Sunday, July 24, 2022

Kedah & semikonduktor.. PAS laksana amanah

 


1. Kedah kini pengeluar semikonduktor terbesar Malaysia

ALOR SETAR: Kedah kini menjadi pengeluar semikonduktor terbesar di Malaysia melibatkan penghasilan mikrocip dan wafer untuk teknologi maklumat (IT), Internet Pelbagai Benda (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) yang memenuhi keperluan sektor industri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ekoran pandemik COVID-19 yang turut menutup sektor industri, telah menyebabkan dunia mengalami kekurangan bekalan mikrocip hingga menyebabkan masalah kepada pengeluaran produk terkini.

“Apabila peluang ini dihidu oleh industri-industri, pemain-pemain dalam sektor penghasilan mikrocip, maka kilang-kilang berlumba-lumba untuk memperbesarkan industri masing-masing. Inilah tuah yang datang kepada kita di Kedah ini.

“Semua sektor industri yang terbabit dalam sektor semikonduktor mula menambahkan pelaburan masing-masing. Ada kilang Risen Energy yang mengumumkan sekali gus pelaburan RM42 bilion dalam beberapa fasa dan memilih Kedah sebagai destinasi,” ujarnya.

Beliau membentangkan demikian pada majlis Amanat Khas Presiden PAS dan Taklimat Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini malam tadi.

Kedah pada tahun lalu mencatatkan penerimaan pelaburan diluluskan sebanyak RM68.3 bilion dan setakat suku pertama 2022 juga masih mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan kemasukan sebanyak RM8.55 bilion.

Jelasnya, kemasukan pelaburan tersebut telah membawa kepada limpahan ekonomi terutama secara langsung mendatangkan peluang pekerjaan yang semakin banyak dibuka dan menjadi kesempatan untuk direbut anak negeri Kedah.

“Bukan lagi operator pengeluaran, bukan tukang sapu, bukan tukang kebun, tetapi orang-orang yang akan mengendalikan teknologi tinggi dalam sektor pembuatan. Mahu tidak mahu kita di Kedah ini mesti mempersiapkan human capital, tenaga-tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Kita telah bercakap dengan semua IPT dan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta) di Utara Semenanjung ini termasuk universiti-universiti teknikal di Kuala Lumpur untuk menghasilkan pelajar-pelajar dalam jurusan kejuruteraan yang dikehendaki oleh pasaran.

“Kita perlukan daripada sekarang sampai (tahun) 2035 sebanyak) 150,000 tenaga kerja berkemahiran tinggi. Ini peluang untuk kita rebut. Pastikan anak kita mengaji, belajar, jangan drop out daripada sekolah,” ujarnya memberitahu di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) kini mempunyai 35,000 tenaga kerja daripada pelbagai negeri.

Peluang pekerjaan berkemahiran tinggi yang disediakan di KHTP serunya, perlu direbut sepenuhnya oleh anak-anak Kedah, jika tidak ia akan dipenuhi oleh orang lain daripada Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, termasuk Sabah dan Sarawak.

“AT&S syarikat Austria yang melabur RM8.5 bilion (sebelum ini), sekarang ni pelaburan (syarikat itu) telah ditambah menjadi RM10 bilion (di KHTP). Sedang melipat gandakan, mempercepatkan pembinaan kilang dia. Tiap-tiap bulan dia mai update saya, mai present.

“Apa yang kami (AT&S) buat dah setakat la ni. Tiap-tiap bulan dia mai. Dia seronok. Hat ni dia akan hantar pekerja batch pertama ni ke China, training di sana. Batch yang kedua dibawa trainer daripada China train di sini. (Tahun) 2025 ni dia akan mulakan operasi.

“Dia akan bekalkan mikrocip kepada syarikat-syarikat besar yang dirahsiakan. Saya tahulah tapi dia tak bagi habaq ini business strategi dan dia menjadi vendor kepada company-company dunia yang turut berada di Kulim Hi-Tech,” ujarnya.

Maklum beliau juga, kerajaan negeri telah meluluskan pembukaan tambahan kawasan bagi sektor industri ini di KHTP untuk Fasa 4A seluas 250 ekar dan akan membuka lagi Fasa 5 melibatkan seluas 400 ekar lagi. – HARAKAHDAILY 24/7/2022


2PAS laksana amanah jawatan kerajaan biarpun kuasa terhad 


ALOR SETAR: Para pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan pada ketika ini sedaya-upaya melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan diamanahkan setakat bidang kuasa diperuntukkan pada kedudukan masing-masing.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, beliau di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hakikatnya tidak memiliki punca kuasa kerana peruntukan berkaitan ada di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.

Pun demikian menurutnya, dengan kedudukan tersebut membolehkan beliau berhubung dengan negeri-negeri untuk mengambil tindakan terhadap permasalahan atau isu berbangkit sebagaimana kes ajaran sesat dan penghinaan agama baru-baru ini.

“Kalau melibatkan media sosial, maka saya akan hubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi (dan Multimedia Malaysia – SKMM) yang diketuai oleh Menterinya Tan Sri Annuar Musa. Yang berlaku pelik-pelik berkenaan penghinaan agama sebagainya, maka saya hubungi Menteri Dalam Negeri.

“Dengan sebab itu tuan-tuan tengok pantas kali ini. Pagi kita report tengah hari pi angkat (ditahan penguat kuasa) dah. Kerana apabila kita ada di dalam kerajaan ini memang suara kita ini agak laku sikitlah,” ujar beliau pada majlis Amanat Khas Presiden dan Taklimat Kerajaan Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

Terangnya, begitu juga perkara bukan di bawah bidang kuasanya seperti lesen judi, namun menerusi Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) beliau mengarahkan pemantauan di premis-premis judi.

Hasilnya ujar beliau, hanya tiga peratus sahaja orang Islam yang didapati masuk ke premis berkenaan membeli nombor ekor di mana mereka telah ditahan dan diberi masihat untuk tidak lagi berbuat demikian.

Terkini pula menurutnya, pihak beliau bersama NGO-NGO sedang berusaha mengatasi masalah kegiatan pelacuran terutama yang bergelumang di sekitar Jalan Chow Kit di mana sudah hampir tidak ada lagi.

“Yang ada ni hat muda-muda dia lebih kepada aplikasi yang melibatkan high class melalui handphone dan sebagainya. Yang hat biasa-biasa yang dialami di kawasan itu rupa-rupanya ialah masalah bersekedudukan haram. Kadang dah anak empat orang, tak tahu pak hat mana satu? Jadi budak-budak ni berpeleseran,” jelasnya.

Beliau menugaskan NGO-NGO terlibat menjejaki golongan tersebut untuk dilakukan proses pembaikan sehingga pasangan terbabit dinikahkan secara sah, manakala anak-anak yang bergelandangan dan tanpa surat kelahiran akan diuruskan.

Kata beliau, golongan ini sekiranya tidak dibantu, maka mereka akan terus mewarisi masalah sosial tersebut yang dapat dilihat di sekitar Jalan Chow Kit itu, selain terjebak pula dengan jenayah lain, seperti dadah dan sebagainya.

Ustaz Idris turut memahamkan isu dipertikaikan pihak tertentu berkaitan tindakan JAWI melepaskan wanita penghina Islam dalam isu di sebuah kelab komedi setelah melalui proses nasihat dan juga isu peruntukan kewangan untuk tenaga pengajar KAFA di mana memerlukan tatacara kewangan ditetapkan.

“Jnganlah kadang-kadang orang kata sejak PAS jadi kerajaan, PAS tidak lagi menyuarakan pandangan-pandangan baru ini dalam Parlimen, ada. Wakil rakyat PAN kata ini lebih kurang sama saja dengan PAN dengan PH dia kata. Saya kata tak sama. Mana boleh sama dengan dia.

“Dia (PAN) lain, dia tak berani bercakap langsung bab-bab agama, bab Islam ni, kita cakap. Soal tak boleh buat, (itu) soal lain. Tang bercakap kita bercakap. Tang menentang, kita menentang. Tang tak betul, kita cakap tak betul.

“Benda-benda seperti begini, benda yang kita terus konsisten dengan sikap kita yang jelas. Kepada kita ialah soal amar makruf dan nahi mungkar dan perkara-perkara bukan saja kita nak beri kepada masyarakat itu, agama, kerohanian, malahan dari segi jasmani, sudut pembangunan juga kita tidak lupa untuk kita uruskan,” tegasnya.

Beliau dalam ucapannya itu turut menyenaraikan beberapa langkah Islamisasi yang sedang dijayakan oleh pihaknya menerusi program-program tertentu. – HARAKAHDAILY 24/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah!

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails