGHA tidak berhajat untuk mengambil tindakan terhadap Hassan Ali.Mengapa hendak buang masa menyiasat yang ramai walhal yang bersalah dan tertuduh hanya seorang?
Begitu juga dengan kes perjumpaan intim antara Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan blogger-blogger UMNO - yang terlibat hanya 3 orang (termasuk Roslan SMS)
Kadang-kadang sesuatu peristiwa itu berlaku ada hikmahnya.Sekarang seluruh ahli PAS sudah dapat membuat penilaian,siapakah Presiden PAS itu.

Anonymous said...

Hasan Ali mengkritik Isu Penjualan arak di Selangor.

Salah ke??

DAP mengamuk dan lancarkan konspirasi menyingkirkan Hasan Ali daripada PAS.

DAP kecam JIM sebagai Terroris. dan Membantah penubuhan negara Islam.

itu pun tiada tindakan dari pihak pimpinan DAP.

Bila Hasan Ali pertahankan hak umat Islam, Pimpinan2 PAS kecut pulak... sanggup makan ahli sendiri dan selamatkan si Kafir DAP.

PAS guna style politik yang menghancurkan diri!

Anonymous said...

Salam,

Kalau Dr. Hassan Ali dijadikan mangsa percaturan DAP, saya jamin PAS di Selangor akan hilang kepercayaan dari pengundi. Mereka yg selama menyokong dan menyumbang kejayaan Selangor di terajui PKR dan PAS akan berasa di khianati.

Ramai orang-orang PAS yg kurang pendedahan dan kepintaran siasah tidak faham apa yang berlaku khususnya realiti kepincangan di Selangor kecuali mereka yg bertugas di GLC atau badan-badan berkanun. DAP mendominasi hala-tuju pakatan dan penyokong golongan muda melayu Islam yang kritis semakin berang dengan PAS yang gagal.

Sokongan rakyat kepada Anwar, PKR dan PAS sudah berubah melihat prestasi 2 tahun selepas PRU12. Jangan masih berkhayal syok sendiri dengan kemegahan PRU12 jika PAS gagal menganalisis sebab sokongan mendadak yg menyumbang kemenangan di Perak dan Selangor.

Sepertimana kritisnya rakyat kepada BN begitu juga kritis kepada PR khususnya PAS. Sekarang bukan lagi zaman pancing pakai "janji masuk syurga kalau undi PAS". Hari ni orang2 terpelajar lagi banyak malah makin celaru terpecah pula dengan soal SALAF dan KHALAF.

Jadi "PERPADUAN" memang isu yg perlu dilaksanakan yg menjustifikasi usaha Dr. Hassan Ali releven.

Anonymous said...

Warga PAS semua yg sayang nak dakwah DAP sangat ni memang kenal ke hati budi warga DAP ni ?

Ramai sangat ke berkawan dengan cina DAP dan dah khatam ke membuat kajian budaya cina sosialis ni utk di baik sangka memanjang.

Yang pastinya cina DAP gelak dalam diam tgk melayu PAS syok sendiri percaya habis Lim guan Eng tu nak masuk Islam. Lepas tu boleh dakwahkan umat melayu.. Betul jugak tu tapi dakwahkan umat melayu PAS yang taksub dan tak kenal dunia luar. Sedih....melayu tetap melayu..lemah dan layu dan senang diperdayakan secara terang-terangan...tergadai lah maruah, tanahair dan anak isteri sendiri demi ketaksuban berasaskan kejahilan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails