Saturday, November 12, 2022

PN berpotensi kuasai K'jaan Pusat. Parti GERAKAN sokong.

 


1. PERIKATAN NASIONAL ada potensi kuasai Kerajaan Pusat

KOTA BHARU: Berdasar gelombang dan perkembangan yang berlaku sekarang
PERIKATAN NASIONAL bukan sahaja berupaya menang di Pahang dan Perlis, malah berpotensi menguasai kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Naib Presien PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, keyakinan itu dilihat berdasar potensi dan suasana politik yang berlaku sekarang.

Katanya, kalau dinilai mengikut maklumat dan gelombang perkembangan PERIKATAN NASIONAL bukan sahaja dilihat boleh menang di Pahang dan Perlis namun mampu menguasai Kerajaan Persekutuan.

“Jadi kita harap gelombang ini akan berterusan sehingga hari mengundi pada 19 November,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan Bersatu akan memberi sokongan kepada PAS bagi menerajui Perlis dan Pahang sekiranya mendapat mandat rakyat.

Menurutnya potensi tersebut berdasarkan prestasi cemerlang negeri yang ditadbir PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ditanya mengenai keperluan setiap calon mengisytiharkan harta Mohd Amar berkata, tiada keperluan bagi calon PAS memandangkan kebiasaannya perkara itu membabitkan penjawat awam.

Kata beliau perkara itu hanya dilakukan apabila menjadi wakil rakyat dilantik sebagai anggota Exco yang perlu membuat pengisytiharan harta kepada Menteri Besar.

“Pendedahan kepada umum mungkin ada positif dan negatif, sebab dalam dunia sekarang apabila orang tahu kita ada wang dan harta, ia boleh mengundang implikasi negatif.

“Kami mengambil pendekatan dengan tidak mengisytihar harta lagi pun pemimpin PAS biasanya tidak ada harta dan jika hendak isytihar pun malu.. sedangkan orang lain ada harta juta-juta,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/11/2022


2. 12,700 ahli Gerakan Kelantan sokong penuh calon PN  

KOTA BHARU: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mempunyai seramai 12,700 ahli di seluruh Kelantan memberi sokongan tidak berbelah kepada calon PERIKATAN NASIONAL (PN) yang diwakili PAS dan Bersatu.

Naib Pengerusi Gerakan Kelantan, Tuan Mat Tuan Wil berkata, parti itu memberi kerjasama padu untuk pastikan kemenangan PN di 14 kawasan Parlimen di Kelantan.

Katanya, Gerakan sekarang berada pada landasan yang betul untuk memastikan pembangunan negara dilaksanakan dengan lebih baik dan bebas sebarang penyelewengan melalui PERIKATAN NASIONAL.

“Matlamat kita sudah betul, kata orang sudah jumpa satu rumah yang boleh kita berteduh, maka kita akan cuba bina rumah yang ada sekarang dengan sebaik mungkin.

“Integriti serta ketelusan kepimpinan PERIKATAN NASIONAL menyebabkan Gerakan menyokong gabungan tersebut,” katanya pada sidang media di Pusat Media PAS Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Gerakan Kelantan Gan Awang, Bendahari Gerakan Gan Kim Keng dan Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kelantan, Lim Guan Seng.

Gerakan keluar daripada Barisan Nasional selepas kekalahan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan mewujudkan blok ketiga secara bebas.

Bagaimanapun Gerakan diterima sebagai salah satu parti kompenan PERIKATAN NASIONAL bersama PAS dan Bersatu selepas mendapat sokongan penuh Majlis Tertinggi PN.

Tuan Mat juga berkata, PERIKATAN NASIONAL merupakan gabungan baharu yang tidak terpalit dengan sebarang skandal, yang perlu diberi perhatian rakyat.

Sebaliknya kata beliau pemimpin Umno dan Barisan Nasional berdepan dengan pelbagai masalah sehingga ada dalam kalangan mereka didapati bersalah kes penyelewengan dana kerajaan. – HARAKAHDAILY 10/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PN berpotensi kuasai K'jaan Pusat. Parti GERAKAN sokong.

Bersiap-siaplah PN di bawah TS Muhyiddin akan terus menerajui Malaysia.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails