Saturday, October 15, 2022

Dasar tadbir negeri PAS bawa ke Persekutuan? Hanya Islam.

 


1. Dasar pentadbiran negeri PAS akan dibawa ke Persekutuan

KOTA BHARU: Tanggal 21 Oktober depan akan genap 32 tahun PAS mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan sebagai sebuah pemerintahan kecil yang penuh cabaran dengan membawa dasar ‘Membangun Bersama Islam’. 

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat berkata, biarpun pada peringkat awal kemenangan PAS pada tahun 1990 itu dikatakan kerajaan hanya mampu bertahan 3 bulan, namun sebaliknya telah diperlihatkan. 

Alhamdulillah dengan berkat dan izin Allah S.W.T, kerajaan kita boleh melangkah daripada tahun ke tahun, pilihan raya demi pilihan raya, menjadikan ianya berumur 32 tahun dengan dasarnya yang tidak pernah diubah.  

“Iaitu ‘Membangun Bersama Islam’, berpaksikan kepada tiga prinsip utama iaitu Ubudiyah, Mas’uliyah, dan Itqan. Ini merupakan pegangan yang menjadi ikatan dan tautan semua bermula daripada pihak pembuat dasar, pentadbir dan juga rakyat. 

“Di sana terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian khususnya oleh pemimpin untuk diterapkan kepada rakyat melalui jentera pentadbiran yang ada,” ujar beliau dalam satu wawancara kelmarin dahulu. 

Menurut beliau, dasar yang baik tersebut membolehkan Kelantan berjaya melangkah dengan baik setahun demi tahun dengan membuktikan kepada rakyat kemampuan kepimpinan berteraskan Islam. 

Katanya, dari masa ke semasa pemerintahan tersebut semakin baik, namun tetap mengajak rakyat seluruhnya bersama memerhati untuk diadakan penambahbaikan dan pemantapan pentadbiran. 

Bahkan PAS ujarnya, mahu membawa segala kebaikan dasar Islam itu keluar dari negeri ditadbirnya yakni dilaksanakan pula dalam pentadbiran pemerintahan di peringkat Kerajaan Persekutuan. 

Jelasnya, perubahan terus berlaku di mana kecenderungan masyarakat dan perkembangan Islam semakin meningkat di mana beliau berkeyakinan penuh ianya masa depan yang cerah buat PAS. 

Hal tersebut terangnya, hinggakan pelbagai perbuatan mempermain dan meremehkan Islam tidak lagi berlaku seperti dahulu, sebaliknya kemahuan penerapan Islam kian berkembang. 

“Ini hasil kerja PAS, hasil kerja ulamak, hasil banyaknya pusat pengajian tinggi dan berteras Islam, hasil perubahan dunia terhadap Islam hingga diterima pakai dalam bidang politik, pentadbiran, perniagaan, sains dan sebagainya. 

“Hari ni kita ada Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ini merupakan suatu keadaan yang cukup baik. Kedah sebuah negeri yang berada di Utara dengan suasana pertaniannya, Terengganu dengan hasil mahsulnya. 

“Kelantan dengan negeri yang agak pertanian dan tidak ada hasil mahsul negeri yang diiktiraf. Apa yang menarik kalaulah kerana PAS maka tidak maju, kenapa di Terengganu, kerajaan yang baru boleh meneruskan kemajuan?  

“Malah lebih cemerlang lagi walaupun ianya diperintah oleh PAS. Di Kedah, kalaulah kerana PAS maka ianya mundur, kenapa di Kedah boleh meneruskan kemajuan yang telah dibawa dan ianya tidak asing, tidak menjadi suatu penghalang kepada kemajuan,” ujarnya. 

Kelantan pula katanya, sejak tahun 1990 lagi dinafikan pelbagai hak menyebabkan keterbatasan infrastruktur seperti lebuh raya dan lapangan terbang yang disekat biarpun telah diluluskan. 

Bagaimanapun beliau percaya, dengan Kelantan dibenarkan mempunyai pelabuhan laut nanti, pertumbuhan ekonomi negeri ini akan berubah sebagaimana negeri-negeri lain telahpun mempunyai infrastruktur itu. – HARAKAHDAILY 4/10/2022

2. Kestabilan politik negara hanya boleh dicapai dengan Islam 

KOTA BHARU: Kestabilan politik negara amat bergantung kepada kebijaksanaan dan kepimpinan parti-parti politik terhadap pandangan masa hadapan dalam membawa arah tuju negara. 

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat berkata, rakyat tidak harus dibebankan dengan ketidaktentuan politik yang pastinya mengakibatkan kecelaruan dasar negara. 

“Sekiranya rakyat dibebankan dengan ketidakstabilan dan ketidaktentuan sebuah politik, maka rakyat akan sentiasa berada dalam penuh tanda tanya dan juga mencari-cari ke manakah hala tuju yang hendak dibawa oleh pimpinan negara.  

“Bagi menghadapi semua dugaan-dugaan yang terpaksa dihadapi oleh sesebuah negara tersebut. Jadi kecelaruan di sini boleh kita lihat apabila dasar sesebuah negara itu seolah-olah tidak dinyatakan dengan jelas. 

“Dan siapakah yang penerus kepada dasar yang telah dibentangkan itu. Ini merupakan suatu perkara yang tidak diingini oleh semua sama ada ianya daripada pihak parti, ianya daripada pihak luar, sama ada ianya pelabur dan juga penduduk setempat,” ujarnya. 

Demikian itu katanya, pilihan raya adalah alternatif kepada rakyat untuk membuat pilihan terbaik bagi menghadapi masa depan di mana PAS bersedia untuk menerima tanggungjawab itu. 

“PAS akan masuk (PRU15) dengan penuh persediaan khususnya di tengah-tengah kecelaruan politik negara. Kita lihat negara kita agak tidak stabil yang mana menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam satu penggal pilihan raya. 

“Ianya merupakan satu perkara yang agak luar daripada kebiasaan,” ujar beliau yang diwawancara dalam rancangan Bicara Siasah secara langsung di laman Facebook Legasi Tok Guru kelmarin dahulu. 

PAS jelas beliau, memilih panduan yang jelas yakni berdasarkan kepada al-Quran dan Hadis sejak daripada awal penubuhan bagi memperolehi kestabilan politik dicapai di dalam negara atau negeri. 

“Kerana PAS berkeyakinan inilah satu-satunya kaedah yang akan memandu sama ada ianya pemimpin, pembantu ataupun penyokong, dan juga rakyat terbanyak ke arah suasana politik yang baik bagi sesebuah negara,” ujarnya. 

Menurutnya, pilihan rakyat kepada nilai berasaskan Islam ini akan membawa mereka kembali kepada fitrah manusia itu senditi tanpa mengira bangsa dan agamanya kerana ia nilai terbaik. 

Malah jelasnya, PAS telahpun menawarkan kepada pengundi sejak dari tahun 1951 iaitu penyelesaian kepada masalah politik adalah dengan kembali kepada Islam yang mesti dilaksanakan dalam pemerintahan kerajaan. – HARAKAHDAILY 14/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sudah sampai masanya sekarang dasar tadbir negeri PAS dibawa dan diketenggahkan ke negara Persekutuan Malaysia. Kerana hanya dengan Islam sahaja, kestabilan politik negara akan dapat dicapai, dari dunia hingga akhirat.

Blog ini menyokong saranan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat untuk terus  menggerakkan perjungan 'Membangun Bersama Islam'.

Tahniah tuan, syabas dan Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Rulez Of Law Kerala.

Lepas PRU 15 suma musang, anjing, biawak, cipan dan lipan Tun Mahathir di semua agensi perlu dibersihkan.

Agensi seperti SPRM, PDRM, AG, LHDN Gabenor BNM semua haiwan haiwan kartel mafia Kerala@Tun Mahathir perlu dibersihkan dalam agensi tersebut..!!

Tan Sri Rohana binti Yusuf selaku Presiden Mahkamah Rayuan

Perhatikan bahawa tiada syor untuk jawatan Hakim Besar Malaya kerana jawatan itu tidak kosong ketika itu kerana Ahmad bin Haji Maarop baru dilantik ke jawatan itu hampir setahun yang lalu pada April 2017.

Tetapi pada 18 Jun 2018, Mahathir menulis semula bahawa beliau telah memutuskan pelantikan berikut:
1. Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara
2. Ahmad bin Haji Maarop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan
3. Zaharah binti Ibrahim sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya

Mahathir benar-benar melanggar undang- undang dengan menukar sepenuhnya semua calon yang disyorkan oleh JAC pada 2018!

Oleh itu, Ahmad bin Haji Maarop kemudiannya telah dinaikkan pangkat menjadi Presiden Mahkamah Rayuan seterusnya mengosongkan jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

Zaharah binti Ibrahim kemudiannya dilantik oleh Mahathir ke jawatan itu walaupun dia tidak pernah disyorkan oleh JAC dan mengangkat sumpah pada 17 Julai 2018 walaupun akan bersara mandatori dalam masa kira-kira 10 bulan.

Pada Mei 2019, Zaharah bersara.

Beliau kemudiannya dilantik oleh Guan Eng sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia - jawatan yang disandangnya selama 5 bulan sahaja sehingga beliau digantikan selepas kejatuhan kerajaan PH.

Bagaimanapun, dua soalan yang ramai ingin tanya Zaharah ialah:

1. Mengapakah anda menggantikan Hakim Sofian dengan Hakim Nazlan sebagai salah satu keputusan utama pertama anda selepas dilantik sebagai Hakim Besar Malaya? Atas dasar apakah keputusan ini dibuat?

2. Adakah ini keputusan anda sendiri atau adakah anda ditanya oleh mana-mana orang lain termasuk PM baharu atau CJ baharu ketika itu?

Lim Sian See

Anonymous said...

Cerdik ke pee hancing. Buat keputusan bawa kerala pimpin pee hancing. Mee segera menang pru 14. Tak pandai politik. Tiada pendirian. Last last bertelagah.

Sekarang bawa masuk parti womenizer. Tiada pendirian. Nak menang hantam keromo jer lah. Group kotor.

Dapig sokong anwar jadi pm. Ada udang balik batu. Kalau menang, takkan tiada pampasan. Kurang kurang kerusi tpm. Dah terhuting budi, body tergadai. Negara tergadai.

Ingat saja saja ker dapig nak sokong ahwar. Orang x cerdik jer yg x tahu baca politik dapig.

Ada jer create isu utk tarik undi. Penyamun lah. Sokong penyamun lah. Politik budak baru nak up. Janji seronok. Tak kisah dapig nak menibai.

Jangan beri muka pada pee hancing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails