Thursday, October 13, 2022

Jangan bersedih, ini hebatnya Islam dibawa PAS. & 'tarik duit'.

 


1. Umat Islam jangan sesekali berdukacita

UMAT Islam jangan berdukacita terhadap manusia yang membalas tuba setelah diberi bunga. Kerja kita adalah kerja harakah, dakwah dan tarbiyah. 

Kita angkat sesiapa yang rebah. Kita papah mana yang parah. Kita padamkan segala gundah. Kita tidurkan resah gelisah. Kuasa dan kedaulatan yang dicari adalah untuk kesejahteraan ummah.

Biarkan manusia bongkak mendabik dada. Segala kuasa seolah-olah dialah punya. Jangan dilayan suara yang memberi kata dua agar kita menuruti segala hajatnya. Kita berlapang dada dan sabar dengar perancangan-Nya. Kerana rancangan Allah itu pasti lebih baik daripada apa yang kita jangka.

Mereka mengamal politik fitnah membina persepsi. Perkiraan dosa dan pahala dalam politik ditolak tepi. Hawa dan nafsu menguasai diri. Tak ada satu kebaikan yang mereka boleh berkompromi. Namun kita teruskan perjuangan yang murni ini. Demi kesejahteraan ibu pertiwi.

Kadang-kadang kebenaran memang sukar difahami. Kejujuran adalah rahsia hati dan budi. Kebenaran dinilai dari sudut apa yang boleh diberi. Namun kebaikan pasti ada sirna yang menanti. 

Sedangkan Nabi dibaling batu sehingga mengalir darah ke kaki. Perjuangan kita yang tiada apa ini jangan sesekali diberhenti. Selagi al-Quran dan Sunnah menjadi panduan hati. Islam akan sentiasa bertapak di bumi ini.

YB DATUK AHMAD MARZUK SHAARY – HARAKAHDAILY 13/10/2022


2. 2 wanita dibunuh, jadi ‘korban’ untuk ‘tarik duit’ 

Kepercayaan terhadap bomoh masih mendalam di kawasan pedalaman India. (Gambar AP)

NEW DELHI: Polis India menahan sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang dikatakan bomoh, kerana membunuh dua wanita untuk dijadikan korban kononnya bagi meraih kekayaan.

Sepasang suami isteri yang mengalami masalah kewangan membayar 300,000 rupee kepada Mohammed Shafi bagi membunuh dua mangsa yang turut diseksa kejam, menerusi dua upcara dalam tempoh tiga bulan, kata jurucakap polis Pramod Kumar kepada AFP.

Shafi memberitahu pasangan dari Kerala itu itu – Bhagaval Singh dan isterinya Laila – bahawa korban manusia akan membawa kekayaan, kata polis.

Shafi yang digambarkan polis sebagai penyumbalewang seksual pernah didakwa atas tuduhan rogol, dan dikatakan “mengumpan” mangsa pertama ke rumah Singh pada Jun lalu kononnya untuk menawarkan watak lakonan dalam sebuah filem.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Menurut penyiasat, Shafi meyakinkan pasangan itu untuk mengambil bahagian dalam upacara pemujaan kedua pada September selepas mereka mengadu masih belum memperoleh kekayaan.

“Kami memang menyiasat kes kehilangan wanita pertama sebelum mendapat tahu mengenai mangsa kedua yang juga hilang sekitar kediaman pasangan itu pada September,” kata Kumar.

Dua wanita itu mencari rezeki dengan menjual tiket loteri dari rumah ke rumah. Mayat mereka ditemui ditanam di halaman rumah pasangan itu, dan polis kini turut menyiasat sama ada Shafi terlibat dalam kes lain.

Jiran Singh berkata lelaki itu, yang dipercayai seorang pengamal perubatan tradisional, menyuarakan rasa terkejut dengan kejadian itu malah sukar percaya dia terlibat dalam pembunuhan berkenaan.

“Ramai orang datang ke rumahnya untuk mendapat rawatan tulang retak, lebam dan sakit ringan lain. Kami tidak pernah mengesyaki apa-apa, apatah lagi dia memang seorang yang berbudi bahasa,” kata Gopan K dipetik Hindustan Times.

Kepercayaan terhadap bomoh masih berleluasa di kawasan pedalaman India.

Awal bulan ini, dua lelaki ditahan kerana membunuh seorang kanak-kanak berusia enam tahun. Mereka dilaporkan di bawah pengaruh dadah dan membunuh mangsa sebagai korban untuk dewa Shiva demi mendapat kekayaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  

(i) Jangan bersedih atau berduka, ini hebatnya Islam dibawa PAS, yang mentarbiah pemimpinnya supaya bertenang.

(ii) Dan 'tarik duit'. Hukum 'tarik duit' dalam Islam seperti kes di India di atas, sila lihat.. Tarik Duit Alam Ghaib - Ustaz Azhar Idrus - YouTube

Kuliyyah Maghrib Bulanan & Soal Jawab Agama - Ustaz Azhar Idrus 18 Mac 2022⏰ 7.45 malam Surau Al-Iman Kg Losong, ...
YouTube · Ustaz Azhar Idrus Official · 8 Apr 2022
Anda telah melawat halaman ini 3 kali. Lawatan terakhir: 13/10/2022

Ust Azhar IdrusTarik Duit & Nombor Ekor. 122,338 views122K views ... Tarik Duit Alam Ghaib - Ustaz Azhar IdrusUstaz Azhar Idrus Official.
YouTube · shahzaro · 11 Jul 2011

(iii) Musim berlaku PRU seperti sekarang, ramai pemimpin kecil dalam parti yang menghimpit bosnya untuk 'tarik duit', walau terpaksa mengampu, menjilat 'juboq tak basuh' yang merugikan agama dan bangsa sendiri.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Zahid ada lah ‘easy target’ Mahathir berbanding Najib.

Mahathir pura pura menyerang Zahid untuk alih perhatian PRU 15 dan rakyat hakim negara akan menghukum pengkhianat dan barua barua yang membelakangkan kedaulatan dan maruah bangsa Johor dan Sultan Johor.

Barua DAP@LeeKwanYew ini sanggup mengadaikan Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew dalam laporan dibentang isu Pulau Batu Putih di istana Sultan Ibrahim di Johor baru baru ini

Kes Zahid sangat 'straight forward' sama dengan kes AMLA Zety dan Taufiq Ayman dan Hakim Nazlan.

Zahid terikat dengan banyak kes yang kerajaan Mahathir cipta.

Mahathir tidak berani menyebut ini terhadap Najib kerana takut Najib akan sembur Mahathir berkenaan Zeti dan Nazlan.

Tidak masuk akal wang masuk kedalam akaun laki Zeti masih lembab dan terhegeh hegeh untuk didakwa.

Begitu juga dengan kes Nazlan. Mahathir sangat takut membicarakan skandal dua orang ini.

Jika Mahathir syok sendiri mengaku diri pembenteras rasuah dan anti rasuah, maka dua skandal ini menafikan perakuan syok sendiri Mahathir.

Kini , konklusi nya , Mahathir pura pura menyerang Zahid untuk alih perhatian.

Mahu tidak mahu Mahathir mesti alih tumpuan kerana semua isu sudah mula dibongkar satu per satu.

Media milik kroni untuk alih tumpuan daripada isu Zeti bailout Sapura, atau isu RM700 juta Zeti dan Hakim Nazlan, maka masak lah Mahathir, kerana PRU15 sudah bermula.

Anonymous said...

Sebenarnya Tun dan Kit Siang yang takut. Bagaimana mahu selamatkan kes terowong anaknya? Dulu bolehlah bekas Peguam Negara, Tommy Thomas selamatkan kes rasuah banglo anaknya. Bagaimana nak selamatkan Zety Taufik hanjing Tun.!?

Sebab itu rakyat tidak sabar menunggu hasil siasatan Pasukan Petugas Khas buku Tommy didedahkan. Ia adalah pendedahan ‘ibu segala kedurjanaan’ PH selama 22 bulan.

“PRU akan menamatkan kedurjanaan PH. Sebab itu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Tommy mesti disegerakan. Ia juga akan menamatkan retorik Kit Siang.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan Tun Mahathir turut mendakwa BN mahu PRU15 diadakan segera bagi membebaskan Najib dari penjara. Kalau bebas pun bukan alasan PRU 15 tapi kes Najib adalah kes sangat lemah, naif dengan tanpa dipanggil saksi utama seperti Zety, Nik Faisal dan Jho Low.

Lim Kit Siang takut dengan PRU15 kena bertanding juga. Dolak dalik Mahathir pula yang sentiasa berubah ubah kejap tak bertanding kejap nak bertanding PRU 15 ini sudah pun difahami oleh semua rakyat yang peka politik.

Ini menjadi mudah untuk diteka kerana politik Mahathir berpaksi kepentingan peribadi dan bukan berpaksi kepentingan rakyat.

Mahathir amat terdesak kerana banyak perkara bakal terlondeh terbarai berkaitan dirinya dan kuncu2 nya jika Barisan Nasional yang memerintah.

Kes2 dan RCI yang sedang berlansung dan ‘pending’ seperti kes Zeti Aziz dan Nazlan dan Pulau Batu Puteh sangat merunsingkan Mahathir.

Selamat Mengundi , tapi jangan lupa kisah mimpi ngeri kerajaan PH dan Tun Mahathir selama 22 bulan.. Pengalaman ditipu hidup2 dengan janji palsu..

Lokos kena kencing..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails