Friday, January 14, 2011

Banjir Di Queensland, Bantuan Kpd Warga M'sia -Nik Aziz

Banjir yang melanda daerah Depot Hill di Rockhampton, Australia.

KOTA BHARU, 13 Jan 11: “Insya allah, kita akan mempertimbangkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk menyampaikan bantuan setakat termampu kepada warga Malaysia di sana,” ujar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau melahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir di Queensland, Australia. “Saya mengucapkan takziah dan menyatakan rasa simpati bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan kepada warga Malaysia yang terlibat dengan bencana banjir di Queensland, Australia,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS, berharap semoga mereka bersabar dengan ketentuan Allah Taala.

Difahamkan terdapat kira-kira 500 warga Malaysia di Queensland. Sejak Disember 2010, Australia dilanda banjir besar yang tertumpu di negeri Queensland termasuk ibu negeri Brisbane. Banjir tersebut telah memaksa ribuan penduduk mengosongkan bandar-bandar yang terjejas.

Sekurang-kurangnya 31 bandar dan lebih 200,000 orang terjejas oleh banjir ini. Pada 30 Disember, sebahagian besar kawasan Queensland Selatan dan Tengah, iaitu kawasan seluas jumlah gabungan keluasan Jerman dan Perancis, sudah terjejas akibat banjir. Sekitar 300 batang jalan raya ditutup, termasuk sembilan lebuhraya kebangsaan. Landasan keretapi pengangkut arang ditutup dan banyak tapak perlombongan yang dilanda banjir.

Weblog Ibnu Hasyim juga mengucap takziah kepada warga kita di sana. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Yang paling utama untuk kenalpasti berapa mesjid dan kediaman umat Islam yang perlukan bantuan.
Jangan jadi macam katrina di New Orleans USA tahun 2005.
Tak ada satu pun NGO Islam yang membantu mesjid2 yang musnah.
Tak kurang dari 10 mesjid yang terlibat.
Mungkin akhbar utama ingat hanya orang kafir yang duduk di sana.
Ramai x sedar sekolah Tahfiz pun ada jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails