Sunday, January 02, 2011

Sungai Terpendek Di Dunia, Terdapat 2 Jenis Air.

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG
Dipandang dari hulu sungai Tamburasi

SUNGAI terpendek di dunia, di mana? Di Indonesia. Tepatnya di Sulawesi Tenggara, Kecamatan Tamborasi, Kabupaten Kolaka. Namanya Sungai Tamborasi. Mengapa dikatakan sungai terpendek di dunia, kerana panjang +20 meter dan lebar +15 meter. Terletak +90 km dari kota Kolaka ke arah utara, tepatnya di Desa Tamborasi, Kecamatan Wolo.

Untuk menuju kesana, pengunjung boleh menempuh jalan darat ataupun jalan laut +1-2 jam. Sepanjang jalan menuju Sungai Tamborasi, pengunjung juga dapat menikmati keindahan gunung yang mengandung batu marmer.
Hulu sungai dimana tempat mata air keluar, mengalir langsung dan berhubungan dengan laut yang berpasir putih, membuat Sungai Tamborasi kian mempesona dan sayang untuk dilewatkan keindahannya.

Pesona lain.. Sungai ini unik jenis airnya. Ada 2 macam air. Air dingin yang keluar terus dari mata airnya. Dan air laut yang berbatasan langsung, dan terasa hangat pula. Jadi, pengunjung ada 2 pilihan, hendak mandi air hangat panas pun boleh, air sejuk dingin pun boleh.


Muara sungai


Dari hulu sungai yang pendek itu, nampak laut. Gambar atas & bawah ini..


Gambar di bawah ini, empat bertemunya air sungai yang sejuk dan air laut yang panas


Di bawah ini tangga untuk turun, dekat muara sungai itu.


Bagi seorang pakar jurutera, apabila melihat suatu binaan yang hebat, binaan purba atau moden yang teguh indah, bukan ia lihat kehebatan itu sahaja, bahkan ia melihat kehebatan penciptanya. Bahkan penciptanya lebih hebat lagi.

Begitulah sepatutnya, bila kita melihat keindahan dan ungkapan rahsia alam, sehingga tidak terselubung lagi kehebatan Penciptanya Yang Maha Agung. Allahu Akbar! (Sumber, kaskus. US)

MB Ada Kuasa Tolak Khusrin Masuk Pejabat -Nizar



KL 2 JAN 11: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini masih bertegas bahawa isu pelantikan Datuk Khusrin Munawai sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu masih diperbincangkan. "Isu lantikan setiausaha negeri masih dibincangkan oleh pimpinan. Bagaimanapun, kerajaan negeri tetap berfungsi sepenuhnya," katanya.

Menulis di laman Twitter miliknya pagi, dalam nada mengeluh dan sinis, Khalid turut membandingkan pelantikan itu dengan jawatan ketua setiausaha negara yang merupakan lantikan kerajaan pusat. "Bayangkan jika perdana menteri sendiri tidak terlibat atau dirujuk dalam lantikan ketua setiausaha negara," tulisnya ringkas, ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak. Lapor Malaysiakini.

Sementara itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengingatkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat kemungkinan berhadapan dengan risiko kehilangan populariti di kalangan orang Melayu dan akan didakwa menderhaka raja ekoran pendirian dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Nizar yang kehilangan jawatan menteri besar Perak dua tahun lalu berkata, Umno akan mendakwa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati peranan Sultan ekoran pendirian enggan menerima pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai ketua pegawai perkhidmatan awam negeri, yang dilaporkan telah mendapat perkenan istana.

“Disebabkan mereka mengawal media, mereka akan menggunakan isu ini untuk mendakwa Khalid menderhaka terhadap Sultan seperti yang berlaku ke atas saya di Perak. Bagi orang Melayu ini perkara serius,” kata Nizar kepada The Malaysian Insider.

“Sebab itu, mereka terus-menerus mengatakan Sultan sudah memberi perkenan kepada pelantikan,” katanya.

Nizar kehilangan jawatan menteri besar awal 2009 selepas Sultan Perak enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti. Beliau kemudian didakwa menderhaka Sultan selepas meminta agar DUN dibubarkan bagi mengadakan pilihan raya negeri yang baru.

Nizar yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, di sebalik usaha sepatutnya untuk memperkukuhkan sokongn tradisi Pakatan Rakyat, kehadiran Khusrin akan menjejaskan lagi usaha-usaha pentadbiran kerajaan negeri.

“Ini akan menjadi sesuatu yang sukar bagi Khalid,” katanya. “Khusrin dilihat sebagai calon terbaik untuk mencabar Menteri Besar,” Beliau menambah, Umno-BN akan menggunakan isu itu untuk melancarkan kempen terhadap Pakatan Rakyat Selangor kononnya menentang institusi diraja negeri itu.

Mula Usaha Rampas Kuasa

Khusrin sebagai ketua Jabatan Agama Islam Negeri sebelum ini juga dilihat menentang pentadbiran kerajaan negeri dalam beberapa siri isu. Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin. Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.

Nizar juga berkata, pelantikan Khusrin juga sebahagian daripada usaha BN yang menguasai Putrajaya boleh memulakan usaha rampasan kuasa terhadap Selangor sebagaimana berlaku di Perak. Justeru, Nizar menasihatkan kerajaan negeri Selangor agar bersedia untuk menghadapi kemungkinan krisis berterusan di negeri itu dan memberi penjelasan pendiriannya menolak pelantikan Khusrin kepada rakyat.

“Sebagai menteri besar, beliau ada kuasa untuk menolak Khusrin daripada memasuki pejabatnya. Langkah terbaik ialah membuatkan beliau masyghul,” katanya.

“Akan ada banyak lagi kemelut (selepas ini), krisis akan berterusan tetapi sekurang-kurangnya rakyat boleh disedarkan (tentang keadaan sebenar peruntukan) dalam perlembagaan,” katanya.

Oleh itu kata beliau, pentadbiran Khalid akan memperoleh kemenangan jika menguruskan isu semasa ini dengan baik. “Pada masa lalu tidak siapa yang tahu tentang perlembagaan Perak, tetapi sekarang setiap orang mengingatinya,” kata beliau.

Malah Nizar juga menjangkakan isu tersebut tidak akan berakhir dengan memihak kepada Khalid sebagaimana berlaku di Perak apabila beliau cuba untuk menggantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim. “Saya telah cuba dua kali,” kata beliau merujuk kepada usahanya merujuk Sultan Perak dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan untuk menggantikan Rahman tetapi tidak berhasil. (IH)

Lihat isu ini secara keseluruhan.. klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Kasanova: Apa Petua Hindarinya?


KL 2 Jan 11, laporan myMetro Online:Dia ‘mengayat’ wanita yang tidak mempunyai rupa paras menarik dan mengikis duit mereka sebelum menggunakan wang itu untuk memikat dan menaja gadis cun hingga ramai terperangkap dengan jerat cinta palsunya.

Begitulah taktik licik seorang kasanova ‘cap ayam’ yang tidak mempunyai kelebihan daripada segi paras rupa dan bentuk tubuh, tetapi bijak bersandiwara dan meraih simpati untuk mencari mangsa. Tembelang kasanova itu didedahkan seorang wanita yang pernah terperangkap dengan ‘cinta palsu’ dijanjikan lelaki terbabit.

Mahu dikenali sebagai Farah, 31, dia mengakui sudah ‘berhabis’ kira-kira RM20,000 untuk kasanova berusia 30-an itu. “Dia tidaklah hensem, gemuk pula, tetapi ayat cinta yang diluahkan membuatkan saya ‘cair’. Pada masa sama dia mengaku kononnya menghidap penyakit kanser, membuatkan saya bersimpati kepadanya.

“Satu ketika, saya sanggup meminjam daripada bank sebanyak RM20,000 untuk diserahkan kepadanya selepas dia meminta wang itu untuk merawat penyakitnya.

“Dia kata dia sudah tenat dan perlukan wang dengan segera untuk berubat,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Menurut Farah, selepas meminjamkan wang itu, lelaki terbabit sering mengelak untuk bertemu dan menjauhkan diri. “Sejak itu saya syak ada sesuatu yang tidak kena. Saya buat siasatan sendiri, termasuk daripada ahli keluarganya, dan terbongkarlah tembelangnya. Rupa-rupanya dia kasanova yang mencari wang dengan menipu orang lain.

“Dia tipu wang wanita yang tak cun dan menggunakan wang itu sebagai modal untuk mencari cinta di kalangan wanita cun.

“Wanita cun ditaja habis-habisan... dibawa bercuti dan dibelikan pelbagai barangan berjenama,” katanya yang enggan membuat laporan polis kerana malu diperdaya lelaki terbabit.

Farah yang berkenalan dengan lelaki itu menerusi laman sembang mengakui berjaya mengesan lapan lagi mangsa penipuan kasanova terbabit. “Selain laman sembang, dia menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Hifi untuk mencari mangsa.

“Dia juga menipu pekerjaan dilakukan, kononnya termasuk dalam golongan profesional seperti doktor dan peguam. Walhal, dia tidak bekerja dan hanya mencari wang dengan menipu wanita,” katanya yang mengenali kasanova itu sejak awal tahun lalu.

Beberapa mangsa lain yang ditemui Farah mengakui kasanova terbabit menggunakan pelbagai nama, antaranya Carl Iskandar, dan turut menggunakan taktik sama. Malah lebih menyedihkan, ada yang sampai ke tahap menyerahkan kehormatan kepada lelaki itu.

“Yang cun dijanjikan cinta... janji hendak berkahwin sehingga ada yang tergadai ‘body’. Mujur saya tidak sampai ke tahap itu.

“Dia hanya memeras habis-habisan wang saya untuk kepentingan dirinya,” katanya.

Farah mengakui mengenali lelaki itu adalah kesilapan paling besar pernah dilakukannya.

“Saya bukan mahu mendedahkan aib orang, tetapi ini pengajaran untuk wanita lain di luar sana. Jangan terlalu mudah mempercayai lelaki yang dikenali menerusi Internet.

“Jangan percaya dengan lelaki yang kita tidak tahu latar belakangnya. Walaupun dia melutut menagih simpati, biarkan saja kerana saya sudah merasa peritnya ditipu apabila terpaksa ‘mengikat perut’ membayar balik pinjaman yang dibuat, malah masa saya juga banyak terbuang melayan kerenahnya,” katanya.

Farah turut yakin, sehingga hari ini lelaki itu masih bergiat aktif menipu wanita di laman web sosial. “Ada ahli keluarganya beritahu dia sentiasa ada wang. Bagaimana ada wang jika tidak bekerja?” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Awas gadis-gadis, apa petuanya untuk selamatkan dari kasanova seperti itu? Ikutlah cara hidup Islam. Tiada pergaulan bebas. Tiada sembarangan mencari teman atau jodoh. Ikut wali atau pelindung sebagai penyelamat. Bukan selamat di dunia sahaja bahkan sampai ke luar dunia, iaitu alam akhirat.

Masalah jodoh dalam Islam, antaranya lihat ini...

Maksiat Sempena Tahun Baru. Tahniah JAWI

Peralat anak buat maksiat
TAHAN... antara pasangan yang ditangkap khalwat dalam operasi di hotel sekitar Kuala Lumpur, semalam.

KL 2 Jan 11: Maksiat, kini berselerak dan bersepah-sepah di sini sempena tahun baru. Antaranya..

Satu: Tembelang seorang wanita memperalatkan anak kecilnya berusia dua tahun sebagai penyelamat untuk menutup perbuatan sumbang terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa ketika melampiaskan nafsu bersama kekasih hatinya, seorang warga asing, dalam bilik hotel di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, perbuatan maksiat wanita berusia 40-an itu terbongkar selepas dia dan teman lelakinya warga Bangladesh dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika menjalankan operasi cegah maksiat sempena sambutan tahun baru.

Sumber berkata, pasangan terbabit menggunakan pelbagai alasan dan berkeras menafikan mereka berkhalwat dan mengaku berkahwin beberapa tahun lalu. Katanya, wanita itu mendakwa mereka tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kepenatan selepas bersiar- siar di Dataran Merdeka.

“Pada mulanya wanita itu mendakwa bayi terbabit adalah hasil perkahwinan mereka kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila mengaku baru mengenali lelaki itu beberapa jam sebelum tahun baru sebelum dibawa ke hotel berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, Jawi mengeluarkan saman mengikut Seksyen 27 Akta 559 (a) (b) Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana disyaki berkhalwat.

Kedua: Dalam serbuan berasingan di hotel sama, dua remaja terkejut dan menangis teresak-esak selepas tergamam bilik ‘asmara’ mereka diserbu penguat kuasa. Kedua-dua remaja, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, merayu dilepaskan dan mendakwa tidak berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mendaftar di hotel untuk tidur selepas kepenatan menyambut tahun baru.

Difahamkan, mereka yang baru tiba dari Sabah ingin bermalam di hotel hanya sehari sebelum ke Johor untuk berjumpa ahli keluarga remaja wanita terbabit. “Remaja itu mendakwa akan bertunang beberapa hari lagi, namun kita akan panggil ibu bapa mereka untuk soal siasat lanjut bagaimana mereka boleh sampai ke ibu kota,” katanya.

Ketiga: Mereka antara 20 orang membabitkan 11 pasangan kekasih berusia antara 18 hingga 40 tahun yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru, membabitkan kira-kira 30 pegawai penguat kuasa Jawi. Operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam itu antara usaha berterusan Jawi bagi ‘membersihkan’ ibu kota daripada dicemari gejala maksiat, malah membendung budaya pembuangan bayi. (Sumber myMetro)

Tahniah JAWI! (IH)

K/SU Negara Belakangkan Negeri & Mesej Bahaya

mohamad sidek hassan chief secretary of government

KL 2 Jan 11: Kerajaan Selangor kesal dengan sikap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Khusrin Munawi.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata dalam dalam pemilihan tersebut, KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut nota amalan perkhidmatan awam.

Menurut Khalid, nota amalan tersebut menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri.

"Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan menteri besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

"Selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan," tegasnya.

Khalid berkata, kerajaan Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim untuk menemuduga semua lapan calon yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

"Jawatankuasa itu telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam kerajaan negeri Selangor.

Malaysiakini melaporkan sebelum ini bahawa Khusrin berada di kedudukan terakhir antara calon yang ditemuduga oleh jawatankuasa tersebut.

"Ketika mengumumkan pelantikan Datuk Khusrin Munawi, KSN bukan saja membelakangkan menteri besar, malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman," tegas menteri besar lagi.

"Perlu dinyatakan di sini, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu bukan sahaja melanggar perlembagaan, tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik; sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Lebih merunsingkan saya, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan tersebut telah menghantar mesej yang tidak sihat iaitu kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam mempromosikan kenaikan pangkat pegawai kerajaan.

"Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acapkali dikritik sebagai tidak efisyen," tegas Khalid.

Walaupun pelantikan Khusrin tidak dipersetujui kerajaan negeri, Istana Selangor telah menggeluarkan jemputan untuk majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah Khamis ini.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Berlakulah 'rampaskuasa' dalam menentukan SUK Negeri oleh KSN (Ketua SU Negara) dengan menggunakan kuasa Sultan, menyebabkan Sultan juga berpolitik atau dipolitikkan? Siapa di belakang KSN dan Sultan itu? Itukah jarum politik BN yang menyucuk kerajaan Selangor PR dari dalam selimut negeri? Apa tindakan lanjut yang boleh dibuat oleh negeri Selanogor untuk mendapatkan haknya kembali? (IH)

Sila lihat

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Bab I
Bab II
Bab III
Bab IV
Bab V
Sama-sama kita lihat, berjayakah BN rampas Selangor seperti mereka merampas Perak? Ikutilah ulasan dan tindakan kemelut selanjutnya.

Batman Islam, Apa Pandangan Anda?

HALAMAN HIBURAN

Nightrunner, Soperhero Muslim Mitra Batman versi  Warner Brothers
Batman Nightrunner

SESEORANG bernama Yanti menghantar kepada Weblog Ibnu Hasyim seperti berita ini dan gambar di atas. Beliau bertanya, "Apa pendapat Pak Redaksi mengenai berita ini. Baik, Islamik atau apa-apaan?"

Sila kemukan pandangan tuan pelayar-pelayar weblog ini...

Begini beritanya...

Republika OnLine
Nightrunner, Soperhero Muslim Mitra Batman versi Warner Brothers
Sabtu, 01 Januari 2011, 11:00 WIB

LOS ANGELES--Penggemar komik keluaran DC Comics pasti tak asing dengan tokoh Batman, jagoan dari Gotham City. Berita bagusnya, serial kisah Batman akan dilanjutkan. Berita lainnya: ia digambarkan memberantas kejahatan dengan bantuan tokoh yang bernama Nightrunner, yang alter ego dari seorang anak bernama Bilal, dan ia adalah superhero Muslim pertama.

Berdasarkan alur cerita saat ini, Batman telah kembali dari masa lalu - di mana ia terjebak, tetapi diperkirakan tewas dengan pembalasan dan ide. Dia ingin mengatur Batman Incorporated dan waralaba penumpas kejahatan, dan memasang superhero di kota-kota besar di seluruh dunia dalam upaya untuk memenangkan perang terhadap kejahatan.

Dua kota telah dikonfirmasi sejauh ini adalah Tokyo dan Paris. Nah, di Paris inilah kontroversi muncul, karena ia digambarkan berteman dengan seorang Muslim.

Blogger konservatif AS, Warner Todd Huston telah mengecam pemilihan pahlawan baru itu. "Rupanya Batman tidak bisa menemukan pria Prancis yang sebenarnya untuk bisa menjadi 'penyelamat Prancis' tersebut," katanya. "Mereka salah membaca apa yang melanda Perancis. Sebenarnya, bukan anggota serikat komunis maupun pihak neo-Nazi yang menyebabkan kerusuhan di Perancis, tapi Muslim."

Menurutnya, adalah abdurd DC Comics membuat seorang imigran Muslim menjadi 'penyelamat Prancis'. "Bukan hanya itu tetapi itu sangat merendahkan ke Prancis, juga. Perancis adalah sebuah bangsa yang sombong. Namun DC Comics telah membuat orang asing menjadi 'penyelamat Prancis'. Ini tidak akan bisa diterima kebanyakan orang Prancis," lanjutnya.

Namun DC Comocs berpendapat, banyak komentar yang asal besar mulut tanpa membaca alur cerita. Dalam komik itu dikisahkan Nightrunner tumbuh dewasa dalam komunitas Muslim yang diganggu oleh kerusuhan.

Dia adalah salah satu dari mereka yang membenci polisi Paris setelah mereka melakukan kesalahan dengan mencap dia dan temannya sebagai perusuh, yang membuat Bilal terkapar dan berakhir di rumah sakit. Sang teman dibunuh oleh sekelompok polisi.

Melalui Bilal, DC akan menyoroti kerusuhan di Paris dan memberikan penyadaran tentang akar-akar konflik yang sesungguhnya.

Pembuatan ide Batman Incorporated dan sistem waralaba juga dipertanyakan. Banyak kalangan menyebut ini siasat putus asa DC Comics untuk membuat lebih banyak uang di tengah-tengah resesi.

Namun komikus Selandia Baru, Jarret Filmer, tidak berpikir begitu. "Saya kira jelas ada unsur mana jika mereka menggunakan karakter yang dibuat untuk memulai karakter baru akan lebih sukses," ujarnya.

Menurutnya, tak benar dugaan DC berada dalam kesulitan, karena mereka dimiliki oleh Warner Brothers. "Komik yang hanya memboroskan uang pasti akan dihapuskan, karena Warner menghasilkan lebih banyak uang dari franchise melalui barang dan film. "

Sila kemukakan pandangan tuan-tuan, baik untuk ditonton atau tidak, atau ada apa-apa rahsia di sebaliknya.

..dari editor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails