Wednesday, July 27, 2022

ADUN Tronoh konon join PN? Guan Eng pun? Lingkup..

 

Lim Guan Eng, hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut pada 27 Jun lalu. - Foto hiasan NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Kerana terhutang budi, pengarah ZCSB tak mahu kaitkan Guan Eng rasuah

KUALA LUMPUR: Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau terhutang budi kepada Lim Guan Eng dan tidak mahu mengaitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dalam apa cara sekali pun berhubung kes rasuah pembinaan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Saksi ke-23 pendakwaan itu berkata, beliau tiada niat untuk mereka-reka cerita dan tindakannya mengarahkan bekas pengarah, Ibrahim Sahari dan bekas Naib Presiden Kanan Kewangan dan Perkhidmatan Korporat Azli Adam menggunakan invois dan baucar yang dipalsukan bertujuan supaya nama Ahli Parlimen Bagan itu tidak dikaitkan.

Ketika menjawab cadangan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada sesi pemeriksaan utama, bahawa beliau membuat arahan itu bagi mengelakkan dirinya disiasat, Zarul Ahmad sebaliknya menjawab tindakan itu diambil kerana tidak mahu mengaitkan nama Guan Eng.

Saksi itu juga disoal sama ada beliau mengetahui syarikatnya mendapat markah tinggi dalam tawaran tender projek pembinaan terowong berkenaan, di sebalik keterangannya sebelum ini yang menyatakan dijanjikan projek itu oleh Guan Eng dengan pulangan beliau memberikan 10 peratus keseluruhan keuntungan kepadanya (Guan Eng).

Wan Shaharudin: Akhirnya kamu yang dapat projek itu. Adakah kamu ada sebab untuk mereka-reka cerita?

Zarul Ahmad: Saya tiada niat untuk reka. Saya banyak terhutang budi kepada dia (Guan Eng) dan kalau boleh tidak mahu mengaitkan beliau dalam kes ini.

Zarul Ahmad berkata, selepas dibebaskan daripada tahanan reman selama 11 hari pada awal Januari 2018 berhubung siasatan kes rasuah pembinaan terowong di Pulau Pinang, beliau berjumpa Ibrahim dan Azli dan memberitahu mereka invois dan baucar berkenaan adalah bagi pembayaran kepada Guan Eng.

Mengenai dua kenyataan media yang diberikannya kepada media, saksi itu berkata Guan Eng mengarahkannya berbuat demikian untuk menampakkan seolah-olah beliau dipaksa memberikan kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Zarul Ahmad memberikan keterangan terhadap Guan Eng yang didakwa atas dua tuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Dia turut didakwa atas tuduhan pindaan iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.(BH)

Komen Webog Ibnu Hasyim: Bekas ADUN Tronoh perogol itu, konon nak selamatkan diri join PN? Kalau Guan Eng pun ikut cara itu, alamat akan bungkuskah DAP? 

Kita hanya kesian kepada barua-barua Melayunya, masih tak sedar diri lagi di bawah tempurung dungu DAP?


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails