Sunday, October 09, 2022

Bubar parlimen minggu ini? Maulidur Rasul terbaik..

 


1. UMNO panggil mesyuarat khas MKT esok, petanda PRU-15 makin hampir

KUALA LUMPUR: UMNO memanggil mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam esok, dipercayai bagi memperinci persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) serta memuktamadkan bentuk kerjasama dengan PAS pada PRU kelak.

Sumber parti itu yang dihubungi BH mengesahkan sudah menerima makluman mengenai panggilan mesyuarat itu menerusi surat dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bertarikh 7 Oktober.

Katanya, mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 8 malam itu turut dijangka menyentuh jangkaan tarikh pembubaran Parlimen yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Kita lihatlah nanti. Perdana Menteri mungkin akan beri maklumat itu (dalam mesyuarat esok)," katanya ringkas tanpa memperincikan lebih lanjut agenda khusus yang akan dibincangkan.

Ditanya sama ada mesyuarat khas itu ada kaitan dengan perkembangan terkini susulan perjumpaan Ismail Sabri dengan Yang di-Pertuan Agong pada Khamis lalu, beliau hanya menjawab "mungkin juga."

Jangkaan ramai pihak kononnya pembubaran Parlimen akan dibuat minggu ini atau sebelum pengumuman Bajet 2023 meleset, apabila Ismail Sabri hingga kini masih berteka-teki mengenai bila pengumuman pembubaran akan dibuat.

"Ya (mesyuarat khas MKT esok)," katanya.

Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendesak PAS menyatakan pendiriannya dalam masa terdekat berhubung ketetapan itu dengan meminta parti terbabit memutuskan hubungan bersama Perikatan Nasional (PN) dan BERSATU jika memilih Barisan Nasional (BN) sebagai rakan sekutu pada PRU15.

Namun, dalam kenyataan semalam, PAS dilihat masih berteka-teki sama ada akan menjalinkan kerjasama dengan BN pada PRU15 dengan memutuskan untuk meneruskan usaha penyatuan ummah, membabitkan ketiga-tiga parti teras Melayu, termasuk UMNO dan BERSATU.

Keputusan itu dibuat PAS selepas selesai mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja parti itu di ibu negara dan dipengerusikan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang.


2. Maulidur Rasul wadah terbaik memperingati perjuangan Rasulullah SAW 

NABI Muhammad SAW berjuang menyebarkan Islam dengan segala kekuatan fizikal dan mental sepenuh kesabaran, kecekalan dan segunung tawakal kepada Allah SWT sehinggalah nikmat Islam tersebut kita rasai hari ini.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah, hari ini saya mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar AlHaj berkenan mencemar duli ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2022M di Dewan Merdaka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Sesungguhnya keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua menunjukkan keprihatinan terhadap syiar Islam dan kecintaan kepada Junjungan Rasulullah SAW.

Sambutan Maulidur Rasul SAW menjadi wadah terbaik dalam memperingati perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW adalah negarawan terunggul.

Teguh berdiri ketika saya diamanahkan untuk menyampaikan Khutbah Wada’ Rasulullah SAW di hadapan para hadirin. Sarat dengan amanah ketakwaan dan tanggungjawab meneruskan perjuangan agama Islam.

Setiap daripada kita adalah mata rantai perjuangan Rasulullah SAW yang tidak pernah terhenti. Tanggungjawab membangunkan dakwah dan siyasah Islam di negara tercinta terletak di bahu kita semua.

 وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [At-Taubah: 71]

Justeru, kukuhkan perpaduan dan kesatuan umat Islam. Sebarkan Islam dan pertahankannya daripada ditindas, seterusnya mengangkat tinggi martabat Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan dan Kementerian serta seluruh yang terlibat dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.

Siiru ‘ala barakatillah! 

SENATOR DATUK IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 9/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bubar parlimen minggu ini?  Maulidur Rasul wadah terbaik..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails