Wednesday, October 12, 2022

PH, rejim hancur Melayu/Islam? & tolak Bersih 2.0.

 


1. Pakatan Harapan: Rejim yang bakal hancurkan Melayu-Islam?

ORANG Melayu-Islam jangan lupa.

Hampir sejuta dari kita berhimpun bagi menyatakan pendirian menolak ICERD!

Bukan rakyat tidak tahu ratifiksi ICERD terutamanya beberapa peruntukan yang berkaitan seperti Perkara 2, 4, 5, 8 dan 22 akan menggugat perpaduan kaum dan melucutkan hak keistimewaan Bumiputera angkara PH yang tunduk sembah kepada agenda DAP yang ingin menguasai negara.

Orang Melayu-Islam jangan lupa.

Bagaimana DAP-PH memperjuangkan golongan liberal sehingga LGBT tanpa takut bertapak di negara kita. Bagaimana DAP-PH bersungguh mengangkat isu untuk melonggarkan syarat memohon kewarganegaraan.

Penghinaan demi penghinaan yang diberikan kepada umat Islam secara terbuka dan jelas. Azan, khutbah Jumaat, pemakaian menutup aurat menjadi alat sindiran pimpinan mereka.

Orang Melayu-Islam jangan mudah lupa.

Agenda menghancurkan Islam-Melayu tercatat jelas dalam Perlembagaan DAP,

“Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal…”

“Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama.”

Matlamat ini tidak hanya tercatat pada Perlembagaan mereka tetapi juga pada tindakan dan perkataan mereka.

Melayu-Islam jangan lupa.

Kerajaan PH dahulu dikuasai oleh bukan-Islam. Ini bukan satu tuduhan liar kerana secara faktanya, majoriti Ahli Parlimen kerajaan ketika itu adalah bukan-Islam.

Melayu-Islam perlu tahu.

DAP mendominasi 42 kerusi daripada 89 kerusi Pakatan Harapan.

Walaupun DAP masih belum mampu mempengaruhi majoriti orang Melayu namun yakinlah mereka sedang menyusun strategi untuk menghancurkan Melayu-Islam secara terancang.

Melayu-Islam perlu bertindak.

Sebagaimana kita mampu menyekat cubaan PH meratifikasi ICERD melalui penyatuan, kita juga mampu menggagalkan segala perancangan mereka jika kita bersama dalam PRU-15.

Sebagai golongan yang majoriti, penyatuan Melayu-Islam akan terus menjadi mimpi ngeri buat Pakatan Harapan.

PAS akan terus mengusahakan Penyatuan Ummah. Bersama kita akan menghentikan rejim yang bakal menghancurkan Melayu-Islam.

Atau patutkah kita membiarkan rejim Pakatan Harapan kembali berkuasa?

ZURK AHMAD
12 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 12/10/2022


2. Pengisytiharan darurat: Mahkamah tolak rayuan Bersih 2.0 

PUTRAJAYA: Rayuan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan sembilan lain untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berpendapat tiada kesilapan membolehkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, justeru mengekalkan keputusan tersebut.

Mahkamah kemudian menolak rayuan tersebut tanpa perintah berhubung kos.

Mengenai bantahan awal oleh Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan, yang mewakili kerajaan dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa permohonan rujukan perlembagaan tidak boleh dirayu, Hakim Has Zanah berkata permohonan rujukan itu boleh dirayu kerana ia akhirnya melupuskan hak pihak perayu.

Rayuan tersebut dikemukakan oleh Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann Peng Tong, enam badan bukan kerajaan (NGO) serta dua ahli politik PKR, Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

NGO tersebut ialah Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK), Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Save River dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Selain Mohd Yusmadi dan Shamsul Iskandar, Mahkamah Tinggi pada 1 April tahun lalu, membenarkan tiga ahli PAS — Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, ahli Dewan Negara, Khairil Nizam Khirudin dan Senator Mohd Apandi Mohamad menjadi pencelah  dalam saman Bersih 2.0 dan NGO itu terhadap kerajaan Malaysia dan Muhyiddin Yassin.

Dalam saman pemula mereka, mereka memohon pengisytiharan bahawa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 adalah menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan, oleh itu terbatal dan tidak sah.

Pada 18 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan mereka untuk merujuk persoalan perlembagaan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, ke Mahkamah Persekutuan.

Bersih 2.0 mengemukakan tujuh persoalan undang-undang mengenai kesahihan pengisytiharan darurat berkuat kuasa dari 21 Jan 2021 hingga 1 Ogos 2021 bagi membendung penularan pandemik COVID-19 yang bermula secara global pada awal 2020.

Pada prosiding hari ini secara dalam talian, Bersih 2.0 dan NGO tersebut diwaklii peguam Edmund Bon Tai Soon, New Sin Yew dan Jacqueline Hannah Albert manakala kerajaan dan Muhyiddin Yassin diwalkili oleh Peguam Persekutuan, Noor Atiqah Zainal Abidin.

Peguam A. Surendra Ananth bertindak bagi pihak Mohd Yusmadi dan Shamsul Iskandar dan tiga ahli PAS oleh peguam Mohammed Zamri Ibrahim. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH, rejim hancur Melayu/Islam? & tolak Bersih 2.0.

Dalam kes tolak Bersih 2.0, Mahkamah Tinggi pada 1 April tahun lalu, membenarkan tiga ahli PAS — Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, ahli Dewan Negara, Khairil Nizam Khirudin dan Senator Mohd Apandi Mohamad menjadi pencelah  dalam saman Bersih 2.0 dan NGO itu terhadap kerajaan Malaysia dan Muhyiddin Yassin.

Tahniah dan al-hamdulillah.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails