Tuesday, October 11, 2022

Prihatin: Pesawah, nelayan, pekebun.. & Rakyat M'sia terkandas..

 


1. Nasib pesawah, nelayan, pekebun kecil dapat pembelaan

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan menyatakan iltizam kerajaan untuk terus memastikan kebajikan dan sokongan yang berterusan kepada pesawah, nelayan dan pekebun kecil.

Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pada tahun hadapan kerajaan akan menyediakan pelbagai subsidi dan insentif .

Katanya, ini merangkumi subsidi harga padi, baja padi, benih padi sah, baja padi huma dan insentif pengeluaran padi serta insentif tangkapan hasil nelayan dengan peruntukan RM1.8 bilion, iaitu meningkat RM100 juta berbanding tahun ini.

“Bantuan kepada pesawah padi diperkenalkan semula untuk tahun 2023 dengan memberi bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh empat bulan kepada 320,000 pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta ringgit.

Katanya, ini bermakna pekebun kecil akan mendapat BMT sebanyak RM800 berbanding RM600 sebelum ini.

Bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah, katanya Insentif Pengeluaran Lateks diperkenalkan bersama dengan program TARGET untuk menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui koperasi.

Menurutnya, kerajaan juga memperkenalkan Skim Perlindungan Pertanian untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak, bermula dengan pesawah padi. – HARAKAHDAILY 7/10/22


2. Kerajaan jamin bawa pulang 63 rakyat Malaysia terkandas di Saudi 

Foto daripada Facebook Idris Ahmad.

TAIPING: Kerajaan memberi jaminan 63 rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas akan dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Santai Anak Muda di sini hari ini, beliau berkata usaha sedang dijalankan dengan pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk menyelaras urusan penghantaran pulang mereka.

Pada Jumaat, Kementerian Luar Negeri mengesahkan 63 rakyat Malaysia terdiri daripada 28 individu dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.

Mereka dibawa ke Madinah oleh Kumpulan Tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan umrah pada Mac lepas namun terkandas di Madinah sehingga hari ini dan tidak dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah itu.

Mengenai tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin kumpulan itu, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, berhubung ajaran tarekat yang dibawanya, Idris berkata ia tertakluk di bawah kuasa Jabatan Agama Islam Negeri selepas Jawatankuasa Fatwa bersidang. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kini kerajaan  prihatin rakyat. Menangani pesawah, nelayan, pekebun kecil.. Bahkan bawa pulang 63 rakyat Malaysia terkandas di Saudi.

Bukan macam kerajaan PH 22 bulan ghuyup, kokok saja berderai, ekor bergelumang tahi babi dan rasuah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails