Thursday, July 28, 2022

K'tan rancang pelabur, RM40 juta bandar, hospital, terbuka.

 

Ahmad Yakob (dua dari kanan) pada majlis Perasmian Penutup Hari Pelaburan Kelantan di Hotel Grandriver View, Kota Bharu Kelantan pada 26 Julai 2022.

1. Kelantan rancang destinasi utama pelabur

KOTA BHARU: Kelantan merancang pelaksanaan projek berimpak tinggi membabitkan kemudahan, utiliti dan menaik taraf perkhidmatan bekalan air bagi melonjakkan potensi Kelantan sebagai destinasi utama pelabur.

Menteri Besar, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, antaranya pertambahan pelaburan sebanyak RM910 juta daripada ROHM-Wako Electronics.

“Ia mengambarkan keyakinan pelabur untuk terus komited mengembangkan perniagaan serta meningkat potensi sebagai hub pelaburan di Kelantan,” katanya pada Perasmian Penutup Hari Pelaburan Kelantan di Hotel Grandriver View, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah; Exco Kerajaan, Dato’ Hanifa Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Baidzawi Che Mat.

Sejak 2018 sehingga Julai 2022, Kelantan berjaya menarik pelaburan komited yang bernilai RM6.3 bilion melalui usaha dilakukan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Ahmad berkata, melalui Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) 2.0 dari 2018-2025 Kelantan menyasarkan jumlah pelaburan sebanyak RM9.5 bilion.

“Melalui kejayaan usaha itu kita berjaya mewujudkan sebanyak 1,724 peluang pekerjaan dan 430 peluang perniagaan bagi penduduk tempatan.

“Kerajaan negeri memperkenalkan pakej insentif cukai yang boleh pelabur pilih iaitu Pakej Insentif Khas atau Pakej Insentif ECER,” katanya.

Pada majlis itu Menteri Besar turut menyempurnakan pelancaran Dasar Pelaburan Kelantan, iaitu dokumen rujukan pembangunan pelaburan di Kelantan.

Ahmad berharap dokumen tersebut dijadikan rujukan utama serta mampu menjadi pemangkin terhadap pertumbuhan dan kemajuan negeri Serambi Mekah itu. – HARAKAHDAILY 27/7/2022

2. RM40 juta laksana Program Bandar Selamat di 24 PBT 

KOTA BHARU: Kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan RM40 juta dalam tempoh empat tahun bermula tahun ini bagi melaksana Program Bandar Selamat di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Hassan Yaakob berkata, sebanyak 24 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini disenarai dan diagihkan bagi melaksanakan Program Bandar Selamat pada 2022.

Katanya ia pihaknya membuat penyelarasan dengan melakukan penilaian sama ada projek yang dicadangkan PBT bersesuai untuk membuat Program Bandar Selamat atau sebaliknya seperti yang ditetapkan.

“Melalui peruntukan yang diberi kita mengagihkan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Agihan berkenaan membabitkan RM400,000 hingga RM500,000 mengikut permohonan projek dan keperluan setiap PBT.

“Sebagai contoh, ada PBT yang memohon untuk melakukan pejalan kaki untuk mengelakkan berlaku kemalangan atau pun jenayah di kawasan-kawasan panas. Kebiasaannya data berkenaan dibekalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pembersihan dan pengindahan Pantai Kundor di Pantai Kundor di sini hari ini.

Katanya di Kelantan, PBT yang terlibat di bawah Program Bandar Selamat ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam yang melibatkan kawasan perumahan Flat Buluh Kubu dengan kos sebanyak RM400,000.

“Peruntukan itu membabitkan kawasan perumahan Flat Buluh Kubu di Kota Bharu dengan hasrat ia dapat mewujudkan persekitaran hidup yang lebih selesa, selamat dan berkualiti kepada masyarakat setempat.

“Malah, kesemua peruntukan yang diberikan kepada setiap PBT hendaklah digunakan dalam tempoh tahun yang sama, kami turut melakukan pemantauan bagi pelaksanaan projek dari semasa ke semasa,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/7/2022

3. Hospital Kuala Krai lama atasi kesesakan pesakit 

KOTA BHARU: Kerajaan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mencadangkan agar Hospital Kuala Krai lama dibuka semula tujuan untuk mengatasi kesesakan kemasukan pesakit di hospital sedia ada di negeri ini.

Langkah itu berikutan terdapat peningkatan pesakit berjangkit Influenza direkodkan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan pesakit.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, bagaimanapun sebarang keputusan secara terperinci belum dibuat sama ada untuk menempatkan pasakit biasa atau pesakit menghidap Influenza.

Beliau juga menyarankan semua lapisan masyarakat agar sentiasa memakai pelitup muka sebagai salah satu langkah pencegahan dari merebak penyakit berkenaan.

Ini kerana katanya penyakit berkenaan boleh merebak melalui penyebaran udara serta titisan saluran penafasan.

Ujarnya, pencegahan penyakit berkenaan tidak memerlukan peruntukan khas untuk mengekang wabak terbabit, sebaliknya ia bergantung kepada asas penjagaan kebersihan diri.

“Setakat ini sebanyak 31,000 kes komulatif direkodkan. Penyakit Influenza boleh dicegah dengan pengambilan suntikan vaksin, namun vaksin berkenaan tidak mencukupi di pasaran.

“Oleh demikian, penyakit berjangkit tersebut tidak sepatutnya dilupakan kerana ia bersifat penyebaran dan akan terus berada dalam masyarakat jika langkah pencegahan tidak diamalkan bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) pembersihan dan pengindahan Pantai Kundur hari ini. 

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Perancangan Melangkaui Kelazan Pelan Malaysia, Hassan Yaakob.

Dr Izani juga berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM250,000 bagi membina jalan dari Kuala Besar terus ke Pantai Kundor bagi memudahkan pengunjung datang ke pantai berkenaan.

Katanya, pembinaan itu juga melibatkan jarak 1.1 kilometer dan boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Untik peringkat awal ia akan dibina dengan jalan berbatu sebelum ia akan dijadikan jalan bertar dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat memandangkan peruntukan sudah ada,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/7/2022

4. Perbezaan fahaman politik halangan pelabur ke Kelantan 

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar terbuka terhadap kemasukan pelabur asing sejak era awal pemerintahan PAS di Kelantan pada 1990.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata kerajaan negeri sentiasa merangka dasar untuk memajukan negeri bagi meningkatkan sosio ekonomi rakyat.

Bagaimanapun katanya, pembangunan di Kelantan berubah agak ketara setelah PAS turut terlibat dalam kerajaan Persekutuan sehingga pelbagai projek berimpak tinggi mulai kelihatan.

“Kelantan mula berubah, sedangkan sebelum ini banyak projek besar tersekat, namun sekarang sudah diteruskan, malah pelbagai peruntukan sudah mula dirasai ketika ini.

“Besarlah harapan kita supaya usahawan dan ahli peniagaan mengambil serta merebut peluang yang ada daripada suasana yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Dialog Kemakmuran Ekonomi dan Pembangunan Negeri Kelantan di sini malam tadi.

Hadir sama Exco Kerajaan, Dato Hanifa Ahmad; Timbalan Exco Kerajaan, Saiful Adli Abu Bakar dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina, Yap Heng Or.

Malah Mohd Amar berkata, kegagalan kerajaan negeri menarik ramai pelaburan ke Kelantan sebelum ini kerana faktor perbezaan fahaman politik yang berlaku.

“Banyak perancangan diangkat dalam rancangan kerajaan untuk menjamin kesejahteraan serta peningkatan pendapatan penduduk tidak dapat dilaksanakan.

“Kita terbuka sejak dahulu lagi, kita memberi ruang kepada pelabur dan peniaga untuk menjalankan aktiviti di Kelantan.

“Cuma pada masa lalu suasana yang ada terutama politik waktu itu, banyak menghalang usaha-usaha dan perancangan kita untuk memajukan negeri,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan rancang pelabur, RM40 juta Bandar Selamat, hospital atasi kesesakan pesakit dan dasar terbuka. Al-hamdulillah!


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails