Friday, October 14, 2022

Pertemuan UMNO-PAS -Asyraf Wajdi. Kerjasama PAS masih terbuka -SU Agung PAS

 

Gambar pertemuan antara Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dan PAS pada hari Rabu, 12 Oktober 2022, sehari sebelum PAS membuat keputusan kekal bersama PN. - Foto FB Asyraf Wajdi

1. Asyraf Wajdi kongsi gambar pertemuan pemimpin UMNO-PAS

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi gambar pertemuan antara Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dan PAS pada Rabu lalu, sehari sebelum PAS membuat keputusan kekal bersama BERSATU-Perikatan Nasional (PN) semalam.

Dalam kenyataan menerusi Facebook, Asyraf mendakwa pertemuan itu adalah ikhtiar terakhir UMNO untuk berlapang dada menerima PAS bagi menyelamatkan Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan bersama sewaktu 22 bulan bersama-sama menjadi pembangkang.

UMNO sudah cukup berjiwa besar menerima kembali PAS, walaupun dikhianati apabila PAS bersetuju mendaftarkan PN bersama BERSATU.

"Bagi UMNO, perundingan untuk kembali mengukuhkan MN kali ini lebih besar daripada sekadar perkiraan untung rugi kerusi-kerusi yang bakal dikongsi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya.

Semalam, mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat memutuskan parti itu memilih PN sebagai sekutu menghadapi PRU15.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

Dengan perkembangan itu, bermakna PAS menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjalin kerjasama pada PRU15.

Menurut Asyraf Wajdi, sebagai sebuah parti perjuangan, UMNO tidak akan pernah patah semangat walaupun 'madu dibalas tuba'.

"Perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air adalah landasan yang akan diperluaskan kerana UMNO yakin rekod perjalanan yang panjang telah banyak menyaksikan, kerjasama atas sifat berkepentingan bukannya keikhlasan semata-mata, hanya menatijahkan pengkhianatan dan kerosakan," katanya.

Beliau turut mengimbau kembali penubuhan MN yang mana dilaksanakan atas deraian air mata kesyukuran yang menyelesaikan permusuhan politik puluhan tahun kedua-dua parti sehingga menjejaskan persaudaraan sesama Islam.

"Itupun selepas didatangi seorang pimpinan tertinggi PAS yang membawa mesej bahawa Majlis Syura PAS dan Muktamar PAS telah membuat resolusi mahukan hubungan PAS dan UMNO dipulihkan kembali.

"Dewan Ulama PAS juga dikhabarkan membuat resolusi serupa. Justeru, UMNO sudah cukup berjiwa besar untuk menerima kembali PAS, walaupun dikhianati apabila PAS bersetuju mendaftarkan PN bersama BERSATU sedangkan penafian dibuat beberapa kali dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN," katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan sebagaimana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dulu, UMNO menawarkan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menang kepada PAS untuk ditandingi walaupun BERSATU menjanjikan 11 kerusi kepada PAS.

"Begitu juga pada pertemuan kali ini, PAS menegaskan bahawa jika bersama PN, BERSATU menjanjikan 47 kerusi boleh menang kepada PAS.

"Apa-apapun Allah menjadi saksi bahawa usaha semaksimumnya sudah dilakukan bagi menyelamatkan agenda penyatuan ummah terutama permuafakatan UMNO-PAS, demi memastikan umat Islam terutamanya jutaan ahli kedua-dua parti induk umat Islam-Melayu ini dapat dipertautkan kembali.

"Mungkin ada hikmah yang Allah rahsiakan kepada kita semua di sebalik episod ini," katanya.

BERITA BERKAITAN


2. Kerjasama antara parti masih terbuka hingga penamaan calon  

KOTA BHARU: Kerjasama PAS bersama parti-parti dalam gabungan lain masih terbuka luas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rundingan tersebut hanya akan berakhir pada hari penamaan calon.

Katanya, keputusan tersebut belum berakhir bahkan PAS masih terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Bagi saya apabila parlimen dibubarkan selagi belum sampai hari penamaan calon apa sahaja boleh berlaku sama ada bentuk gabungan parti.

“Ini kerana hari penamaan menentukan satu-satu parti dalam gabungan mana dan sebagainya, jadi bagi saya benda ini belum lagi,” katanya selepas perasmian Karnival Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSa) Kota Bharu Prihatin di Lembah Sireh di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha KetSA, Dato’ Rosli Isa dan anggota Exco kerajaan negeri Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman.

Ditanya pertemuan antara Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Pengerusi Pejuang Tun Mahathir Mohamad minggu lalu beliau berkata, PAS tidak diberi maklum mengenainya.

Menurutnya sebagai salah satu parti menyokong penubuhan Perikatan Nasional (PN) sebarang keputusan perlu dibuat secara kolektif.

Sebelum ini kata beliau PAS pernah mengadakan pertemuan bersama Umno malah isi kandungan perbincangan turut dimaklumkan dalam PN. – HARAKAHDAILY 14/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pertemuan UMNO-PAS -Asyraf Wajdi.  Kerjasama PAS masih terbuka -SU Agung PAS

Al-hamdulillah.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Betapa Istimewa nya bangsa Jho Low di mata Tun Mahathir semasa PH berkuasa. Taikun Titijaya dan senarai nama nama yang mendapat habuan lumayan semua terdiri dari kaum Jho Low melibatkan kes 1MDB. Kaum Melayu dapat apa..!?

https://youtu.be/FWuDwGkiIO4

Fakta keterangan mahkamah dari pegawai AmBank, Tan Sri Lim Soon Peng , yang merupakan pengasas pemaju hartanah Titijaya Land Bhd, adalah individu yang menerima paling banyak dana 1MDB daripada salah satu di akaun AmBank pada RM246,000 pada 7 Ogos 2013.

Tun dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng telah campur tangan, meminta peguam negara Tommy Thomas menarik balik pembekuan akaun taikun itu yang diterima berhubung skandal 1MDB. Nampak kan Cina bebas dan Melayu berantakan..!!

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sembilan pemindahan kepada taikun itu berjumlah RM31.103 juta antara 2012 hingga 2015, termasuk transaksi yang disebut oleh pegawai Ambank Uma Devi.

Lim juga antara 80 individu dan entiti yang dikenakan notis kompaun oleh badan antirasuah itu pada Oktober 2019 untuk mengeluarkan lebih RM420 juta wang berkaitan 1MDB.

Senarai Nama Kaum Cina Penerima Wang Rasuah 1MDB. Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah meminta bekas Peguam Negara Tommy Thomas sembunyikan di masa Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri kerajaan pH.

https://youtu.be/C2vYX3CwfE8

DAP menyembunyikan 346 kes melibatkan 346 entiti dan individu yang telah menerima RM307 juta wang 1MDB.

1. Laverage Asia Sdn Bhd 31.5 juta
2. Enr Marketing. 24.3 juta
3. Mega Utilities Sdn Bhd. 18.3. juta
4. Kek Lok Si Tample 12 juta
5. Homewin Renovation n Cons 11.44 juta
6. Music Melody Store. 6.58 juta
7. G Event Managmnt. 2.93 juta
8. Pers Cintai A. Sekitar P. Pinang. 2.65 juta
9. Jaya Printing & Advertising. 1.07 juta
10. MCA Bah Tanjung P.Pinang. 1 Juta
11. Geh Choh Hun. 22.8 juta
12. Oii Teng Seng. 4.55. juta
13. Cheah Kah Chye. 4.4 juta
14. Yeap Chee Cheong 4.4 juta
15. Goh Kheng Huat. 4.2 juta
16. Oii Kheng Hin. 4.01 juta
17. Choo Keng Hock 3.84 juta
18. Toh Lean Seng. 3.5 juta
19. Chong Thong Yeow. 3.24 juta
20. Teh Hun Liang. 3.04 juta
21. Lembaga Union Pinang School 2.25 juta
22. Pinang Chinese High School. 1.25 juta
23. Chung Ling High School. 1 juta
24 J/K Chua Nan School. 0.5 juta
25 Pers Penduduk B. Daya Penang. 0.4 juta
26. Chung Ling High School. 0.25 juta
27. Smjk Phor Tay School Commitee. 0.25 juta
28. Pers Kebudayaan Pangkalan Kota P. Pinang. 0.204 juta
29. MCA Bah Tanjung P. Pinang. 1 juta
30. Parti Gerakan Rakyt Johor. 0.4 juta
31. Parti Gerakan Kelantan. 0.3 juta
32. Parti Gerakan Malaysia. 0.25 juta
33. Parti Gerakan Cameron H/land. 0.2 juta

Bukan ke ini conflict of interest? Pada orang Melayu buka biji mata besar besar sekelian. Inilah Bahana bila jadi barua dan terlalu percayakan kaum Jho Low dalam urusan kerajaan.

Tak cukup bangsa Jho Low terima habuan besar, Pulau Batu Putih beri pada anak Lee Kwan Yew Singapura. Apa punya celaka sial perangai buruk mantan PM macam ini..!?

Unnamed said...
This comment has been removed by the author.
Unnamed said...

Sepatutnya kamu tu bila ditegur, kena muhasabah diri. Kena belajar memperbetulkan keadaan. Kena terima yang rakyat kamu tak terjaga dengan baik jadi tugas kamu nak memastikan kebajikan rakyat terjaga, oleh itu kamu tidak sepatutnya gentar dengan teguran. Patutnya berterima kasih. Tak payah susah-susah nak bentuk team cari masalah, tahu-tahu ada masalah datang mengadu kepada kamu, tugas kamu tinggal selesaikan masalah itu dengan secekap dan secepat yang boleh. Kamu tu dok jaja Islam di merata ceruk tetapi perangai serupa nak menjatuhkan imej Islam di mata bukan muslim. Memang teruk gila.
Tapi jangan bimbang, seteruk-teruk PAS teruk lagi BN. PAS boleh berbangga sebab kedudukan mereka jauh dari ranking BN. BN paling pakar bab kencingan atas tajuk kaum. Memang menyedihkan sebab kaum sendiri dok mengharapkan BN datang bagaikan hero untuk selamatkan mereka tetapi apa yang tinggal selepas itu hanyalah slogan hidup melayu. Nak beli rumah? Masih mahal, tetap mahal dan semakin mahal. Kos sara hidup tetap tinggi terus tinggi dan makin tinggi. Bila melayu merempat sana sini cara mudah salahkan DAP. Dia buat vernakular, yang salah pembangkang. Dia luluskan UEC, yang salah pembangkang. Boleh dikatakan kebanyakan polisi kat negara ini berpunca dari hasil tangan politik BN selama bertahun-tahun memerintah negara ini tetapi yang salah pembangkang. Tak ke gila namanya tu. Macam gilanya mereka mencari kestabilan yang hilang selepas berbuat huru hara. Ya, dah jumpa belum? Mesti cakap dah jumpa jika berjaya menang PRU15 dengan kuasa mutlak. Tapi jika PRU15 tak menang dengan kuasa mutlak, kena berkongsi kuasa, mesti kata kestabilan dah hilang. Mark my word. Kestabilan bagi UMNO ialah mereka dapat 2/3 dari kuasa negara dan boleh melakukan apa sahaja tanpa halangan, larangan, kawalan, pemantauan dari sesiapa. Selagi no 2/3 bermakna kestabilan tak wujud. Mereka akan terus kata negara ini huru hara walaupun mereka yang jadi punca. Lepas tu merengek cari kestabilan. Siamang betul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails