MENGAMBIL kesempatan sempena Majlis Makan Malam dan Dialog MB Kelantan dengan blogger dan facebooker di Hotel Grand Seassons Kuala lumpur 15 Januari ini, PAS Kawasan Batu menganjurkan  "Hi-Tea Mee Goreng Tenang Bersama Adun Titi Serong & Blogger Ibnuhashim".
Demikian menurut Timbalan YDP  PAS Batu, Haji Suhaimi Abdul Rahman (gambar kiri) ketika menghubungi  Sanggahtoksago.Com sebentar tadi. Katanya, program selama satu jam  setengah itu akan diadakan di hadapan Rumah YDP PAS Batu, Haji Ishak  Surin, Bandar Dalam, Sentul bermula jam 5 petang.
Menurut Suhaimi, Yang DiPertua  PAS, Haji Ishak Surin akan melancarkan kutipan derma jihad sempena PRK  Dun Tenang yang akan berlansung 30 Januari ini. Berikutan itu, PAS Batu  akan menghantar lebih ramai sukarelawan ke Tenang untuk membantu jentera  pilihan raya di sana.
"Orang ramai, ahli PAS dan para  penykong Pakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai. Hebahkan kepada  mereka bagi meraikan kehadiran Adun dan blogger ternama ini. Hi-Tea ini  percuma. kalau nak sedekah masukkan dalam tabung PAS kawasan nanti,"  tegas beliau.   (Diangkat dari SANGGAHTOKSAGO.COM) 


 
 

No comments:
Post a Comment