Thursday, October 13, 2022

PH X kerjasama Muhyiddin. PAS pilih PN, UMNO sendiri.

 

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng

1. Majlis Presiden PH sudah putuskan tiada kerjasama dengan Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Perikatan Nasional (PN) hanya boleh dipertimbangkan sekiranya Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membatalkan keputusannya sebelum ini.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, berkata ia kerana Majlis Presiden PH sebelum ini sudah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri itu atau gabungan yang dipimpinnya disebabkan peranannya sebagai 'pengkhianat' dalam Langkah Sheraton.

"Kita tidak boleh bekerjasama dengan orang yang tidak boleh dipercayai. Kerjasama dengan Muhyiddin atau PN hanya boleh dipertimbangkan sekiranya Majlis Presiden PH membatalkan keputusannya sebelum ini.

"Saya akan menentang sebarang pembalikan keputusan sebelum ini," katanya menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini berkata, beliau terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak atau gabungan, asalkan berlandas prinsip tertentu, bukan hanya untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semata-mata.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, dalam kenyataan beberapa jam selepas sidang media terbabit menjelaskan bahawa parti itu tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dan PN.

Mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad, Guan Eng berkata, PH sedia bekerjasama dengan parti pembangkang lain, namun dengan syarat mereka menerima peranan kepemimpinan PH dan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

"Ini sudah diterima tanpa syarat oleh MUDA dan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Bagaimanapun Majlis Presiden PH tidak dimaklumkan mengenai sebarang perubahan hati oleh Tun Dr Mahathir.

"Saya ditanya oleh wartawan mengenai kenyataan Anwar berkenaan kemungkinan bekerjasama dengan Muhyiddin daripada Dr Mahathir pada pilihan raya umum akan datang.

"Anwar sudah membalas panggilan telefon saya dengan mengesahkan prinsip ini dan menjelaskan bahawa kenyataan beliau dipetik dengan tidak tepat. Beliau berkata bahawa pembetulan terhadap kenyataan terbabit akan dibuat," katanya.


2. PAS pilih PN: UMNO bergerak sendirian 

UMNO tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam PRU-15. - Foto hiasan BERNAMA

KUALA LUMPUR: UMNO akan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), susulan keputusan PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutunya.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan PAS itu sudah dijangka.

"Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, susulan itu UMNO dan Barisan Nasional memutuskan untuk bergerak sendiri dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan.

Beliau juga menyuarakan keyakinan UMNO mampu menawarkan kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini. 

Sebahagian peserta Persidangan Muafakat Nasional Peringkat Kedah pada 2019. - Foto hiasan NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu, bagi menghadapi PRU-15 dengan keputusan itu berpaksikan prinsip penyatuan ummah.

Sebelum ini, Ahmad Zahid meminta PAS menyatakan pendirian sama ada mahu bekersama dengan BN dan memberikan beberapa syarat, termasuk memutuskan hubungan dengan PN

Ahmad Zahid bertukar dokumen Piagam Muafakat Nasional dengan Abdul Hadi di Kuala Lumpur. - Foto hiasan NSTP/AIZUDDIN SAAD
(BH)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Di negeri yg pas perintah, pelaburan asing meningkat. Pelabur luar yakin akan kejujuran pas. Beza dengan pee hancing. Baru pegang jawatan dah banyak kes. Rogol lah. Dadahlah. Mabuklah. Rasuahlah.

Banding eng guan dengan mb pas. Eng guan ada kes rasuah trowong. Mb pas bersih pun. Tiada rasuah.

Negeri pas pun makin maju. Rakyat selesa.

Jom sokong pas. Tolak geng kotor pee hancing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails