Wednesday, January 12, 2011

Ingatan Kpd PAS S'ngor Ada Maksud Tersirat?

NONE

KL 12 Jan 11
: Harakahdaily hari ini memetik setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri.

Antaranya adalah menyokong penuh cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya pimpinan PAS Selangor supaya tidak membuat kenyataan atau tindakan yang berbeza dengan apa yang telah dinyatakan sebagai pendirian parti.

"Saya mengikuti perkembangan di Selangor secara dekat dan berharap tidak ada pimpinan di Selangor yang mengambil pendekatan berbeza ini," katanya hari ini.

Pemimpin utama PAS pada Ahad lalu, berhimpun di Stadium Melawati, Shah Alam bagi menunaikan solat hajat dan menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kerajaan negeri Selangor. Selain Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, majlis yang dihadiri tidak kurang 12 ribu penyokong PAS itu turut dihadiri oleh presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.

“Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," kata Hadi dalam perhimpunan besar-besaran itu.

Turut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini. Hari ini pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang antara lain berkata, beliau boleh bekerja dengan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Narawi kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.

Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana "ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada. "Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah," kata Hassan.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Ada kalangan bertanya, adakah kenyataan Datuk Hasan Ali ini adalah tayang semula 'sendiwara politik Kerajaan Perpaduan' yang sudah ditolak PR? Ada kena mengena dengan anjing kurus (K/Perpaduan: UMNO Ibarat Anjing Kurus? -Nik Aziz), atau Pertemuaan 24 Dis, Kerjasama PolitikUMNO-PAS -Anw... dan Pertemuan Tertutup Anwar-Abd Hadi, K/Perpaduan)? Sehingga perlu dibasuh dalam perhimpunan besar Ahad lalu?

Mengapa perjumpaan 24 Disember itu dibuat di istana Terengganu KL, tidak Istana Negara? Siapa dalangnya mencemar nama Nik Aziz yang pertahankan suratnya atas nama sendiri? Mengapa Blogger 'Langgar Hadi' Dikasari Di Masjid Rusila.... berlaku? Kalau UMNO dikatakan 'anjing kurus', ada yang menganggap Datuk Hasan 'kambing hitam' pula? Apakah itu titik-titik hitam dalaman PR?

Semuanya itu kini sudah selesai, kenyataan SU PAS itu jawapannya. Jangan luka nampak sembuh, tapi masih bernanah lagi. (Ibnu Hasyim)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

8 comments:

Kuda Perang said...

Allahu Akbar!!!

Anonymous said...

Hassan Ali tidak mengucapkan langsung yang Khusrin sedia diterima oleh PAS Selangor untuk kerjasama.
Malaysiakini telah diresapi unsur utusan malaysia.

rujuk
http://al-brangionline.blogspot.com/

bangi juga said...

al brangionline ni puak UG Dr. shafiee,pengikut tegar Dr motivasi tu,habis semua pimpinan kaw berjaya di motivasikan.kesian ahli kat bawah ni di selangor.jadi keliru kami.malu pada kawan2.
menantu tghh free hand dan ust zawawi free hand bagu usrah UG di semua kawasan.
pengarah jais khusrin dulu banyak menyusahkan ahli pas di masjid2 namun dr hassan kamchin dengan dia.infact yg pelik pegerusi surau di bangi di arah letak jawatan namun yg dr shafiee yg pro UG bersama dr hassan masih bermesra dgn khusrin.
kesian pekerja parti di bawah..

Anonymous said...

Di mana Hassan Ali semasa perhimpunan itu?
Di mana Hassan Ali semasa semua Exco Selangor berdiri tegih di belakang MB Selangor?
Kenapa Hassan Ali tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong MB Selangor sendiri?
kenapa Hassan Ali menggunakan Syabas sebagai penaja Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam?
Kenapa Hassan Ali membisu seribu bahasa berlaku penipuan oleh SUK Selangor yang menyembunyikan maklumat dari MB sendiri?
Adaka Hassan ALi bercita-cita ingin jadi MB Selangor pulak?
Ada yang tak kena bila Mustafa Ali beri peringatan kepada PAS Selangor.

Ibnu Hasyim said...

Weblog Ibnu Hasyim: Pihak kami menarik balik berita berkaitan laporan mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang disiarkan semalam, di bawah tajuk Ingatan Kpd PAS S'ngor Ada Maksud Tersirat? yang bersumberkan portal berita Malaysiakini. Kami mohon maaf. Wallahu 'aklam.

Anonymous said...

ibnu hahim, kepala butuh pak hang.

Anonymous said...

ibnu hahim, kepala butuh pak hang.

Ali Mahmud said...

Walau Ibnu Hasyim tarik balik rujukannya dari Malaysiakini, namun Malaysiakini tidak tarik balik seperti tuntutan PAS selangor. Bermakna Malaysiakini masih mempertahankan kenyataan Hasan Ali seperti dilaporkan.Hasan Ali dan PAS tidak ambil apa-apa tindakan kepada Malaysiakini.

Bermakna analisis Ibnu Hasyim masih boleh diambilkira..

Kepada anonymous terakhir di atas, rilek ssja, jangan ikut perangai UMNO?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails