Monday, July 25, 2022

Tahniah Wei Chong-Kai Wun! & Jihad Inflasi Anuar Musa. Al-hamdulillah.

 

Foto daripada Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM.

SUKAN

1. Wei Chong-Kai Wun muncul juara Terbuka Taipei

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki muda negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta kejutan besar apabila berjaya menumpaskan Juara Olimpik Tokyo 2020 Lee Yang-Wang Chi Lin untuk muncul juara Terbuka Taipei pada hari ini.

Pasangan di ranking ke-36 dunia yang turun dengan semangat juang tinggi itu menampilkan persembahan cemerlang untuk menundukkan wakil tuan rumah itu 21-18 pada set pertama.

Namun, beregu nombor empat dunia yang juga pilihan pertama kejohanan, Lee-Chi Lin bangkit mengejar beregu Malaysia dan mencatatkan kemenangan 21-11.

Wei Chong-Kai Wun, pilihan keenam kejohanan, memperkemaskan aksi mereka pada set penentuan untuk mengesahkan kemenangan 21-18, dalam pertarungan selama 54 minit itu.

Ia merupakan gelaran juara kedua buat Wei Chong-Kai Wun pada tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Antarabangsa India pada Januari lepas yang menewaskan wakil tuan rumah, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala 21-18, 21-15. – BERNAMA


2. Malaysia kekal status harga makanan paling rendah 

KOTA BHARU: Jawatankuasa Jihad Inflasi yang ditubuh kerajaan dilihat mampu untuk menangani kenaikan kadar inflasi di negara ini.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Anuar Musa berkata, kadar inflasi dinilai dalam tempoh setahun sehingga Jun 2022 lalu.

Beliau berkata, kadar semasa di Malaysia ialah 3.4 peratus dan angka itu masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain ada sehingga 70 peratus.

“Angka ini menarik perhatian perhatian walaupun ada trend kenaikan, jadi tugas kita sekarang kawal kenaikan supaya jangan naik secara tidak terkawal.

“Kadar inflasi kita ada juga trend peningkatan, tetapi kita sedang mengambil langkah-langkah sewajarnya,” katanya kepada media selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Program itu diadakan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang mula diadakan sejak Jumaat lalu.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata rakyat sepatutnya berbangga dengan kemampuan kerajaan mengekalkan harga rendah berbanding negara Asean lain.

Menurutnya juga laporan yang diterima dari Bank Dunia mengenai diet makanan sihat yang mencukupi serta menepati kriteria yang ditetapkan.

“Kita mendapati Malaysia nombor dua terendah jadi kita berbangga selain itu tarif elektrik kekal terendah air begitu minyak masak.

“Selain itu banyak lagi produk makanan yang menandakan negara kita mengekalkan status harga makanan paling rendah,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah Wei Chong-Kai Wun! & Jihad Inflasi Anuar Musa. Al-hamdulillah.


Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.



Waris - Lagu Bola (Official Music Video)



WARIS - This Is Pilah (Official Lyric Video)


IWAN FALS - SEPAKBOLA



Video: Santri Santri Silat (Silat Disciples)

Ilmu Silat juga termasuk kegiatan sukan yang baik)

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails