Tuesday, October 11, 2022

Babi lagi.. Jangan sampai spesis ini kuasai M'sia? ..& Uyghur

 Loy Sian (kiri) sebelum ini mengadakan lawatan ke atas beberapa premis ladang ternakan babi di Tanjung Sepat bersama agensi berkaitan. - Foto ihsan LUASLoy Sian (kiri) sebelum ini mengadakan lawatan ke atas beberapa premis ladang ternakan babi di Tanjung Sepat bersama agensi berkaitan. - Foto ihsan LUAS


1. 8 Premis ternak babi punca air kotor, berbau di Tanjung Sepat

SHAH ALAM: Lapan premis penternakan babi berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di atas tanah persendirian berstatus pertanian, dikenal pasti menjadi punca kepada pelepasan air kotor dan berbau ke pantai Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian berkata ia susulan siasatan pihaknya, mendapati terdapat air parit yang mengalir keluar daripada tanah lot persendirian dan akhirnya ke laut.

“Berdasarkan pemerhatian fizikal dan laporan pensampelan, kualiti air parit tersebut adalah berada pada tahap yang rendah.

“Siasatan lanjut mendapati aktiviti di kawasan ini hanyalah penternakan babi dan perladangan sawit, dan disyaki aktiviti penternakan babi adalah punca kepada penurunan kualiti air parit ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Hee berkata aktiviti pensampelan juga telah dilaksanakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di sekitar lokasi premis penternakan itu dan keputusan dicatatkan sangat signifikan dengan aktiviti berkaitan perternakan.

“Ekoran itu, LUAS telah mengeluarkan surat arahan kepada pemilik tanah di bawah Seksyen 121, Enakmen LUAS 1999, yang mengarahkan pemilik tanah untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan ke atas parit di dalam lot tanah, sehingga kualiti (air) yang akan mengalir keluar adalah berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

“Dalam masa sama, pemilik tanah juga diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan ke atas parit yang berada di luar lot tanah, disebabkan impak yang berpunca daripada parit lot tanahnya,” katanya.

Hee berkata sekiranya pemilik premis gagal untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh LUAS, satu kertas siasatan terperinci akan dilengkapkan dan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan perundangan selanjutnya.

Media pada 28 Sept lalu, melaporkan kerajaan Selangor telah mengenal pasti pencemaran sumber air yang dialami penduduk Tanjung Sepat, berpunca daripada kaedah konvensional aktiviti penternakan babi dan kawalan pencemaran, berdasarkan lawatan bersepadu pihaknya ke atas beberapa premis ladang ternakan itu di kawasan berkenaan, 23 Sept lepas.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kegiatan penternakan babi di kawasan Tanjung Sepat, sehingga menyebabkan penduduk setempat berdepan masalah pencemaran bau dan saliran air hampir 30 tahun. – BERNAMA

BERITA BERKAITAN

2. Uyghur: Kesal tindakan Malaysia berkecuali 

TINDAKAN Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang menolak usul untuk membahaskan dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh China terhadap umat Islam Uyghur di Xinjiang merupakan suatu perkara yang sangat dikesali bagi suatu organisasi yang sentiasa melaungkan hal-hal keamanan dan kemanusiaan.

Hal ini menambahkan lagi kekecewaan disebabkan oleh pendirian Malaysia sendiri bersama 11 negara lain mengambil pendirian berkecuali, manakala 19 negara menolak dan 17 negara menyokong dalam undian yang melibatkan 47 negara anggota.

Pendirian Malaysia ini sangat mendukacitakan, bahkan bercanggah dengan kenyataan rasmi oleh YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melalui ucapannya di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77 di New York, AS yang jelas melaungkan seruan memperjuangkan keamanan dan keadilan sejagat yang turut melibatkan konflik antarabangsa.

Saya melihat keputusan yang diambil oleh Malaysia ini tidak mencerminkan kesepaduan dalam membanteras kezaliman, termasuklah “menutup sebelah mata” dengan tidak mengendahkan penderitaan dan kesengsaraan umat Islam Uyghur yang diseksa dan ditindas mengikut hawa nafsu.

Sebagai contoh, menurut laporan yang dikeluarkan oleh wartawan BBC pada awal tahun 2021, wanita yang ditahan akan dirogol, tangan mereka digari, sebelum ‘diratah’ tentera penguasa yang kejam dan bernafsu binatang, selain menjadikan pusat tahanan sebagai “rumah haram pelacuran”.

Hal ini jelas menunjukkan berlakunya pencabulan hak asasi ke atas masyarakat Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah tersebut. Pembantaian terhadap etnik ini saban hari merupakan hilangnya maruah seluruh umat Islam di seluruh dunia yang senyap tanpa bicara di atas penderitaan saudara-saudara Muslim di China.

Selain itu, saya ingin menyatakan respons terhadap tuduhan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Raja Bahrin Shah yang menyelar PAS dalam isu ini.

Isu penderitaan Uyghur ini turut pernah ditekankan oleh Presiden PAS ketika ditemubual dalam program Bicara Minda Bersama Presiden PAS anjuran Sinar Harian pada Disember 2018 yang menyatakan masyarakat Muslim China Uyghur telah ditekan dan ditindas sejak tahun 1920-an lagi di bawah pemerintahan Komunis.

Malaysia tidak harus “membisu” dalam apa-apa jua isu berkaitan pembantaian etnik minoriti tetapi sepatutnya lantang dalam mempertahankan keamanan dan keadilan dunia.

Selaku AJK Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, saya sendiri pernah menjadi panel di dalam “Forum Kemanusiaan Peduli Uyghur” anjuran Abim Pusat dan Pejabat Parlimen Setiawangsa YB Nik Nazmi pada 7 Julai 2022.

Bahkan, saya dan Lujnah Antarabangsa PAS Pusat ke Istanbul, Turki secara konsisten telah membawa mesej bagi memperjuangkan keadilan buat etnik Uyghur secara spesifik di Persidangan Antarabangsa “The First World Islamic Conference for East Turkistan” dari 10 hingga 12 Julai 2022.

Kami sebulat suara menegaskan bahawa penderitaan masyarakat Uyghur perlu dibela daripada terus disiksa.

Jadi, saya merasakan beliau sebagai seorang yang “jumud” dan terkebelakang kerana tidak mengikuti perkembangan semasa dalam hal-hal kemanusiaan yang telah diperjuangkan oleh kepimpinan PAS di semua peringkat.

Akhir sekali, saya sekali lagi melahirkan perasaan dukacita di atas pendirian Malaysia ini yang tidak mengetengahkan keadilan sosial dan prinsip kemanusiaan seperti yang ditekankan di dalam agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Malaysia tidak harus “membisu” dalam apa-apa jua isu berkaitan pembantaian etnik minoriti tetapi sepatutnya lantang dalam mempertahankan keamanan dan keadilan sejagat.

YB USTAZ AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Ahli Parlimen Sik / Ajk Lujnah Antarabangsa PAS Pusat
Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Polisi Pelarian – HARAKAHDAILY 8/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i) Babi lagi.. Jangan sampai spesis ini kuasai Malaysia? Cukuplah, Pulau Pinang sudah jadi 'negeri busuk tahi babi'!

(ii) Mengenai Uyghur. Kita sokong kenyataan rasmi oleh YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melalui ucapannya di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77 di New York. Iaitu AS jelas melaungkan seruan memperjuangkan keamanan dan keadilan sejagat.

Malaysia jangan “menutup sebelah mata” dengan tidak mengendahkan penderitaan dan kesengsaraan umat Islam Uyghur yang diseksa dan ditindas mengikut hawa nafsu.

Sebagai contoh, menurut laporan yang dikeluarkan oleh wartawan BBC pada awal tahun 2021, wanita yang ditahan akan dirogol, tangan mereka digari, sebelum ‘diratah’ tentera penguasa yang kejam dan bernafsu binatang, selain menjadikan pusat tahanan sebagai “rumah haram pelacuran”.

Sekian'

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails