Tuesday, January 11, 2011

Sidang Khas DUN, 'Ujian Asid' Bagi BN S'ngor -Khalid Samad


SHAH ALAM, 11 Jan 11: Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad berkata, sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 24 Januari ini adalah “ujian asid” bagi BN Selangor yang selama ini mendakwa mereka setia kepada negeri dan juga Sultan.

Yang Dipertua PAS Shah Alam itu mencabar wakil rakyat BN agar hadir sidang khas itu bagi membuktikan sokongan mereka kepada Sultan Selangor. Beliau tidak menjangkakan Adun BN akan muncul atas alasan mereka “pengecut”, hanya tahu untuk menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu menggunakan taktik-taktik kotor.

“Buktikan kalau (cakap) saya salah!” kata beliau.

Khalid juga berkata usul pindaan perlembagaan kemungkinan tidak akan menerima kelulusan, tetapi menekankan, sidang khas kali ini akan membuktikan Umno dan BN sebenarnya merupakan penderhaka kepada negeri dan Sultan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata sidang khas itu akan diadakan 24 Januari dan surat rasmi memanggil persidangan telah pun dikeluarkan. Semalam, satu sumber memberitahu bahawa Selangor akan memfokus untuk menyelesaikan pertikaian pelantikan Khusrin selepas sidang Dewan Undangan Negeri khas. (IH)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails