Sunday, October 09, 2022

Bom? Rupanya alat mainan seks. Mie Sedaap Korea, tapi beracun.

 


1. Beg disangka ada bom berisi alat mainan seks

TOKYO: Polis Jepun mengerahkan musnah bom selepas menemui sebuah beg bimbit misteri yang ditinggalkan di lot tempat letak kereta minggu ini.

Bagaimanapun, kecemasan bertukar kelegaan apabila ia didapati hanya mengandungi pelbagai alat mainan seks yang mahu dibuang.

Polis Kakegawa di wilayah tengah Jepun menerima panggilan pagi semalam mengenai sebuah beg bimbit berwarna perak yang ditinggalkan di lot letak kereta di tanah perkuburan kerajaan tempatan, kata jurucakap polis kepada AFP hari ini.

Skuad pemusnah bom tempatan dikerahkan ke lokasi dan bertindak menutup jalan dalam radius sekitar 300 meter dari beg berkenaan selama lebih tiga jam.

Media tempatan pula menghantar helikopter bagi membuat liputan 'operasi yang rumit lagi berbahaya' oleh pakar bom di lokasi.

Namun, selepas pemeriksaan teliti, skuad pemusnah bom hanya menemui 'alat mainan seks dewasa' di dalam beg berkenan, kata jurucakap polis tanpa menghuraikan lebih lanjut.

"Beg bimbit metalik berwarna perak itu berada di lot letak kereta di lokasi terpencil... justeru ia menimbulkan syak.

"Semua aspek operasi berjalan seperti mana dirancang, semuanya berakhir dengan baik," katanya yang enggan dikenali.

Media tempatan melaporkan lot letak kereta itu menjadi lokasi popular untuk membuang sampah secara haram. - AFP


2. Singapura arah penarikan balik 2 produk mi segera Mie Sedaap  

SINGAPURA: Dua produk Mie Sedaap jenama Indonesia iaitu mi segera Sup Pedas Korea dan mi segera Ayam Pedas Korea ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata, etilena oksida dikesan dalam produk semasa tinjauan produk makanan, selepas racun perosak yang sama dikesan dalam produk ais krim Haagen-Dazs pada Ogos lalu yang juga sudah ditarik balik ketika itu.

Produk Korean Spicy Chicken yang terjejas mempunyai tarikh luput pada 21 Mei 2023, manakala produk Korean Spicy Soup yang terjejas tamat tempoh pada 17 Mac tahun depan.

Semakan The Straits Times menunjukkan bahawa dua perisa mi segera itu boleh didapati di pasar raya tempatan dan dalam talian.

Menurut SFA, etilena oksida ialah racun perosak yang tidak dibenarkan untuk digunakan dalam makanan.

Walaupun tidak menimbulkan risiko segera pada tahap penggunaan yang rendah, pendedahan jangka panjang boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Menurut laporan dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, pendedahan jangka panjang kepada etilena oksida pada manusia boleh menyebabkan kerengsaan mata, kulit, hidung, tekak dan paru-paru serta kerosakan pada otak dan sistem saraf.

Selain itu, pendedahan kepada etilena oksida turut meningkatkan risiko kanser.

SFA berkata, ia sedang menguji produk mi segera Mie Sedaap yang lain dan bekerjasama dengan pengimport dan pihak berkuasa Indonesia untuk "menyiasat dan membetulkan punca pencemaran etilena oksida".

Pengguna yang telah membeli produk yang terjejas harus mendapatkan nasihat perubatan jika mereka telah memakan dan mempunyai masalah kesihatan. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimBom? Rupanya alat mainan seks. Mie Sedaap Korea, tapi beracun.

Perlu diawasi.

 Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails