JOM KREATIF
 KUCING bernama Keting ini didakwa boleh bercakap beberapa patah perkataan.
KL 12 Jan 11: KUCING pun boleh sebut perkataan Melayu-Jawa, apalagi ADUN DAP Sekincan? Lihat dua berita di bawah ini..
Satu
: Kucing boleh bercakap mama di Jawa TimurJAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21  tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur,  boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga  sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.
 Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.
 "Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbar detikSurabaya.com semalam. 
 Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.
 "Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.
 Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu  dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara  berterusan.
 Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya  Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan  menuturkan perkataan itu.
 Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai  seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki  Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang  berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. -  Agensi
Dua: Lihat berita ini pula..
   
Pelbagai pendekatan ditampilkan  bagi menarik perhatian masyarakat mendengar penjelasan Pakatan Rakyat  terhadap sesuatu isu. PAS Kawasan Batu antara yang kreatif cuba  menterjemahnya.
Pada 4 Disember lalu, Ng Suee  Lim diundang mengisi program "BBQ Iduladha Bersama Adun Sekincan" dengan  tiket RM10 dijual. Keli bakar, ikan cencaru, ayam dan udang, cukup  upaya menggamit kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat. Tergiur air  liur bila mencicah air asam dan sos BBQ dengan udang dan keli bakar.
Asap yang berombak, memeriahkan  lagi suasana BBQ. YB Suee Lim tiba lewat sedikit dari Exco Dewan  Muslimat PAS Pusat, Athirah Al-Jundi. Kedua-duanya tetamu yang berucap  pada malam itu. Dengan program begini, bukan sahaja menautkan ikatan  kasih antara AJK PAS Kawasan malah, menggamit ramai penyokon dan simpati  Pakatan Rakyat untuk sama-sama memeriahkan majlis.
Ia diadakan di Dewan Masyarakat  Taman Gombak. Menumpang premis milik Kerajaan Selangor. Kebetulan  Parlimen Batu bersempadan dengan Parlimen Gombak. Dewan ini dalam Dun  Gombak Setia yang diwakili PAS, Dato' Hassan Ali.
Tetamu mula menjamu selera jam  8.40 malam. Asap dari bara menerujakan hadirin dengan bauan harum ikan  bakar. Mereka memuji langkah PAS Batu menganjurkan BBQ itu. Seronok  sebab dapat bertemu kawan-kawan sambil bersantai.
Sebelum YB Suee Lim masuk ke  dewan, bersama Aiman Athirah beliau diajak Yang Dipertua PAS, Ishak  Surin turun ke dapur bertemu petugas yang sibuk membakar dan menghidang.  Mereka melawat dan menyapa petugas sambil berseloroh. Tetamu lain yang  undang termasuklah Pemangku Presiden PRM, Ariffin Salamon dan Naibnya,  Swee Koh Yong; Penulis prolifik Subky Latif; Ahli Parlimen Batu, Tian  Chua; adik allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmy, Dr Norbit Mohd Noor dan  ramai lagi.
Ng yang berbangsa Tionghua boleh  berceramah menggunakan dialek Jawa, Minang, Banjar dan sesekali Tamil  dengan lancar membuatkan hadirin ketawa apabila beberapa isu diulas  dalam dialek tersebut. Itulah kelebihan Adun DAP itu. Dan kerana itulah  dia amat disenangi penduduk Sekincan. Seorang yang peramah, ambil berat  dan berani.
Nada suaranya tinggi. Jika tak  tahu siapa penceramah itu, didengar dari jauh, tanpa melihat wajah; tak  siapa mengatakan dia seorang Cina. Laras bahasa Melayunya lancar, kemas  dan mantap. Loghat Jawa, Minang, Banjar dan Tamilnya juga tidak kekok.  Dia seorang penceramah dan bijak memainkan intonasi suara secara  berkesan. (Dicatat oleh 
Tarmizi Mohd Jam)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya calon-calon ADUN atau Parlimen PAS Melayu-Islam kena tahu bahasa Cina atau India, di sampinag bahasa asas yang lain.
 Lihat contoh pemimpin besar Nabi Allah Sulaiman AS dalam Al-Quran, boleh berbagai bahasa bukan bahasa manusia sahaja, bahkan bahasa binatang dan jin pun!
-------------------------
Lagi siri ini..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
   
   
 
No comments:
Post a Comment