Wednesday, July 27, 2022

Siti Zailah: Kerjasama NGO-Agensi Wanita. & Muslimat Sabah.


1. Jalinan kerjasama advokasi, psikososial NGO-Agensi Wanita

PADA hari Jumaat yang lepas (22 Julai 2022), saya menerima kunjungan hormat daripada 5 persatuan dan pertubuhan yang terdiri daripada;

1. Majlis Perundingan Wanita Parlimen Kota Bharu (MPWPKB) yang diketuai oleh YB Rohani binti Ibrahim; 

2. Persatuan Ikatan Mahabbah Kelantan (Assabiqat Kelantan) yang diketuai oleh Hajjah Rahimah binti Husain;

3. Persatuan Pendidik TASKA Swasta Negeri Terengganu (PPTNT) yang diketuai oleh Che Rohimah binti Hasan;

4. Kelab Kebajikan Insan Majmuk Terengganu yang diketuai oleh Serena Lim binti Abdullah;

5. Persatuan Kebajikan Kasih Wanita Islam Selangor (PEKASIH) yang diketuai oleh Hajah Rosnah binti Hassan.

Turut bersama saya, wakil-wakil setiap agensi di bawah KPWKM iaitu:

Encik Mohd Hanapi bin Mohammad Hanipah
Timbalan Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM),

Encik Nur Rabbani bin Abdullah
Pengarah Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), 

Puan Azmaliza binti Ismail
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); 

Dr Annita binti Mohd Hedzir
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN), 

Bagi memberi penerangan lanjut berkaitan inisiatif dan program di bawah Kementerian dalam menyantuni kumpulan sasar meliputi wanita, kanak-kanak, warga emas dan OKU. 

Kami di Kementerian amat prihatin dan cakna akan pembangunan kumpulan sasar ini. Pelbagai inisiatif di bawah KPWKM dalam menyediakan peluang dan platform kepada para NGO sebagai rakan strategik Kementerian dalam bersama-sama menyantuni masyarakat turut disediakan.

Besar harapan saya agar kunjungan hormat ini dapat membuka ruang kepada pihak rombongan dan agensi-agensi di bawah kementerian untuk menjalinkan kerjasama dalam melaksanakan program berbentuk advokasi dan psikososial dalam membantu lebih ramai lagi masyarakat dalam mendepani cabaran kehidupan yang mendatang.

DATO’ SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – HARAKAHDAILY 25/7/2022


2. PAS mampu berada di tengah masyarakat di Sabah 

SANDAKAN: Walaupun Sabah mempunyai cabaran dari segi demografi rupa bumi dan kepelbagaian adat resam penduduk, namun PAS mampu berada di tengah-tengah masyarakat.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, di Sabah PAS mempunyai seorang Adun yang dilantik kerajaan negeri.

Katanya, kehadiran seorang wakil rakyat lebih memudahkan gerak kerja PAS bersama masyarakat.

“Biarpun ada kelebihan itu namun musuh-musuh Islam sentiasa merancang dan mencari peluang untuk menjatuhkan Islam.

“Jadi kita tiada pilihan untuk terus bekerja menyebarkan dakwah kepada semua pihak di Sabah,” katanya pada program Munajat Akifi di Masjid Al-Kauthar, Tawau semalam.

Turut hadir Ketua Dewan Muslimat Sabah Norsah Bongsu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DMPM Salmah Abdul Latiff, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal DMPM Siti Rohaya Ahad.

Selain itu Ketua Muslimat Tawau Mandin Ladale, Ketua Muslimat Kalabakan, Wardah Jeffry dan Ketua Muslimat Lahad Datu Nurmia.

Program tersebut dianjur Lajnah Tarbiah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Sabah dan Dewan Muslimat PAS Tawau.

Dr Najihatussalehah juga berkata, program tersebut dapat mengeratkan ukhuwwah dan silaturrahim pimpinan DMPM dan Muslimat PAS Sabah. – HARAKAHDAILY 25/7/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails