Thursday, October 13, 2022

PAS pilih PN. Berkeputusn 5 perkara..

 


1. PAS pilih Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR: PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

"Melalui mesyuarat ini juga, PAS memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat AJK PAS Pusat di Pejabat Agung parti itu, di sini, hari ini yang berlangsung selama lebih tiga jam.

Perkembangan ini bermakna PAS menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjalinkan kerjasama pada PRU15.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi memberi kata dua kepada PAS untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU dan PN jika ingin menjalinkan kerjasama dengan UMNO pada PRU15.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan sebagai berkata cadangan PAS untuk bekerjasama bagi mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti itu dengan UMNO dan BERSATU dalam PRU15 sebagai satu taktikal penuh muslihat.

Beliau berkata, UMNO dan BN sudah menetapkan pendirian jelasnya bahawa jika pun kerjasama antara dua parti itu mahu dibentuk dalam PRU, ia mesti bersifat menyeluruh.

"Kita hormati keputusan yang dicapai oleh jawatankuasa pusat parti mereka. Terserah kepada mereka bagaimana mereka mahu bergerak (dalam PRU).

"Tapi kalau mahu bekerjasama, biarlah bekerjasama 'totally' (secara menyeluruh), bukan kerana merundingkan kononnya ada kerusi bagi mengelak (pertembungan) tiga penjuru.

Ahmad Zahid sebelum ini menggesa PAS segera membuat keputusan berkenaan hasratnya untuk bekerjasama dengan UMNO dalam PRU15, namun mestilah mengikut syarat ditetapkan UMNO iaitu tidak mahu ada kerjasama dengan BERSATU. (BH)


2. Kenyataan media Presiden PAS, tidak bubar DUN 

MESYUARAT Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, 13 Oktober 2022, telah membuat keputusan berikut:

  1. Memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), atas prinsip penyatuan ummah.
     
  2. Memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan Perikatan Nasional.
     
  3. Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama.
     
  4. Mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah.
     
    “ISLAM MENYATUKAN UMMAH”
    “MALAYSIA SEJAHTERA”
     
    ABDUL HADI AWANG
    Presiden PAS
    Bertarikh: 16 Rabi’ul Awwal 1444 / 13 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 13/10/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Tk join umno BN?? Ok aku pilih PAS pru ni klu wakil ada di kwsan aku hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails