 Shah Alam 14 Jan 11: Cantik! Amat menggembirakan umat Islam, bila  Kerajaan Selangor  bersetuju akan menubuhkan sebuah tabung khas membantu   pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis  dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.
Shah Alam 14 Jan 11: Cantik! Amat menggembirakan umat Islam, bila  Kerajaan Selangor  bersetuju akan menubuhkan sebuah tabung khas membantu   pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis  dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.
"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut. Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi. Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.
Hormati Enakmen Jenayah Syariah
"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.
"Pada  masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi  tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja  yang terlibat," katanya.
Berikutan itu, Khalid  berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan  yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat  pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut  dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Kenyataan menteri  besar itu bertujuan meredakan percanggahan pendapat berhubung penakrifan  larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman  keras.  
Jika  semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat  Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang  dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan  ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali  mempunyai definisi yang berlainan.
“Berhubung  dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat  menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai  exco yang menjaga hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.  
Syabas & Terima Kasih MPSJ
“Saya  mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun  menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah  melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah  mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli  majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media.  
Liu pula semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”
"Kami  tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka  tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan  pada mesyuarat exco Rabu lalu. (Sumber Malaysiakini)
 
 

1 comment:
TAKBIR !!!
Post a Comment