USAHA  untuk menjatuhkan seseorang di dalam organisasi berlaku di mana-mana;  di dalam parti, di luar parti, di dalam syarikat, di dalam jabatan -  pada ketika mereka merebut kerusi dan jawatan. Kali ini, usaha bagi  menjatuhkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim  berlaku dengan menyebarkan berita beliau memperkosa pembantu rumahnya,  Robengah yang bekerja di rumah menteri itu sejak 23 Disember 1999 hingga  2007 selama lapan tahun.
Insiden dikatakan berlaku  sekitar 2007 yang diketengahkan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan  kerajaan yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia.  Pada tahun 2007, sekiranya perkara ini dibangkitkan, sesungguhnya warga  Indonesia serta kerajaan Indonesia sendiri sudah "mengamuk" kerana  perhubungan Malaysia-Indonesia pada waktu itu tidak berapa baik, malah  lebih teruk daripada kemarahan Indonesia terhadap Malaysia atas  kekalahan semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Suzuki baru-baru ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan  Multimedia Malaysia (SKMM) didapati lambat bertindak berhubung dakwaan  terhadap menterinya, sedangkan SKMM tangkas bertindak ke atas RockyBru  melalui laman blognya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas  suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.
Media Indonesia sendiri tidak  terbakar dengan liputan yang dibuat.  Mereka berpendapat, sikap Robengah  itu sendiri yang sudah membuat pengakuan bahawa beliau tidak dirogol  menutup segala spekulasi. Pihak Migrant Care yang menerima laporan awal  kes ini juga tidak berhasrat untuk memperbesarkan kes tersebut kerana  menghormati permintaan Robengah dan Pejabat Luar Negara Indonesia juga  telah mengeluarkan kenyataan bahawa kes tersebut ditutup.
Robengah tidak mengakui dirinya  dirogol.  Suaminya juga meminta supaya tidak memporak-perandakan  keluarganya.  Bagi Perdana Menteri pada waktu kejadian berlaku, Abdullah  Badawi juga mengeluarkan kenyataan dengan menafikan tindakannya berdiam  diri berhubung tuduhan memperkosa terhadap Rais Yatim bertujuan menutup  kes dan melindunginya.  
 Abdullah  berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas,  malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat  jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009. Lagipun,  perkara ini dibangkitkan oleh seorang penulis yang sememangnya  dijangkakan beragenda tersendiri.
Abdullah  berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas,  malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat  jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009. Lagipun,  perkara ini dibangkitkan oleh seorang penulis yang sememangnya  dijangkakan beragenda tersendiri. Keputusan atas keyakinan PM
Berlainan sungguh dengan dakwaan  yang dikenakan sebelum ini terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim sewaktu waktu dahulu.  Di saat Anwar Ibrahim diserang  media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik  perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah.  Anwar  berkali-kali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa dia meliwat  pemandu kereta isterinya, tetapi dakwaan tetap dikenakan - kerana  Perdana Menteri yakin perkara ini berlaku.
Sehingga rencana ini ditulis,  tiada sebarang dakwaan oleh pihak Peguam Negara terhadap Rais Yatim.   Barangkali keputusan Peguam Negara (untuk tidak bertindak) berdasarkan  atas keyakinan Perdana Menteri bahawa perkara tersebut tidak berlaku.
Tolak-tarik Pengakuan Bersumpah
Di Malaysia, pengakuan bersumpah  seperti suatu yang boleh dipermainkan.  Terdapat beberapa kes di mana  pengakuan bersumpah yang dibuat, boleh dibuat pengakuan bersumpah lain  satu lagi bagi menutup pengakuan bersumpah yang awal. Antara  faktor-faktor yang menjadikannya begitu ialah kerana dipaksa membuat  pengakuan, ada juga tidak lari daripada diugut, dan diberi rasuah.
Berikut beberapa contoh insiden pengakuan bersumpah yang dibuat di negara ini:
1. Julai 2008:  P.Balasubramaniam, seorang peyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul  Razak Baginda memperincikan kisah yang mahu diceritakan berkenaan apa  yang berlaku dan apa yang diberitahu kepadanya oleh tokoh-tokoh utama  dalam kes tersebut termasuk Abdul Razak Baginda dan Altantuya sendiri.   Pengakuan berkanunnya juga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri pada  waktu itu, Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu. Pada 4 Julai 2008,  P.Balasubramaniam didapati menarik kembali pengakuan tersebut.  Akuan  berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual  dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda  kepada wanita Mongolia tersebut.
 2. Penghujung tahun 1998:  Pengakuan bersumpah Munawar Ahmad Anees, penulis ucapan mantan Timbalan  Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memperjelaskan betapa keji dan  hinanya perbuatan polis Malaysia di dalam tindakan mereka yang mereka  banggakan sebagai "profesional".  Munawar mendakwa dipaksa membuat  pengakuan bersumpah untuk membebaskannya daripada pendakwaan diliwat  oleh Anwar Ibrahim.
2. Penghujung tahun 1998:  Pengakuan bersumpah Munawar Ahmad Anees, penulis ucapan mantan Timbalan  Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memperjelaskan betapa keji dan  hinanya perbuatan polis Malaysia di dalam tindakan mereka yang mereka  banggakan sebagai "profesional".  Munawar mendakwa dipaksa membuat  pengakuan bersumpah untuk membebaskannya daripada pendakwaan diliwat  oleh Anwar Ibrahim.3. Penghujung tahun 1998:  Pengakuan bersumpah adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja  bahawa dia diliwat oleh Anwar Ibrahim kemudiannya membuat pengakuan  bersumpah yang lain yang menyatakan beliau dipaksa membuat pengakuan  bersumpah awal dan kemudiannya menafikan segala dakwaan liwat antara  beliau dengan Anwar Ibrahim.
4. September 2008:  Pengakuan Doktor Mohamed Osman, doktor yang memeriksa Saiful Bukhari  (pihak yang mengadu diliwat Anwar Ibrahim) bahawa tiada kesan tusukan  pada dubur Saiful.
5. 19 Jun 2008:  Pengakuan bersumpah Raja Petra Kamarudin penglibatan Rosmah Mansor,  isteri Perdana Menteri sekarang, dalam kes pembunuhan Altantuya.  Raja  Petra kini menjadi buruan polis dan dakwaan di dalam pengakuan bersumpah  tersebut langsung tidak dipertikaikan.
Mungkin benar, bahawa daripada  pendakwaan tersebut mempunyai kepentingan tertentu, tetapi mengapakah  siasatan tidak dibuat ke atas laporan polis (gambar kiri) yang telah pun  dibuat oleh Norazizi Abd Aziz, Penyelaras SAMM b/p Solidariti Anak Muda  Malaysia?



 
 

1 comment:
Inilah masalah bila polis ada ketua lagi slps KPN.
Post a Comment