Tuesday, October 11, 2022

Apa muslihat di balik palimen dibubar?

 

Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan supaya SPR dapat menjalankan PRU-15 dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November ini.

1. Apa yang berlaku selepas Parlimen dibubarkan?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini secara rasmi mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 dalam satu Perutusan Khas yang berlangsung pada jam 3 petang tadi.

Pengumuman itu menamatkan teka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen yang menjadi topik dan isu hangat sepanjang tempoh minggu lalu ketika Bajet 2023 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ia juga menandakan hari pengundian semakin hampir untuk rakyat menentukan siapa yang bakal mentadbir negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Malah, dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baginda turut menzahirkan harapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dijalankan dalam tempoh terdekat ini.

Ini memandangkan baginda turut mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pada pertengahan November ini.

Justeru, kerajaan campuran pimpinan Ismail Sabri akan bertindak sebagai kerajaan sementara yang juga mempunyai kuasa sementara dan terhad untuk menjalankan tugas secara interim walaupun tiada dalam Perlembagaan. Namun, ini berdasarkan amalan sistem Westminster.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata walaupun ia bersifat kerajaan sementara, mesyuarat Kabinet masih juga boleh dijalankan seperti biasa namun tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar, tetapi boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

"Kabinet hanya boleh melaksanakan dasar dan keputusan yang sudah dibuat terlebih dulu, sebelum Parlimen dibubarkan. Cuma selepas ini Perdana Menteri akan jarang memanggil mesyuarat Kabinet," katanya.

Ini bermakna, tiada sebarang undang-undang baharu akan diluluskan, tiada dasar baharu akan ditandatangani oleh mana-mana menteri dan semua rang undang-undang akan ditangguhkan.

Pensyarah Undang-Undang dan Polisi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata sesuai dengan status kerajaan sementara, jentera kerajaan di semua peringkat tidak boleh terbabit dalam kempen politik kepartian.

"Dalam tempoh ini, kerajaan hanya menjalankan tugas asasi seperti menjaga keamanan dan menguatkuasakan undang-undang, selain memantau pelaksanaan tugas harian jentera kerajaan sehinggalah PRU dapat berjalan dengan jayanya.

"Tanpa amalan kerajaan sementara, berlakulah pencabulan demokrasi, pilihan raya yang berat sebelah dan penyelewengan sumber awam.

"Ini bermakna pemimpin kerajaan baik di peringkat Persekutuan mahu pun negeri hanya boleh berkempen atas kapasiti parti, bukannya atas jawatan kerajaan," katanya.

Selepas pembubaran Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak mengeluarkan writ dan arahan kepada pegawai pilihan raya bahagian di seluruh negara untuk pilihan raya diadakan di kawasan masing-masing.

Notis pilihan raya yang mengandungi tarikh untuk penamaan calon dan tarikh pengundian awal serta pengundian biasa juga akan dikeluarkan.

Kemudiannya, tarikh penamaan calon ditetapkan oleh SPR bagi membolehkan calon yang ingin bertanding menyerahkan borang pencalonan kepada pegawai pilihan raya.

Sejurus selepas itu, kempen akan bermula dan berakhir pada jam 12 tengah malam sebelum hari pengundian.

Justeru, berdasarkan kepada kiraan berkenaan ia bermakna parti politik mempunyai tempoh kira-kira sebulan saja untuk membuat persediaan termasuk manifesto, strategi kempen dan calon yang boleh membawa kemenangan kepada mereka.

Parti politik kini sudah mula 'memanaskan enjin' bersedia untuk memasuki gelanggang PRU-15 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Masing-masing kini mula mengatur langkah strategi bagi menawan kembali kawasan serta menetapkan calon pilihan yang mampu menambat hati rakyat di kawasan yang dipertandingkan.

Malah, pada malam ini juga UMNO dan PKR sudah pun mengadakan mesyuarat bagi membincangkan persediaan jentera parti mereka untuk menghadapi PRU-15 yang sentiasa disebut-sebut sejak 2018 selepas berlakunya langkah Sheraton.

Pada masa sama, kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor berkemungkinan akan membincangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan PRU Peringkat Parlimen, seperti yang disyorkan oleh Perdana Menteri.

Sebelum ini, PAS memutuskan tiga negeri yang dikuasainya iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN dalam tempoh terdekat.

Selain itu, tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga dilaporkan akan melakukan perkara sama.

Bagi manifesto pula, Barisan Nasional (BN) dijangka akan memainkan manifesto berdasarkan inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2023.

Pihak pembangkang pula dijangka akan memainkan sentimen dengan mendakwa kerajaan BN tidak bertanggungjawab kerana mahukan PRU-15 dijalankan pada waktu yang tidak sesuai.

Buat pertama kali juga, empat parti baharu akan bertanding dalam PRU-15 iaitu Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Gerakan Tanah Air (GTA). (BH)


2. ‘Kita buat cadangan tiada muslihat’ 

KOTA BHARU: PAS tetap pendirian mahu ketiga-tiga parti teras Melayu/Islam bersatu di bawah penyatuan ummah biarpun Parlimen dibubar hari ini.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, rundingan bersama Umno tetap diteruskan sehingga saat akhir.

Katanya, agenda tersebut tidak mempunyai sebarang kepentingan bukan sahaja kepada PAS, Bersatu atau Umno kerana ia berkaitan kepentingan Melayu dan Islam.

“Pendirian kita jelas mahu ketiga-tiga parti terbabit bersatu tetapi Umno membuat kenyataan menolak, dan menganggap cadangan kita sebagai mempunyai muslihat.

“Sebenarnya kita buat cadangan untuk kepentingan Melayu dan Islam sebab kita melihat keperluan politik bukan untuk kita, Bersatu atau Umno, tiada muslihat kecuali untuk kepentingan agama.

“Bila Umno tidak boleh terima, akan jadi seperti Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor. Usaha itu dilakukan sehingga hari akhir kempen, kita berbincang dengan Umno sehingga last minit,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, jika Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap tawaran itu sebagai muslihat, maka desakan pimpinan tertinggi Umno mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) juga dilihat ada muslihat.

Oleh itu beliau berharap rundingan penyatuan politik Melayu dapat diteruskan walaupun segelintir pimpinan Umno menolak.

“Kita pun boleh tuduh Umno menekan Perdana Menteri untuk bubar Parlimen kerana muslihat bagi kepentingan individu.. kita pun boleh kata macam itu kalau kita nak.

“Kalau kita fikir apa perlu pilihan raya sekarang, kerajaan masih stabil, rakyat sokong kerajaan yang ada, tidak perlu tergesa-gesa mengadakannya, masa sehingga Mei tahun depan,” ujarnya.

Bagaimanapun kata beliau kerana ada tekanan kerana muslihat tertentu di sebalik pembubaran Parlimen yang diumum hari ini. – HARAKAHDAILY 10/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa muslihat di balik palimen dibubar?  Adakah kerana ada tekanan muslihat tertentu di sebalik pembubaran Parlimen yang diumum kini? 

 Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Hentikan sokong calon parti liberal dan parti kuali. Mereka pun rasuah juga. Siap berganding dengan aqidah liberal. Dunia rosak, akhirat pun rosak.

Jom sokong pas. Rasuah tiada, aqidah pun lurus. Dunia selamat, akhirat pun selamat.

Anonymous said...

Orang lain rasuah. Pas kekal bersih.
Orang fitnah, pas tetap berfakta.
Orang lain liberal, pas kekal tidak terpesong.
Orang lain jadi khadam, pad tetap berpendirian.
Orang lain salah guna kuasa, pas tetap beramanah.
Orang lain terima geng lompat, pas tetap istiqamah.
Orang lain banyak berbunyi, pas tetap berkerja.
Orang lain banyak dana, pas tetap bersaing.
Orang lain guna aqal, pas guna aqal dan hukum.

JIKA MAHU NEGARA BEBAS RASUAH DAN MAJU, JOM SOKONG PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails